5.16.2012

Ujian Daripada Allah Pasti Datang



As salam...

Sang penulis teringat dengan kata-kata seorang akhwat melalui post facebook-nya sebelum ini yang mengatakan,

" Aku suka melihat manusia. Tapi aku tak suka manusia lihat aku."

Dan baru-baru ini pula dari blog favourite sang penulis, Angel Pakai Gucci,

" Biar tidak glamour atau dipuja manusia, Asal popular di langit tujuh petala!"

Now, sang penulis merasa kata-kata ini sering kali hinggap di fikiran, ringkas kata-katanya namun mendalam maksudnya. Ya, siapalah diri kita yang mahu dikenali manusiawi padahal kita masih tak buat apa-apa pun untuk Islam ini. Justeru ramainya jemaah tidak mencerminkan apa-apa apabila kita tidak buat apa-apa untuk Islam. Sang penulis berusaha untuk terus menulis di blog ini terus-terusan mencurahkan apa yang sang penulis alami selama sang penulis hidup di dunia ini... insyaAllah sebagai aset untuk ke syurga.

Biar tidak glamour atau dipuja manusia. Manusia. Sentiasa mahu disayangi dan menyayangi. Tidak popular di mata manusia, biarlah. Biarlah kita popular dalam kalangan makhluk-makhluk di langit. Kekuatan itu datang daripada Allah dan juga datang dari dalam diri sendiri, sejauh mana kita memahami sesuatu sehingga kita menjadi lebih kuat apabila diuji oleh-Nya. Ujian seperti kesibukan, kelalaian, kerehatan, kemiskinan, kemudaratan, kesenangan, kemenangan, ukhwah dan sebagainya yang mungkin akan dialami kita suatu hari nanti atau mungkin sekarang.



Kita sering berdoa sama Allah, doa kita barangkali makbul terus, di-postpone atau digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Sedar atau tidak, kemakbulan doa seseorang itu bergantung hanya pada Allah semata-mata, juga sejauh mana kita dekat dengan Allah. 

Muhasabah diri. Ada banyak hal yang orang lain mungkin tak tahu tentang kita namun kita sahaja yang tahu tentang kita tu. Allah jua Maha Mengetahui jadi Dia berhak berbuat apa-apa pada kita semestinya dari awal hingga akhir kehidupan kita. Mungkin tidak termakbulnya doa kita itu adalah disebabkan maksiat-maksiat mahupun jahiliah-jahiliah yang kita sedar atau tidak sedar yang masih lagi bertakung dan mengalir dalam diri, sehingga meng-postponekan doa kita itu.

Seseorang itu diberikan ujian atau penghargaan daripada Allah sesuai dengan usahanya. Dan ujian itu kadangkala hadir untuk menguji sejauh mana kita bertahan dan mengagungi kalimah-Nya di dunia ini dan sejauh mana kita benar-benar yakin dengan apa yang kita fahami. Ujian itu menjadikan kita jauh lebih baik dari sebelumnya sama ada cepat atau pun lambat. Dan kadang ujian itu menyebabkan kita lalai dan futur, nauzubillah. Semoga sang penulis dan pembaca sekalian tidak tergolong dalam golongan itu.

"Orang-orang munafik memanggil orang-orang mukmin, 'Bukankah kami dahulu bersama kamu?' Mereka menjawab 'Benar. tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri, dan kamu hanya menunggu, meragukan (janji Allah) dan ditipu oleh angan-angan kosong sampai datang ketetapan Allah; dan penipu (setan) datang memperdaya kamu tentang Allah.

Maka pada hari ini tidak akan diterima tebusan dari kamu maupun dari orang-orang kafir. Tempat kamu di neraka. Itulah tempat berlindungmu, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.'

Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." Al-Hadid : 14-16



Analogi: Dalam melalui DnT, kita mungkin bersama dengan akhwat2 yang sangat kuat bekerja untuk islam, namun kita di situ hanya duduk dan menyertai sahaja tanpa berbuat apa-apa. Sehingga keadaan itu berlarutan dan mengakibatkan hati kita sendiri menjadi keras untuk bekerja dalam DnT. Dan amal dan ibadah kita juga mungkin masih terumbang-ambing dek masa yang semakin laju ke hadapan. 


Nauzubillah, Semoga perkongsian ini menjadi pengajaran yang paling besar dan sentiasa diingati buat sang penulis kerana yang menulis ini adalah tangan sang penulis sendiri, dimana ilhamnya datang daripada Allah.

Bayangkan kita berada di alam akhirat dan melalui sebuah perbualan dengan sahabat-sahabat perjuangan kita di dunia, kita selalu bersama mereka suatu ketika dahulu di dunia:

"Bukan dulu saya bersama kalian?"

"Ya, kamu bersama kami. Tapi kamu mencelakakan diri kamu sendiri, hanya menunggu dan masih ragu dengan janji Allah. Kamu tertipu dengan angan-angan kosong semata. Syaitan memperdaya kamu tentang Allah. Semuanya dah terlambat sahabat, ketetapan Allah telah datang."





Kuala Lumpur







No comments:

Post a Comment