5.13.2012
Traveling Alone ??
Kita takkan faham sesuatu tu dengan lebih dalam selagi kita tak mengalaminya.. Ya, tidak semua orang merasai perasaan seorang diri di perantauan tanpa keluarga terdekat dan sahabat yang terdekat.. Lebih-lebih lagi dalam membawa sebuah matlamat yang besar bukan sahaja kepada mencapai keyaan dalam cita-cita kerjaya malahan untuk DnT..
Tidak ramai yang tahu tujuan sang penulis belajar di Semenanjung, malah ramai rakan-rakan sang penulis menasihati sang penulis supaya belajar sahaja di Sarawak kerana dekat dengan keluarga dan apa-apa hal yang terjadi mudah sahaja untuk travel kerana jarak yang dekat. rakan-rakan sang penulis juga kebanyakannya adalah daripada Sarawak jadi mereka agak sedih juga dengan tindakan saya yang mahu menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di Semenanjung dan bukan di sarawak..
Ya, siapa tidak sedih? Sahabat yang sudah lama dikenali, malah ada juga sahabat yang selama ini bersama-sama bergerak di jalan DnT di Bintulu tanah air sang penulis. Perasaan rindu itu ada dalam hati sang penulis tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Biarpun kini jarak kami jauh dan jarang berhubung namun sang penulis merasa hubungan kami masih akrab. Pertalian ukhwah yang didasarkan kerana Allah itu tidak akan sia-sia..
Sendiri di perantauan, sang penulis banyak berfikir, banyak memuhasabah diri. Apabila di perantauan, hubungan dengan orang asal di suatu tempat penting dijaga. Sang penulis memilih untuk tidak terlalu rapat dengan orang di sini dan tidak terlalu percaya. Malah pada asalnya sang penulis seorang yang sukar rapat dengan orang lain..
Ditanya kenapa? Semua berkait dengan masa silam sang penulis di mana sang penulis pernah mempunyai sahabat baik namun sahabat baik itu tidaklah sebaik seperti yang disangka. Ya, memangnya kita tidak menyalahkan orang lain hanya kerana pengalaman lepas namun entahlah, pengalaman itu kerap ada dalam hati dan sentiasa ada tatkala sang penulis memulakan sesebuah hubungan sahabat dengan orang lain.
Sahabat, tidak semestinya harus sentiasa bersama. Sahabat yang ideal kononnya pada diri kita sukar dicari, boleh jadi satu dalam seribu. Sang penulis sendiri, sang penulis masih belum menjumpai sahabat yang seperti itu. Di perantauan ini, sang penulis belajar untuk tidak bergantung kepada orang lain, sang penulis belajar lebih berdikari. Meskipun pada pandangan manusia mungkin sang penulis adalah sebaliknya..
Perbezaan nilai dan pandangan orang di tempat baru ini juga berbeza sedikit. Mostly, sebab persekitaran yang berbeza. Kuala Lumpur bandar yang sangat maju. Dahulu selalu lihat dalam televisyen, surat khabar, majalah dan sebagainya kini dilihat di depan mata. Boleh kira selalu juga sang penulis melihat bangunan berkembar petronas itu malah jadi jemu melihatnya.
Pemandangan kota Kuala Lumpur sangat indah terutamanya pada waktu malam apabila bumi KL ini dihiasi dengan lampu-lampu neon kuning menyala-nyala di seluruh pelosok KL.. Terkadang teringin membawa family untuk menjejakkan kaki ke sini.. : )
Sangat sedikit sedih apabila ada pandangan yang negatif diletakkan kepada pelajar-pelajar Borneo apabila sampai di Semenanjung. Ya, kita takkan mampu menafikan pandangan orang terhadap kita yang memang nyata bagi mereka. Tapi bagi sang penulis, biarlah mereka fikir sebegitu. Sudah jemu dengan pandangan sinis seperti itu menjadikan sang penulis jauh lebih bersikap memahami dan positif.
Kita takkan faham dengan lebih dalam akan sesuatu kecuali kita sendiri mengalaminya dan sendiri melaluinya.
Bila sendiri di perantauan, DnT yang dipelajari sepanjang mengikuti usrah di Bintulu kembali mengetuk hati yang sebelum ini merasa selesa. Di sinilah, di sinilah kita diuji dengan sejauh mana kita istiqamah, sejauh mana kita dapat bertahan dengan mehnah-mehnah ujian mendatang. Cabaran yang paling besar adalah cabaran dari dalam diri sendiri iaitu nafsu.
Apabila sendiri, tiada sesiapa yang lebih memahami biarpun ada sahabat usrah yang seringkali menasihati dan memberi kekuatan mahupun kritikan. Akhirnya membuat kesimpulan hanya sang penulis sahaja yang memahami diri sang penulis dan of course Allah juga tahu. Dia lah yang mengatur kehidupan sang penulis. Malah mungkin tercampaknya sang penulis di bumi yang asing ini menyebabkan sang penulis menjadi orang yang asing, dan di sini pasti ada hikmahnya. DnT itu akan tetap berjalan meski kita berada di tempat yang asing.
Sang penulis mengakui sang penulis mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri di tempat yang sangat baru ini, malah kini pun sang penulis masih menyesuaikan diri. Sang penulis sangat lambat dalam penyesuaian diri di persekitaran yang baru namun insyaAllah suatu hari nanti sang penulis pasti boleh.
Kuala Lumpur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment