12.25.2012

Awak, Kita ini Bercintakah?


credit


Antara kite masih ade jarak yg memisahkan.
awak,
awak ingat tak sy penah ckp?
Allah dah tuliskan kisah cerita kita sejak pertama kali kite melihat dunia.
indah bukan perancangan Dia?
kite x pernah terjangkau dek fikiran kite akan 'bertemu',
dan sekarang subhanAllah,
Allah panjangkan
nafas ini untuk kite saling mengenal Pencipta kepada rasa cinta ini..
tapi..
cinta ini bukan untuk cinta kan,
tapi cinta untuk yg Maha Esa
Dia sudah ade perancangan Dia sendiri,
dan Dia lebih tahu ape yg terbaik untuk rasa 'cinta' ini..

Awak,
ye, Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka kan,
melafaz kata cinta
berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?

.......................................................................................................

Ya,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
bukankah itu adalah cinta?

credit

masih ingatkan pada Definisi cinta kite?
"Bila kata cinta,tandanya mahu masuk syurga bersama.
maka apa apa yg tidak membawa ke syurga,
itu bukan cinta nama nya "

awak.
cinta awak akan sy hargai,
dengan berusaha menjadi seorang yg kuat untuk membawa awak ke syurga nanti..
moga Allah bagi mampu
moga Allah redha.
juga mendoakan satu hari nanti
kite kembali bertemu
kembali bersatu
dalam keadaan Allah sudah halalkan hubungan ini...

moga kau kuat di sana.
juga aku kuat disini.
dalam mendahulukan amanah dari Ilahi.

Sungguh pengorbanan ini amat perit
pedih bukan?
tapi anggaplah sakit yg kite rasa akibat luka hari ini
merupakan didikan buat diri kite.

credit

kamu.
ye kamu..
semoga jadi pemuda yg hebat satu hari nanti tau.
pemuda yg berjaya tewaskan jahiliah,
dan membawa seramai mungkin manusia ke syurga Allah ya? :')


penuhi hati dengan cinta Ilahi,
cintai jalan ini sebelum mencintai hamba Nya.
:')

memang benar kan orang kata,
kita takkan pernah mampu membalas cintaNya...
Sejauh mna kita katakan kita cinta padaNya,
takkan sama dengan ke Agungan CintaNya...
cinta yang tiada bertepi
cinta sampai ke syurga..

credit

kamu.

dengan ini
aku serahkan kamu pada Ilahi.
percayalah.
Dia akan lebih menjaga kamu melebihiku.
:')

ye.aku tidak pandai berbicara, tapi aku tahu kamu mahu rasa apa yang aku rasa.
ikhlas kite lakukan ini,hanya kerana Nya kan? :')


semoga bintang bintang menjadi saksi,
bulan sebagai bukti.
aku syahid di jalan ini.
insya Allah
moga Allah Redha.
:)

Pengorbanan ini tidak mudah,
jika ianya senang senang sahaja, 
mana mungkin engkau pantas menggapai syurga Nya?

Fikir-fikirkanlah.
Pegang pada definisi cintaNya. InshaAllah akan bahagia.
Aminnn.. :D


1 comment:

  1. sob sob. tacing aku baca walaupun aku takde kaitan. hahaha. insyaAllah syima, Allah janji selepas kita lepaskan sesuatu perkara demi untuk redhaNya, Dia akan hadiahkan perkara lebih besar dari itu :)

    ReplyDelete