3.11.2012

Are YoU DecEnT???



Agak lama blog ini tidak diisi dengan post2 terbaru dari sang penulis.. Kerana yang dinamakan ilham itu hanyalah daripada Allah turun kepada hamba-Nya yang dipilih, menulis dengan banyaknya namun adalah lebih bermakna jika tulisan yang ditulis oleh kita itu datang daripada hati dan dihasilkan dengan amalan yakni anggota badan seseorang...


Di sana sini, sang penulis selalu mendengar dan memerhati rakan2 sekeliling....


" I want to try to be a decent today" kata2 itu keluar sambil ketawa mengiringi. Rakan2 yang lain turut sama ketawa akan istilah decent yang digunakannya.


Dalam situasi yang lain, " You should act as a decent in this situation." kata2 ini diiringi dengan ketawa. Seolah2 decent personality itu tidak indah @ jelek pada pandangan mereka. Dunia sudah semakin ke hadapan dan manusia kian berubah-ubah. Manusia itu sangat unik dan masing2 punya personaliti yang berbeza. Cuba bayangkan andai decent people hear what this people said, one thing that might come into his/her mind is....


" Is it wrong to have a decent personality..???"






Menerima semua orang dengan pelbagai jenis personaliti tidak dinafikan sukar untuk dihadam dari segi aplikasinya termasuklah diri sang penulis, lebih2 lagi kita melayan manusia yang berbagai berdasarkan personalitinya tersebut...


Seringkali diri kita bukan adalah diri kita yang sebenar pada jalan DnT ini kerana target mad'u kita berbeza2 personalitinya dan mencari mad'u yang potential memerlukan daie yang kreatif dan seni yang pelbagai untuk sesetengah mad'u yang diajak...


Bayangkan seorang daie yang lemah lembut yang mahu menrik hati mad'u nya yang hu-ha-hu-ha, semua memerlukan kreativiti untuk menarik hati mad'u dan menimbulkan tautan hati yang teguh kepadanya...


Pada fikirannya, tidak adakah ruang daie yang lemah lembut di atas jalan dakwah ini? Perlukah kita menjadi orang yang hu-ha-hu-ha dalam kita nak menarik objek dakwah yang hu-ha-hu-ha misalnya? Di situ, berlaku pergelutan personaliti yang mungkin jadi bercelaru kerana personaliti yang bertukar2 mengikut mad'u yang mahu diajak...




Hmmm.... panas2 isu ini. Maybe panas atau tidak panas pada certain orang. Tapi ya, manusia itu pelbagai tidak sama antara satu dengan yang lainnya. Perbezaan ini memerlukan penghargaan antara manusia dengan manusia yang lain kerana perbezaan itu boleh jadi akan melengkapi kekurangan yang ada pada satu manusia dengan individu yang lainnya...


Pada akhirnya, sang penulis mendapat satu kesimpulan yang mungkin pada sisi sang pembaca bukanlah kesimpulan. Begini, jika semua daie itu sama personalitinya dan keperluan menjadi daie itu perlu begini dan begitu sahaja, maka tiada siapalah yang mahu bergerak di atas jalan dakwah ini. Lain2 mad'u lain2 persepsi dan minatnya, ada yang minat daie yang hu-ha-hu-ha dan ada yang sebaliknya bergantung kepada seseorang daie dan objek dakwah yang mahu disantuni.


Menjadi daie yang pelbagai personaliti itu boleh jadi suatu hari nanti boleh menarik ramai orang kerana dia boleh membawa ramai orang yang berbeza personaliti. Wow, its awesome!!! :D subhanAllah, beznya dapat bawa orang sama2 merasai apa yang kita rasa di atas jalan DnT ini. Seorang yang mempunyai personaliti pelbagai adalah suatu extra kredit atau extra advantanges towards jalan dakwah.


All in all, Allah yang memegang hidayah hamba-hamba Nya. Marilah kita menjadi daie yang super power... I hope sang pembaca will get the point of this new post... :)


DnT = Dakwah n Tarbiyah





Kuala Lumpur






No comments:

Post a Comment