6.06.2011

Masalah | Hidup | Ego


Assalamualaikum....semua pembaca...
Kehidupan tidak sah jika tanpa ada masalah. Masalah datang bertubi-tubi menunjukkan cinta Allah pada hamba-hamba Nya yang dikehendaki, untuk menguji mana yang benar-benar ikhlas kepadaNya semata-mata. Bukan sesuka hati Allah nak bagi masalah pada hambaNya. Mungkin Allah rindu ratapan kita terhadapNya. Setiap seseorang tidak akan dibebani kecuali sesuai dengan kemampuannya. Terkadang bila kita dalam masalah, tak terfikir pun itu adalah ujian Allah pada kita yang mungkin sudah mula alpa mengingati diri-Nya dalam segenap kehidupan.


Islam bukan hanya pada nama, bukan hanya dalam kad pengenalan semata-mata. Sedar atau tidak, ianya lebih dari yang kita fikirkan. Ia adalah agama yang dianuti, dipraktikkan dan dipatuhi. Segalanya disandarkan untuk kita mendapat redha Allah SWT. Islam adalah agama Allah SWT. Sesuatu yang kita perkatakan semua akan menjadi beban kecuali tiga perkara iaitu mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan berzikir. Sedar atau tidak, setiap waktu yang kita lalui, malaikat yang sentiasa menjaga dan mencatat amal kita sentiasa alert dengan perbuatan kita. Setiap perkataan, perbuatan mahupun apa yang terlintas dihati kita diketahui oleh Allah SWT.



Sedar atau tidak, di mana kita keseorangan, di mana kita di khalayak ramai. Ada malaikat yang sedang alert mencatat setiap apa yang kita buat. Sepatutnya inilah yang menjadi sebab untuk kita takut nak buat salah. Namun kita seringkali terlupa dengan kenyataan ini. Beriman kepada malaikat adalah salah satu rukun iman yang wajib kita percayai. Manusia tidak semestinya sempurna, kesilapan yang lalu mungkin berulang tanpa seseorang itu menyedarinya. Malah mungkin seseorang itu tidak sedar apa yang telah dilakukannya sehingga setiap mata yang memerhatikan tingkah laku kita menganggap sebaliknya terhadap kita.


Muslim? Bertudung labuh? Namun tidak mengamalkan Islam secara keseluruhan dalam kehidupan akan menjadi fitnah terhadap agama. Bertudung labuh dan faham dengan agama namun akhlak masih tidak mantap menjadi fitnah terhadap agama. Bertudung itu wajib dan menjaga akhlak itu disarankan dalam agama. Kedua-duanya kena seiring dengan perubahan diri. Namun terkadang kita sebagai manusia tidak pernah terlepas daripada kesilapan dan kesilapan yang dibuat mungkin berulang sehingga orang sekeliling yang berusaha untuk menyedarkan kita tentang kesilapan itu sendiri menjadi tak terkata untuk cuba memberitahu kita sekali lagi. Kita mungkin sudah mencuba untuk merubah diri menjadi lebih baik, namun tidak berjaya. Jangan disahkan mereka, kerna ini mungkin kerana masalah keadaan.



Don't judge people if you do not know their story, who they are and why they are like that? And sometimes if we close to someone that we thing we already know they are but still what we expect to be is not what actually we get in the end. Terkadang cuba mencari kisah-kisah nabi dan kisah sahabat nabi untuk mencari penyelesaian masalah yang dihadapi. Terkadang terfikir untuk putus asa dengan apa yang Allah nak uji kita. Peringatan untuk diri dan juga para pembaca, putus asa bukan solution pada masalah. Apa pun yang terjadi, hidup harus diteruskan. Menjadi diri sendiri dengan segala kekurangan, menjadi diri sendiri dengan segala kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT.



Setiap yang kita rasa baik untuk kita munkin sebenarnya bukanlah yang terbaik untuk kita. Dan setiap apa yang kita tak suka, mungkin itulah yang terbaik untuk kita. Allah jua yang Maha mengetahui atas segala sesuatu. Manusia dengan fitrahnya, suka tergesa-gesa dan terkadang tidak bersyukur atas nikmat yang diberi oleh Allah SWT. Buah di atas pokok. Adakah kita mahu mengambil buah yang belum masak tanpa menunggunya masak terlebih dahulu? Perubahan memerlukan masa dan setiap masalah yang dilalui juga memerlukan masa untuk selesai. Diri perlu sentiasa sabar dan selalu ingat pada Allah SWT. Perubahan yang dilakukan mungkin tidak akan berjaya jika bukan dibuat kerana Allah SWT. Amalan yang dibuat munkin tidak kekal jika bukan kerana Allah SWT.



Kesedaran bahawa Allah sentiasa memerhati kita itu harus ada dalam diri. Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat akan kita sering alpa lantas terlupa bahawa diri juga adalah hamba kepada-Nya. Lalu setiap teguran yang diberikan pada kita akan menjadi sebuah hadiah untuk diri sendiri. Hadiah yang cukup manis untuk terus tunduk kepada Allah SWT. Bukan menjadi sombong dan merasa selesa dengan apa yang telah kita capai. Sebagai alat untuk kita merasa hina dihadapan Allah, bahawa kita ini hanyalah hamba-Nya dan penuh dengan noda dan dosa. Manusia yang juga adalah makhluk-Nya mungkin akan menjadi perantara bahawa Allah sedang menegur kita.


Walau diri ini diketepikan, walau diri ini diperkecilkan, walau diri ini diperhatikan, walau diri ini terasa bagus, walau diri ini merasa kecil disamping manusia, walau diri ini selalu lupa, walau diri ini terkadang tersungkur dalam kesilapan, walau diri ini cuba untuk membakar jahiliyah diri...... Ketahuilah, Allah SWT sentiasa memerhati kita. Cakap kasar dan marah bukan solution dalam masalah. Namun terkadang keadaan mungkin adalah sebab sesuatu masalah yang kita lalui. Mungkin seseorang itu mahu berubah namun dihalangi oleh keadaan. Muhasabah diri dengan istighfar, dengan kesabaran dan ingat sentiasa pada Allah, pada malaikat yang tidak pernah lalai mencatat amalan adalah benteng diri yang kukuh.


Allah menyukai sesuatu amalan yang berterusan walaupun sedikit. Walau kita dalam masalah apa sekalipun, ibadah yang kita lakukan sebelum adanya maslah jangan dihentikan kerana itu merupakan asas kekuatan diri ini bahawa kita adalah hamba-Nya yang melalui hari-hari yang penuh mencabar. Dengan terus beribadah padaNya, Allah menguji adakah kita masih istiqamah dengan apa yang telah kita cuba capai? Orang yang menegur dan orang yang ditegur tidak boleh disalahkan. Setiap manusia mempunyai ego. Jadikan teguran sebagai alat untuk memajukan diri dan menegur orang untuk kita sama-sama menjadi lebih baik. Bukan baik seorang diri. Susah dulu di dunia, bersenang-senang di akhirat kelak insyaAllah... Amiin. Moga kita tetap berdiri dalam jalanNya.

Peringatan juga untuk diri sendiri...yang sedang struggle...:)

1 comment:

  1. Assalamualikum puan. Membaca mathurat tu apa?

    ReplyDelete