|
[credit] |
Bila merasa diri sudah berubah,
bahkan mungkin sebenarnya belum berubah lagi,
mungkin juga masih ego dengan diri,
mengatakan sudah berubah,
bersembunyi di sebalik bayang yang bakal pergi,
dan kamu terus disitu,
tidak berganjak.
sampai bila harus berada di kotak terbuka ini,
terbuka tapi enggan keluar,
jalan keluarnya ada di depan,
tapi tersekat kerana takut,
tapi tersekat kerana ego sendiri,
tapi tersekat kerana keinginan diri melebihi keperluan DnT,
Sampai bila harus begini?
Ketahuilah,
kamu ini bukan siapa-siapa tanpa Allah,
kamu itu bukan siapa-siapa tanpa DnT,
Sudah jauh kamu terlajak dari jalan ini,
bahkan mungkin juga terkeliru dengan pintu yang satu lagi,
lalu kamu juga hilang tali untuk kembali,
Harus di mana mahu pergi?
Apabila awan mula menghilang dan senja pun bertandang,
Apabila burung pun pulang ke sangkarnya,
Apabila matahari sudah terbenam,
apakah sudah telat untuk sedari ini?
apakah sudah tetap kaki bertapak di atas tanah?
Allah, semoga tidak bergejolak genta rasa untuk terus dijalan-Mu.
Amiin.
Bintulu, Sarawak.