5.10.2012

Battle Our Own Soul

As salam dan salam sejahtera buat para pembaca blog sekalian...




Kadang2 dalam hidup kita seharian, kita tak sedar yang kita telah menyakiti hati sahabat2 kita mahupun orang yang terdekat dengan kita. Tidak disangkakan sekalipun disebalik kesibukan kita, kita alpa tentang hak2 orang sekeliling iaitu hubungan kita dengan manusia. Kadang apa yang kita rasa biasa n tak da papa, padahal itu sebenarnya membawa kepada masalah pada akan datang yang kita pun sendiri tak tahu..




Nafsu sentiasa membawa kepada keburukan, ia merupakan jihad yang paling besar iaitu jihad melawan hawa nafsu sendiri dan melawan personaliti jahat dalam diri sendiri.


Rasulullah SAW said, " The greatest jihad is to battle your own soul, to fight the evil within yourself."


Sangat terharu dengan kata-kata seorang ustaz dalam sebuah majlis ilmu. Dia mengatakan dia harus bersedia dan sentiasa berusaha memenuhi 10 muwasafat tarbiyah, senam ulang-alik jauh lebih 1000meter sudah biasa dilakukan dalam seminggu diiringi dengan zikir semasa melakukan senaman. Katanya, semua dilakukan untuk sebagai persediaan menakluk Baitul Maqdis. Agak terkilan dan tersentak atau tersedar diri di situ. Tergamam membatu.




Apakah usaha yang telah aku lakukan untuk jalan dakwah ni? Jalan juang yang penuh onak duri ni?






Kadang terimbau kembali kenangan lama di mana dengar je perkataan dakwah, pasti fikir ia adalah sesuatu yang berat dan cuba untuk elak perbincangan yang menjerumus kepada dakwah. Dulu semasa belum kenal dengan tarbiyah, pengaruh orang sekeliling juga mempengaruhi dalam mewarnai fikiran tentang dakwah mengikut kaca mata yang senget.




Begitu berhasilnya kerja2 Barat dalam menanamkan pemikiran2 yang negatif dan buruk tentang kesucian sebenar islam. Islam bukan pada nama namun ianya adalah sesuatu yang perlu dipraktikkan, diamalkan dan share juga kepada orang lain selagi mampu.




Jalan dakwah sumpah panjang, memerlukan kesabaran yang sangat tinggi sekaligus memupuk sikap sabar dalam diri para daie di jalan ini. Kita tak boleh nak memetik buah yang belum masak lagi, tergesa-gesa itu kebanyakannya membawa kepada perkara yang tidak seperti yang dijangka.




Kita juga tidak boleh tidak dalam dakwah ini perlu berjumpa dengan rakan seperjuangan kita dan berukhwah sesamanya, bukan sahaja hubungan dengan Allah je yang nak dijaga, malah hubungan dengan manusia pun hendaklah dijaga.






Apa yang kita fikir banyak memmpengaruhi bagaimana kita bertindak dalam kehidupan. Terpulang pada kita nak fikir ke arah yang positif atau ke arah yang negatif. Kedua-duanya memberi impak dalam kehiduapan kita. Allah jua yang Maha Mengetahui kenapa kita dicampak ke sesuatu tempat..








Kuala Lumpur.





No comments:

Post a Comment