Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2009
Posted by KRIS'09 on 09:06
KEM REMAJA ISLAM 2009, 4-7 Jamadil Akhir 1430H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.Alhamdulillah, bersama-sama kita merafa’kan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kurnia dan limpahan rahmatNya, Program Kem Remaja Islam 2009 anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Sarawak (PERMIS) dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Cawangan Miri telah berjalan dengan lancar dan jayanya di Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang, Miri pada 29 Mei - 1 Jun 2009 yang lalu. Peserta Kem kali ini adalah seramai 55 orang, iaitu 24 Muslimin dan 31 Muslimat serta terdiri daripada pelajar-pelajar terpilih dari Sekolah-sekolah Menengah di sekitar Miri, Bintulu dan Sibu. Seramai 19 orang Jawatankuasa Pelaksana telah terlibat dalam merealisasikan Program Kem Remaja Islam 2009 yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi UM, UTM, UTP, KIPSAS, UPSI, UPM, Politeknik dan lain-lain.
OBJEKTIF PROGRAM
Objektif Kem Remaja Islam Sarawak 2009 adalah untuk memberi kefahaman Islam kepada peserta iaitu termasuklah:
*Memberi kefahaman Islam kepada peserta
*Menanam kecintaan kepada cara hidup Islam
*Memupuk ciri-ciri akhlak mulia, konsep berbudi dan memahami tanggungjawab sebagai anak soleh dan solehah
*Memberi kesedaran tentang kepentingan kecemerlangan akademik
*Mewujudkan ikatan silaturrahim yang lebih erat di kalangan peserta dan AJK pelaksana
*Memupuk sifat penyayang dan prihatin di kalangan mahasiswa/ mahasiswi untuk membimbing adik-adik peserta.
No comments:
Post a Comment