Assalammualaikum....
Semakin hari dunia semakin tua. Manusia pula makin bertambah jumlahnya di atas muka bumi Allah ini. Di satu ufuk bumi, ada orang yang sedang bertarung nyawa, di satu sisi lain ada orang yang sedang happy dengan kawan-kawan and family, gembira dengan kekasih, malah mungkin ada si satu sisi dunia itu sedang melalui sebuah perpisahan dengan orang yang tersayang.
Mungkin pada saat kita membaca blog ini ada orang yang di luar sana yang baru mendapat hidayah mahupun hikmah daripada Allah SWT. Maha Suci Allah yang memiliki hidayah. Langit jua sebagai makhluk-Nya menjadi saksi atas apa yang berlaku di atas muka bumi. Allah Maha Berkuasa tidak mustahil.
Matahari tidak pernah putus asa untuk memancarkan bahang teriknya panas. Mungkin ada orang di sisi dunia yang menanti-nanti kedatangan matahari dan mungkin juga ada orang yang menanti-nanti datangnya hujan. Masing-masing dengan pola hidup yang telah tertulis pada Lauh Mahfuz. Adakah kita juga bias menjadi seperti matahari, tetap terbit saban hari sehingga datangnya arahan dari-Nya?
Sejenak kita melilau sekeliling, perut mula berbunyi, lapar. Bau makanan dapat dihidu daripada dapur kita. Di satu sisi dunia, ada orang yang kebuluran, untuk mendapat sesuap nasi pun perlu menunggu mungkin berbulan-bulan lantaran lambatnya bekalan makanan. Kanak-kanak yang kebuluran dapat dilihat mati di tepi jalan, gara-gara kurangnya makanan, perutnya besar namun tangan dan kakinya nampak lekuk-lukuk tulang.
Lalu mata melihat ke luar rumah. Suara burung-burung menyanyi beriringan kedengaran, bunyi daun-daun kelapa turut mengalun lembut. Semesta bertasbih kepada Allah. Seolah-olah merupakan satu muzik yang cukup tenang menusuk ke telinga lalu ke hati.
Di satu sisi dunia ada orang yang tidak dapat aman pendengarannya, bunyi bedilan bom bertalu-talu mengenai bangunan-bangunan berdekatan rumah. Anak-anak menangis takut, ada orang ditawan oleh pihak Zionis. Tentera-tentera Zionis tetap mengganas pada rakyat Palestin. Bila ditanya mengapa, ada antara tentera confuse, sendiri tidak tahu akan tujuan mereka mennganiayai rakyat Palestin, hanya menerima arahan.
Hati keras mahu membuka hati menghayati lantas berterusan melakukannya,gembira, ketawa melihat anak-anak kecil dikasari.
Tiba-tiba, telefon berbunyi, rakan kita menghubungi. Lama kita berbual dengan rakan kita dengan sedikit bergurau, kembali merenung. Beruntungnya kita dapat rakan yang sejati, bersama kita tatkala suka mahupun duka. Di sisi dunia, ada orang yang sedang mencari rakan yang sejati, ada orang yang tidak menghargai rakan apabila sudah ada rakan yang sejati, malah ada rakan yang makan rakan sendiri tanpa dia sedari.
Kita melihat ke bawah, kaki-kaki kita menurut transmission neurone ke otak lalu kita dapat mengerak-gerakkan kaki dan anggota lain. Suatu ciptaan yang paling terbaik dicipta oleh Allah SWT iaitu manusia. Sedikit sahaja yang sedar. Di satu sisi dunia, ada orang yang bertarung dengan penyakit sehingga dia tidak mampu mengerakkan kaki mahupun anggota lain, animasi di wajah juga tidak dapat berfungsi lantaran kesihatan yang semakin memburuk.
Buku-buku tersusun elok di atas rak buku. Ada Tafsir Al-Quran, buku akademik, novel, buku motivasi, majalah mahupun buku-buku untuk kemajuan diri di dunia mahupun di akhirat. Bibir tersenyum akan perbuatan diri, ada buku-buku yang kita masih belum khatam membacanya apatah lagi mengamalkannya. Namun hasrat untuk mengkhatamkannya tidak pernah mati.
Di satu sisi dunia, ada orang yang tidak mampu membeli sebuah buku pun dek sempitnya poket kewangan padahal dia sangat mahu membeli buku-buku ilmu tersebut. Di satu sisi dunia juga mungkin ada orang yang mempunyai sebuah buku sahaja namun orangnya mengamalkan apa yang telah dibaca dalam kehidupan. Kesempatan untuk membaca berulang-ulang menjadikan dia hafal muka surat mana dan apa yang terdapat dalam muka surat itu. Maha Suci Allah.
Berita dari radio menarik perhatian kita. Seorang bukan islam yang juga adalah seorang saintis, baru memeluk islam atas penemuan sainsnya di dasar lautan. Air masin dan air sungai tidak pernah bercampur, malah seperti ada yang menjadi pemisah antara dua jenis air itu.
Perkara itu lantas membuka mata dan hatinya, penemuan yang ditemuinya itu telah awal disebut dalam kitab Al-Quran umat Islam, mana mungkin apa yang berlaku beberapa abad kini telah tercatit dalam Al-Quran. Al-Quran pasti bukan kerja manusia, tapi ia adalah daripada Allah, Tuhan yang berkuasa di atas muka bumi ini. Saintis itu pun memeluk islam, hidayah Allah telah mengena padanya.
“ Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu, Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”
(Surah Ar-Rahman: 18-21)
Di satu sisi dunia, ada orang yang masih belum mendapat hidayah daripada-Nya. Mungkin ada yang sudah tahu islam itu agama yang benar namun masih juga menafikannya,hujah-hujah bagi menentang islam tidak putus asa dicari.
Namun itu semua tiada gunanya, Allah pasti akan menolong dan memenangkan agama-Nya ini, suatu hari nanti cepat atau lambat. Tiada siapa yang dapat menghalang apabila Allah hendak member hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan tiada sesiapa yang dapat menghalang apabila Allah mahu menyesatkan seseorang. Dial ah yang Maha Berkuasa ke atas hamba-hamba Nya.
Terlalu banyak yang Allah kurniakan pada diri kita yang bergelar hamba-Nya di dunia ini. Sehingga seluas lautan itu pun tidak menampung nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah pada kita. Sentiasalah kita bersyukur atas apa yang telah dikurniakan oleh Allah pada kita. Apabila sesuatu yang kita miliki itu telah hilang, barulah terasa betapa sesuatu itu amat berharga pada diri malah merinduinya pula apabila hilang. Pandangilah dengan mata hati, biar hati menyatu menyahut kebenaran yang hakiki.
Peringatan juga buat diri agar kita sama-sama memperbaiki diri….insyaAllah…
No comments:
Post a Comment