As salam...
Ya Allah, penulis tak dapat nak bayangkan dan gambarkan apa yang penulis fikirkan sekarang...
kata-kata itu sering terngiang-ngiang ditelinganya...
perkataan yang pernah keluar daripada seorang ustaz semasa berada di Matrikulasi Labuan...
teringat akannya menyebabkan diri penulis mencermin diri...
sudah banyak mana yang kamu berikan untuk islam?
sudah lupakah kamu kemanisan rasa dalam hidayah-Nya?
"Aku tak mahu jadi mutarobbi selamanya"
Begitulah kata-kata daripada ustaz tersebut, kata-kata yang sangat singkat namun menusuk hati kerana yang dinamakan mutarobbi itu mudah didapati namun takkan selamanya menjadi mutarobbi kan? Mahu jugak jadi murobbiah di jalan dakwah ni?
Mungkin di sini kesilapan terletak pada praktikalnya.. adakah kita mempraktikkan apa yang telah kita dapat melalui daurah-daurah dan usrah-usrah yang kita hadiri. Ataukah kita hanya sekadar hadir dan mendapatkan ilmu semata-mata...? Atau sekadar meramaikan majlis dan bersama rakan-rakan?
Penulis mengambil course Occupational Therapy pada masa ini, yang mana course ini banyak menyediakan penulis untuk menghadapi alam psikologi dan memahami orang lain. Mungkin untuk course lain menganggap psikologi bukanlah penyelesaian masalah untuk para pesakit, tapi melalui psikologi inilah kita mungkin dapat menyuntik sedikit kekuatan yang belum hadir dalam diri seseorang pesakit...
Alam universiti sangat berbeza dengan alam sekolah menengah dan alam matrikulasi. Benarlah kata orang, semakin meningkat umur, semakin banyak komitmen kita terhadap kerja, rakan, pelajaran, terutamanya menjadi hamba Allah.
Kesibukan bukan halangan untuk mendekatkan diri kepada Allah. At least, usaha itu ada dalam diri sang hamba untuk bermunajat kepada Allah walau hanya 5 minit.
Sering mengeluh dan akhirnya ber,uhasabah diri sendiri. Sekiranya keadaan menyebabkan kita mesti melalui sesebuah kesibukan itu, maka kita harus redha dengan keadaan itu dan berusaha untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang baru walaupun diri tidak suka dan tidak biasa dengan keadaan yang seperti itu.
Penulis menemui banyak jenis orang sepanjang menjadi seorang pelajar universiti di mana menyebabkan sedar diri bahawa bersahabat dan berkawan bukanlah kerana dunia namun kerana Allah. Sebelum ni ada jugak dengar bersahabat kerana Allah dan so on, but today it is much more touching to penulis that friendship bcoz of Allah is important so that we didn't feel that we are alone as all we do is because of Allah.
Penulis mula mengenali diri penulis sendiri dan sedang berusaha juga mencari kelebihan yang ada dalam diri.
Sangat takut akan kehilangan rasa berTuhan.
sangat takut akan hilangnya manis berusrah.
Sangat takut akan hilangnya suka berukhwah.
Sangat takut akan tapisan Allah terhadap para daie di jalan Allah. Adakah aku berjaya melepasinya?
Sangat takut akan hilangnya diri sendiri dalam lautan manusia pelbagai rupa.
Ya Allah, ingatkanlah aku akan diri-Mu yang mengusai semua ini...
Kesibukan yang dialami kini mungkin nantinya akan mengajar penulis untuk menjadi seorang yang lebih profesional dari segi komunikasi, pengurusan masa dan sebagainya, barangkali suatu hari nanti penulis akan melalui keadaan yang lebih sibuk lagi dan apa yang dialami kini boleh menjadi pengalaman dan dijadikan asas untuk menghadapi masalah akan datang.
Penulis juga merasa seorang diri di sini. Perasaan bergerak seorang diri dan berjuang seorang diri itu ada, seakan tiada yang memahami diri penulis namun suatu hari penulis terfikir. Mungkin diri sendiri yang menghalang dan menyekat untuk menceritakan masalah kepada naqibah mahupun orang lain.
To be a profesional muslim, they do the job even they don't like but still job tu tak melanggar syariat. Penulis sentiasa mahu mencari dan memperbaiki kesilapan diri kerana telah lama di jalan ni namun masih tidak dapat memberi banyak pengorbanan di atas jalan dakwah ini. Kerana Allah.
Mudah-mudahan entry ini menyebabkan sang pembaca juga berfikir dan penulis juga tetap tidak berhenti berfikir.
Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment