8.30.2012

Anda dah ber-BM belum? | Opps, BM?

credits


As salam dan hai... :) baru-baru ni banyak dalam kalangan sahabat sang penulis yang telah mendirikan rumah tangga. Tahniah untuk mereka dan semoga perkahwinan berkekalan.. amiiin... BM stand for Baitul Muslim...

Baitul Muslim merupakan salah satu konsep pembinaan ummah yang bermula daripada diri kita sendiri iaitu individu muslim seterusnya baitul muslim sehinggalah ke peringkat dunia.

Tipulah kalau kita rasa tak nak kahwin apabila lihat sahabat-sahabat kita kahwin kan? Come to think of this, sana sini kita tengok jugak dalam facebook ramai yang suka post tentang cinta dan perkahwinan dan mostly diorang ni adalah belum berkahwin... apa yang sang penulis cuba sampaikan adalah mengapa kita suka memikirkan tentang jodoh padahal jodoh itu telah tertulis lebih dahulu sebelum kita lahir di dunia ini. Jadi, buat apa nak pening kepala memikirkan soal jodoh dan perkahwinan?

Adalah lebih balik kalau kita fokus pada diri sendiri terlebih dahulu, adakah kita sudah cukup soleh/solehah untuk mendapatkan suami/isteri yang soleh/solehah juga? Kata-kata dari seorang akhwat yang dah nak berkahwin tempoh hari, 

"... jangan nak bazirkan masa kita asyik fikirkan tentang cinta dan perkahwinan kerana hakikatnya umat ini sedang dalam keadaan kritikal dan amat memerlukan kita tentunya... umur akhwat semua dah berapa tahun? 20? 21? 24? Jadi, belum terlambat untuk jadi seperti Sultan Muhammad al-Fateh, pembuka kota Konstantinople suatu ketika dahulu. Tidak mustahil itu semua berlaku jadi jangan buang masa akhwat semua memikirkan tentang hal itu. Kita sebagai daie kena sentiasa ada matlamat jangka pendek mahupun jangka panjang yang hendak dicapai. Be serious on that! Buang semua rasa pemalas dan pemalu untuk berjaya di dunia dan akhirat tu. Rugilah kita di zaman muda asyik fikir tentang cinta dan perkahwinan padahal ada banyak lagi benda yang nak difikirkan daripada memikirkan tentang jodoh yang telah tertulis untuk kita.."

Ya, jodoh sememangnya telah tertulis sebelum kita lahir lagi di dunia ini. Cepat atau lambat, kita pasti menemui jodoh kita insyaAllah jadi fokuslah tentang matlamat kita terlebih dahulu...


*muhasabah diri sendiri terutamanya!


Bintulu, Sarawak




8.29.2012

Cabaran Menulis Blog | Oh, Ye ke?

credits

As salam dan hai... :) Selamat hari raya maaf zahir dan batin... semoga amalan kita di bulan Ramadhan diterima oleh Allah dan kita tetap istiqamah selepas habis Ramadhan... 

Ingatlah kata-kata Ulama’ terkenal, Dr. Yusuf Al Qaradhawi “Sesiapa yang menyembah Ramadhan, maka ingatlah bahawa Ramadhan akan berlalu. Tetapi, siapa yang menyembah Allah, maka Ia Maha Kekal Hidup dan tidak akan mati”.

Berjayanya seseorang keluar dari Madrasah Ramadhan dapat dilihat daripada perubahannya selepas Ramadhan di mana sejauh mana seseorang itu tetap istiqamah melakukan amalan-amalan di bulan Ramadhan pada bulan-bulan selepasnya..

Terkadang rasa takut untuk menulis sesuatu tu ada tika tangan menaip perkataan demi perkataan seperti yang sang pembaca sedang baca kini adalah tulisan saya. Kerana yang dinamakan kata-kata yang kita keluarkan itu, pasti akan diuji oleh Allah. Misalnya, adakah kita bercakap seperti yang kita cakapkan? Atau hanya manis di mulut sahaja namun hakikatnya bagaimana?

Ya, tidak mudah untuk berkata dan mengamalkan sekaligus apa yang kita katakan itu. Namun itulah yang dinamakan iman, iman yang tidak akan tergoda dengan hasutan syaitan yang tidak pernah putus asa mahu menyesatkan manusia. 

Kita pasti diuji dengan keikhlasan kita dalam menulis. Namun berhenti daripada menulis dan menyampaikan apa yang kita dapat supaya orang lain pun dapat seperti yang kita dapat juga adalah sebahagian daripada riak. Di mana kita berhenti melakukan sesuatu yang baik hanya kerana disebabkan oleh manusia dan bukannya Allah... Kenapa kita menulis? Dan kenapa kita tetap menulis?



Bintulu, Sarawak

8.07.2012

Dato' Lee Chong Wei Tetap Menang...

credits



As salam dan hai buat sang pembaca blog sekalian.. entri saya kali ini mungkin tidak dipersetujui oleh segelintir sang pembaca namun sang penulis suka untuk berkongsi apa yang sang penulis fikirkan...

Baru baru ni kita disajikan dengan kejayaan Dato' Lee Chong Wei dalam pencapaiannya di Pertandingan Badminton Final sukan Olimpik, kejayaan beliau mendapat pingat perak seharusnya dibanggakan oleh rakyat Malaysia dan juga para ikhwah akhwat sekalian kerana apa yang sang penulis lihat melalui kejayaan Dato' Lee Chong Wei adalah, beliau tidak pernah mengalah dalam perjuangannya dalam bidang badminton...

Kita sendiri dapat lihat beliau bermati-matian sedaya upayanya mengatur strategi permainan bersama pemain yang tidak kurang hebatnya iaitu dari China bernama Lin Dan.. kita juga dapat lihat bagaimana beliau dapat mengesan kelemahan lawannya dan dalam pentas gelenggang tersebut beliau terus cuba menangkis serangan demi serangan yang diberi oleh pemain dari China tersebut... Malahan kelemahannya sendiri juga berusaha di-overcome directly pada perlawanan itu...

Kejayaannya membuatkan sang penulis memuhasabah diri, bagaimana kita yang dikatakan sebagai seorang daie, adakah kita sudah cukup atau pernah bermati-matian dalam mengejar redha Allah dalam hidup, dalam dakwah dan tarbiyah? Sudahkah kita lihat dan telitikan kelemahan pihak musuh islam itu sendiri yang sehingga ke hari ini masih tetap menang mengaburi mata anak-anak islam? Dan yang paling penting sekali, sudahkah kita mengoreksi diri sendiri, kelemahan diri yang mana boleh jadi dapat diatasi dengan usaha yang berterusan walaupun sedikit?

Saya pasti kejayaan beliau bukanlah terhasil dari hanya usaha yang dibuat dalam dua hingga tiga hari sebaliknya usaha itu pasti melalui pelbagai ujian dan strategi mahupun pencapaian kendiri.. Kita bukan sahaja dapat lihat dari kejayaan Dato' Lee Chong Wei, malah dapat juga dilihat dalam prestasi orang Barat dalam mencapai kejayaan dalam bidang yang mereka ceburi seperti perfileman seperti Harry Potter, drama thriller seperti CSI dan macam-macam lagi. Di sini dapat dilihat mereka begitu serius dalam menjayakan sebuah filem mahupun drama yang menarik dan jadi rebutan para penonton seluruh dunia di mana usaha itu memerlukan juga pengorbanan mereka.

Bagaimana pula dengan kita bersama dengan logam kita? Sudahkah kita temui logam yang ada dalam diri kita untuk diberi dalam jalan dakwah ini? Rujuk Hadis Logam


Bintulu, Sarawak

8.03.2012

Belum tibakah masanya?

credits


As salam... sang penulis semakin hari semakin tenggelam dengan novel sang penulis sendiri. Sudah agak lama novel itu tidak bersambung berikutan dengan ketiadaan idea dan ruang masa yang agak limit semenjak masuk ke universiti. Membaca kembali novel tersebut sedikit sebanyak membongkar kembali kisah cerita sang penulis suatu ketika dahulu. Pemikiran dan cara pandang pada ujian pada usia yang belasan tahun dahulu mewarnai jalan cerita novel sang penulis tersebut...

Ada juga niat untuk menyelitkan mesej Islam supaya para pembaca novel sang penulis nanti sedikit sebanyak dapat juga input berkenaan islam. Apa-apapun, nama novel sang penulis ni sang penulis nak rahsiakan buat masa ni.. tema novel adalah persahabatan dan ujian hidup di zaman remaja di mana ianya banyak menyentuh tentang perlunya ada sahabat dan cinta yang tidak matang pada usia remaja... harapnya, sang penulis dapat menyiapkan novel ni buat masa yang terdekat. Idea dan ilham semuanya datang daripada Allah..

Tabuk Dahulu dan "Tabuk" Kini Sedihnya jika kita tak dapat bersama-sama dalam jalan untuk berjihad di jalan Allah. Melihat sekeliling di mana ramai yang sudah turun padang berjihad di jalan Allah baik dari segi harta, jiwa mahupun masa malah tidak kurang juga bersedih hati kerana tidak mempunyai keupayaan seperti orang lain untuk berjihad di jalan Allah. Mungkinkah salah kita sendiri? Kerana kita tidak serius dalam melakukan sesuatu lebih-lebih lagi jihad di jalan Allah ini... segalanya boleh jadi jika kita buat hanya kerana Allah, bukan?

Sering sahaja ayat ini terngiang-ngiang di telinga...

" Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik. " 57 : 16


Bintulu, Sarawak.


credits


8.01.2012

Kenapa aku tak dapat seperti yang dia dapat?

As salam n hai kepada sang pembaca sekalian... : )

Sebenarnya sang penulis ada banyak yang nak di share di blog ni pada hari2 yang telah lalu namun xtertulis2 pulak pada blog ni... sang penulis kini berada di Bintulu, bumi terchenta, tanah air ku... Sarawak bumi kenyalang, teringat dengan rakan yang datang dari Semenanjung tempoh hari. Dia menceritakan bahawa ibunya menasihatkannya membawa sebanyak mungkin mee segera dan beras untuk dibawa bersama ke Sarawak. Pada pandangan ibu dan rakan sang penulis itu, bumi Sarawak ni adalah hutan semata-mata seperti yang dilihat di kaca tv pada masa ini... Here some pictures of Bintulu that you may not see in the television...


Bintulu Waterfront credits
City Point (one of shopping complex in Bintulu) credits

Bintulu Airport credits
Bintulu Port Authority credits
Sarawak-Bintulu-Rich Man House credits
Part of Bintulu Town. credits 
Pantai Samalaju Bintulu credits
The Regency Plaza Hotel Bintulu credits
Pesta Layang-Layang, A Big Event Once Every year in Bintulu gather all participants from every world including NZ, China n so on. credits

Datang sahaja ke Bintulu, bukan sahaja mee segera, beras dan sebagainya malah restoran seperti KFC, restoran MaryBrown, Pizza Hut, Chicken Hurtz, klinik2, hospital2, Perpustakaan, Dewan, bas awam, teksi, kereta, Van, jalan raya, Sugarbun, Guardian, 7 Eleven, Popular, shopping complex dan sbgainya ada di Bintulu.. : ) sang penulis tak menyalahkan sesiapa tetapi begitulah hakikatnya, yang terhidang buat rakyat luar Sarawak adalah Sarawak yang hanya ada hutan, sampan, rumah atas pokok, telinga panjang dan sebagainya...


Malah ada yang pernah bertanya pergi ke Semenanjung guna apa, sampan? Pendek kata, terdapat banyak tanggapan yang salah buat Sarawak...

Berbalik pada sedikit sharing yang sang penulis nak share kan di sini adalah manusia yang punya ujian yang pelbagai. Manusia dengan segala personaliti dan sikapnya, latar belakang yang berbeza masing-masing punya ujian sendiri yang diberi oleh Allah SWT.

Percaya atau tidak? Sama ada kita tua atau muda, kaya atau miskin, orang pandai dan orang kurang pandai, orang yang pandai bercakap atau orang yang terketar2 bercakap, orang yang banyak melontarkan idea atau orang yang banyak diam, orang yang pemalu atau orang yang xtahu malu, orang yang penakut atau orang yang berani, dilahirkan dalam keluarga alim atau dilahirkan dalam keluarga biasa2, semua ada ujian yang tersendiri.

Tak usah jelez dengan orang lain kerana masing2 punya ujian yang dilalui. Dan tak usah pandang rendah pada orang lain kerana mungkin mereka menjadi begitu disebabkan masalah yang dilalui mereka selama ini. Hargailah setiap pieces yang ada dalam diri 'you', sikap you, personaliti you, keupayaan you, cerita di sebalik kehidupan you, kekuatan dan kelemahan you, sebab you bukan orang lain, you adalah diri you sendiri. Orang lain tak dapat buat yang terbaik seperti mana yang you sendiri buat.

Especially dalam dakwah dan tarbiyah ni. Setiap orang ada kelemahan, kekuatan mahupun kejahiliyahannya pada masa lalu, kini dan mungkin masa hadapan. Tidak mustahil jika kejahiliahan itu kita ganti dengan kebaikan.

Dan setiap orang punya turning point mereka sendiri untuk jadi lebih serius dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini. Mungkin bukan hari ini, mungkin bukan esok dan hari2 akan datang, semuanya adalah kuasa Allah. Tiada kuasa kita sebagai hamba-Nya mahu memaksa seseorang itu meningkat dari segi keupayaannya dalam erti kata lain berubah.

Namun kebanyakan amalan boleh jadi perlu ada keterpaksaan untuk melakukannya contohnya membaca ma'tsurat pagi petang, baca al-quran 1 juzuk, zikir istighfar 100x sehari. Kerana, mulanya keterpaksaan lambat laun boleh jadi menghasilkan keikhlasan dalam beribadah. Oleh itu, kita perlu terus berusaha kerana inilah yang dinamakan tarbiyah, tak gitu?

Terpulang pada kita, bagaimana kita melihat kehidupan ini? Adakah dilihat dengan positif atau negatif? Yang membezakan seorang manusia dengan seorang manusia yang lain hanyalah iman dan taqwanya bukan?

Baiklah, itu sahaja untuk entri kali ini. Jumpa lagi untuk next entri.



Bintulu, Sarawak.

World Nice Building. Just want to share this picts. credits