11.17.2013

Menuding Jari


Terlalu sibuk menuding jari pada satu pihak sehingga melupakan diri sendiri juga mungkin membuat kesilapan. Manusia, tidak pernah sempurna dan tidak akan pernah sempurna kecuali Rasulullah SAW yang maksum itu. Tidak dapat tidak, pasti akan melakukan kesilapan baik secara sedar mahupun tidak sedar. Kejadian yang berlaku di sesetengah tempat di mana saling menyalahkan antara satu sama lain di mana bila orang atasan mula mengkritik akan kesilapan orang bawahan. Akhirnya orang bawahan mungkin takut dan cuba mencari alasan agar tidak dipersalahkan, lalu kemudian menyalahkan orang bawahan lain begitu sahaja.


Maka berlakulah sesi pergaduhan yang seakan tidak akan pernah habis. Seakan tidak tahu di mana kah penghujungnya. Dalam hal ini, kesemua pihak perlu berlapang dada. Sesiapa yang pertama meminta maaf itulah yang terbaik tak kira sama ada dia bersalah atau yang lain yang bersalah. Hubungan dengan manusia sama juga perlu dijaga sebagaimana kita menjaga hubungan dengan Allah. Hidup kita bermasyarakat, tidak akan pernah lari daripada mengharungi dan menemui pelbagai jenis dan personaliti manusia yang bervariasiti. 


Sudah pasti dan mungkin juga ada sesetengah manusia yang kita rasa kita tidak cukup ngam untuk bersama mereka sentiasa atau berurusan dengan mereka. Percaya atau sebaliknya, kematangan itu dapat ditunjukkan apabila kita mampu menerima orang yang kita tidak suka dengan menunjukkan wajah manis because this is life. We can't expect to have things juz the way we want to be. They also is human, we also is human. Ada perasaan, ada rasa kecil hati andai dilayan berbeza dengan orang lain.


Allah juga melihat pada hati manusia, hati-hati dengan hati dan ego kita. If salah, mengaku salah. Kadang terlampau menjaga diri dan melindungi diri, hati kita terluka baik cepat atau pun lambat.


Kuala Lumpur


No comments:

Post a Comment