6.29.2011

Solat Selepas Haid | Perkara yg Dipandang Ringan

by Siti Fatimah on Tuesday, November 9, 2010 at 10:58pm

Kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM...

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan

ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;

"Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"

Pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"Alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)


HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :

-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Jom kita sama-sama memuhasabah dirik...:)

6.27.2011

Hadis

" Termasuk sifat angkuh adalah seseorang yang masuk ke dalam rumah temannya, lalu dihulurkan kepadanya makanan, ia tidak mahu memakannya : dan seorang lelaki yang bersama dengan lelaki lain dalam perjalanan, tetapi ia tidak menanyakan namanya dan nama orang tuanya."
(H.R Ad-Dailami)

Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata bahawa ada seorang lelaki tampan yang datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata, " Ya Rasulullah, sesungguhnya saya adalah seorang yang suka keindahan dan saya telah diberi oleh Allah keindahan itu, seperti yang engkau saksikan, sampai-sampai saya tidak suka jika ada orang yang melebihi saya meskipun hanya berupa sandal jepit. Apakah ini termasuk sifat sombong?" Rasulullah SAW menjawab, " Tidak, sesungguhnya yang dimaksud dengan sifat sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain."

(H.R Abu Daud)


Dari Abdullah bin Mas'ud r.a, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, " 'As-Salam' adalah salah satu dari asma Allah yang diletakkan di bumi, maka sebarkan salam di antara kamu."
(H.R Bukhari)

Diriwayatkan dalam sebuah hadis lain bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW. " Wahai rasul, seorang lelaki di antara kami bertemu dengan saudaranya atau temannya ; apa ia harus menunduk (hormat)?" Rasulullah SAW menjawab. " Tidak." Ia bertanya, " Apakah ia harus memeluk dan menciumnya?" Rasul menjawab, " Tidak." Ia bertanya, " Apakah menjabat tangannya?" Rasulullah SAW menjawab, " Ya."

(H.R Tirmidzi berkata, "Hadits ini hasan.")


6.24.2011

Diri | Ini | Dimana?


Diri dihimpit oleh jahiliah yang berlaku di sekeliling,
Juga terhadap diri yang sedang merangkak mencari redha-Nya,
Cuba menghalang jahiliah daripada terus terjadi,

Namun gagal,

Siapalah diri untuk berkuasa ke atas mereka?

Yang berkuasa hanyalah Allah,

Lalu diri akur peranan diri hanyalah untuk mengingatkan,

“ Maka berilah peringatan, Kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. Kamu bukanlah yang berkuasa atas mereka.” Al-Ghasyiyah : 21-22
Baru diri ini berasa sedikit terubat,
Dengan ayat-ayat cinta Allah buat diri kita,

Jauh diri merenung,
Terlalu banyak yang perlu dibuat,
Terlalu banyak kerja yang tak terselesaikan,

Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan,

Untuk umat Islam ini,
Diri harus sentiasa kuat,
Melalui segala mehnah, cacian, tohmahan mahupun pujian,
Istiqamah bukan sesuatu yang mudah,
Namun itulah yang paling disukai Allah SWT,
Amal yang berterusan walaupun sedikit,
Mencari terus mencari,

Dimana harus diri luahkan,
Hati ini banyak kali kalah oleh jahiliah,
Baik jahiliah diri mahupun orang sekeliling,

Diri juga perlu sentiasa ada akhlak islami,
Ikhlas perlu ada pada diri,
Hubungan dengan Allah SWT juga harus dekat,
Akidah islam perlu tertegak ke atas diri,

Bercakap senang !
Namun kerjanya, amalnya perlu kekuatan,
Itulah dia ujian Allah SWT,
Untuk memilih siapa yang akan masuk ke syurga-Nya,

Terkadang kita terlanjur berbuat silap,
Lalu kembali kepada-Nya,
Itulah sebaik tempat kembali,

Sebagai hamba-Nya...
yang penuh noda dan dosa.


6.23.2011

Kerana | Islam | Kita | Dikatakan | Kolot

Bismillahhirrahmanirrahim…

As-salamullahi'alaykumwarahmatullahi wabarakatuh.

Moga kalian semua diberkati Allah.
Berhari menulis isi hati untuk mengingatkan diri sendiri dan saudara sesama Islam. Lahirlah idea menulis atas tajuk ini. Mungkin sebab saya salah seorang dari mereka yang berfikiran kolot kerana berfikiran berhati-hati dalam soal yang dianggap remeh seperti pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Andai tersalah pandangan, tegurlah saya yang hina ini wahai insan-insan yang dikasihi Allah diluar sana.

Syukran.

Babak 1.


Berlaku di?

Salah sebuah bilik di asrama lelaki.

Masa?
Pagi, petang atau malam.

“Eh Din, jom belajar dengan Siti dan Nurul? Mereka dah lama tunggu di kafe tu.”
“Tak mahulah Bad. Aku boleh belajar sendirian. Lagipun sejak bila kau belajar dengan diaorang ni?”
“Alah, bosanlah belajar dengan sejantina ni, tak fun la. Kalau dengan lain jantina ni banyak sikit idea.Mencurah-curah ilmu lebih aku dapat..” sengih si Bad.
“Tapi kan diaorang bukan mahram kita? Takkan kau lupa apa kata kau sebelum ni? Belajar dengan mahram lebih baik, redha Allah ada. If terdesak sangat and in case perempuan
je yang dapat kuasai topik tertentu kau akan ajak ramai-ramai dan sekelas untuk belajar sama. Lebih baik. Fitnah pun tak ada.”
“Memanglah tapi tu dulu. Aku rasa, kolot betul pemikiran aku sendiri kan? Okeylah, kau nak simpan kata-kata aku tu simpan jelah, aku pergi dulu.”



Babak 2.

Berlaku di?
Dalam pesanan ringkas.

Masa?
Bila-bila.

“Ina,kita jumpa di taman bunga eh? Please...saya tak pernah dapat jumpa awak berdua je.
Di sekolah pun terserempak dan awak tak pernah pun nak senyum dan selalu je elak.”

“Man, kan saya dah cakap, saya tak nak. Saya tak boleh. Berjumpa sebab apa? Bukan ada perkara penting. Kalau saya bawa Kak Nah, awak tak bagi. Nak bawa Abang Usop pun tak boleh. Mak dan ayah? Lagilah awak tak mahu. Tak bersedia la...apa-apa la. Lagi, jumpa je pun tapi tetap kena bawa mahram bersama. Itu hukum yang patut kita terima dan ditetapkan oleh Islam. Lainlah awak ni suami saya ”

“Alah awak ni, kolot betullah. Bukan saya nak apa-apa kan awak pun sampai kena bawa semua famili awak sekali. Takdelah privacy. Cuba tengok si Rizal dan Imah tu, diaorang selalu jumpa tapi batas jaga jugak. Takde pun sampai bawa sekali semua famli.”

“Soalnya, saya ni bukan bini awak yang boleh dibawa sesuka hati berjumpa tanpa sebab yang dibolehkan syarak. Awak nak jumpa sebab nak luahkan perasaan awak kan? Saya tak nak. Imah tu lainlah, dia biasa benda-benda macam tu. Saya tak biasa dan saya tak nak biasakan buat perkara sia-sia ni. Awak nak perempuan macam Imah? Carilah lain. Maaf.”

“Ala..Ina, maaf eh. Hmm..Kalau macam tu saya jumpa awak di sekolah jela. Dapat tengok tanpa jumpa berdua pun jadilah. Nanti if saya dah mampu saya datang terus rumah awak.”


******

Dan..berapa banyak lagi babak dalam kehidupan yang menunjukkan pemikiran-pemikiran mereka yang mahukan kebebasan seperti yang ditunjukkan oleh pihak bukan ISLAM. Pemikiran ISLAM pula sering dikatakan sebagai KOLOT. Siapakah yang paling maju diantara umat Islam yang benar-benar ikut budaya dan cara mereka yang bukan Islam? Orang Islam mana pula yang benar-benar mundur dan ketinggalan hanya kerana ikut setiap apa yang digariskan oleh ISLAM?

Allah dah mengisytiharkan kesempurnaan ISLAM di dalam Kalamullah. Andai ia tidak sempurna, tiadalah perintah Allah yang menyuruh kita, manusia yang lemah dan hina ini patuh dan taat
pada setiap perintahNYA..Patuh dan taat pada agamaNYA.

“Aslam taslim!”
“Islamlah, anda akan selamat!”



Kerana makna Islam sendiri membawa maksud sejahtera. Mereka yang berfikiran bercanggah dari pemikiran yang Islam gariskan, dan tidak meneliti kesempurnaan dan kebaikan yang terkandung di dalam Islam mungkin akan meletakkan Islam sebagai agama yang leceh, kolot hanya kerana keterbatasan-keterbatasan yang wujud.

Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara yang perlu dititik beratkan. Saya sendiri dulu pernah terfikir, dalam Islam terlalu banyak pantang larang. Itu tak boleh, ini tak boleh. Walhal setiap peraturan Islam tentukan punya kebaikan dan sebab-sebabyang khas buat manusia yang fitrahnya adalah Islam pada asalnya sebelum lahirnya kita ke dunia dan ditentukan dalam berlainan agama. Bukan?

Jika penganut bukan Islam berfikiran sedemikian, kita sendiri sedia maklum bahawa mereka tidak mendalami agama suci ini sedalamnya. Namun, yang dikisahkan apabila penganut Islam sendiri, mereka yang mengaku keEsaan Allah dan kerasulan kekasihNYA pun mengatakan bahawa Islam ini kolot. Terdapat perkara-perkara yang dianggap kolot jika diturutkan.

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Al-Baqarah ayat 256



“Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama mu."
Al Maidah ayat 3



“Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah;”
Al Qashash ayat 16



“Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yakub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.”
Al-Baqarah ayat 132




Kita ni dah terlalu banyak disogokkan dengan budaya dan cara hidup mereka bukan Islam.
Kebebasan yang dipertontonkan. Dunia menjadi dambaan dan dikejar. Bukankah ada suatu waktu dimana makhluk Allah yang dikurniakan akal ini akan dihisab? Bukankah ada suatu saat dimana,harta tidak lagi berguna untuk menyelamatkan diri di sana?

Islam itu penawar. Kerana setiap sesuatu diukur dengan kehalusan dan kesempurnaanNYA
yang tidak ternilai. Sekalipun hal yang remeh sekalipun. Sekecil perkara itu punya banyak hikmah yang menguntungkan diri sendiri. DIA? tidak pernah mengharapkan balasan hambaNYA kerana ia bukan bermakna pada Pencipta.


Terkadang mungkin kita merasakan bahawa kita tidak boleh terlalu jumud dalam soal Islam memandangkan kita di zaman era baru. Zaman kecanggihan. Zaman dimana material makin hebat, dan akhlak manusia semakin tenat. Tapi, asasnya yang dianggap remeh itu mampu menyelamatkan permulaan risiko yang lebih besar.

Teringat kata seorang teman, Islam itu fleksibel. Sesuai mengikut peredaran zaman.
Tapi..manusia telah terlalu mengikut keadaan sehingga Islam itu sendiri akhirnya ditinggalkan hanya pada namanya dan seterusnya memalingkan hukum Islam terus.

Kita lupa, redha Allah itu pada perkara yang disukai dan dicintaiNYA.
Kita alpa, bahawa Rasulullah dah menetapkan kita tidak akan sesat mahupun tersasar dengan berpandukan Kalamullah dan sunnah baginda.



Tolonglah.
Jangan mudah berkata sesuatu itu KOLOT.
Hanya kerana keterbatasan yang wujud dan merasa susah untuk diikut.
Terkadang..perkara itu nampak kolot,
tapi tersembunyi redha Ilahi sebenarnya.

Apa pun,
Jom hayati agama kita!
Jangan dipersoalkan sebelum mengenal.
Tak kenal maka tak cinta.
Kan?
Fastabiqul Khairat..!!!




iluvislam.com

6.15.2011

Nikmat | Tuhanmu | Manakah | Kamu | Dustakan?


Assalammualaikum....

Semakin hari dunia semakin tua. Manusia pula makin bertambah jumlahnya di atas muka bumi Allah ini. Di satu ufuk bumi, ada orang yang sedang bertarung nyawa, di satu sisi lain ada orang yang sedang happy dengan kawan-kawan and family, gembira dengan kekasih, malah mungkin ada si satu sisi dunia itu sedang melalui sebuah perpisahan dengan orang yang tersayang.

Mungkin pada saat kita membaca blog ini ada orang yang di luar sana yang baru mendapat hidayah mahupun hikmah daripada Allah SWT. Maha Suci Allah yang memiliki hidayah. Langit jua sebagai makhluk-Nya menjadi saksi atas apa yang berlaku di atas muka bumi. Allah Maha Berkuasa tidak mustahil.

Matahari tidak pernah putus asa untuk memancarkan bahang teriknya panas. Mungkin ada orang di sisi dunia yang menanti-nanti kedatangan matahari dan mungkin juga ada orang yang menanti-nanti datangnya hujan. Masing-masing dengan pola hidup yang telah tertulis pada Lauh Mahfuz. Adakah kita juga bias menjadi seperti matahari, tetap terbit saban hari sehingga datangnya arahan dari-Nya?

Sejenak kita melilau sekeliling, perut mula berbunyi, lapar. Bau makanan dapat dihidu daripada dapur kita. Di satu sisi dunia, ada orang yang kebuluran, untuk mendapat sesuap nasi pun perlu menunggu mungkin berbulan-bulan lantaran lambatnya bekalan makanan. Kanak-kanak yang kebuluran dapat dilihat mati di tepi jalan, gara-gara kurangnya makanan, perutnya besar namun tangan dan kakinya nampak lekuk-lukuk tulang.

Lalu mata melihat ke luar rumah. Suara burung-burung menyanyi beriringan kedengaran, bunyi daun-daun kelapa turut mengalun lembut. Semesta bertasbih kepada Allah. Seolah-olah merupakan satu muzik yang cukup tenang menusuk ke telinga lalu ke hati.

Di satu sisi dunia ada orang yang tidak dapat aman pendengarannya, bunyi bedilan bom bertalu-talu mengenai bangunan-bangunan berdekatan rumah. Anak-anak menangis takut, ada orang ditawan oleh pihak Zionis. Tentera-tentera Zionis tetap mengganas pada rakyat Palestin. Bila ditanya mengapa, ada antara tentera confuse, sendiri tidak tahu akan tujuan mereka mennganiayai rakyat Palestin, hanya menerima arahan.

Hati keras mahu membuka hati menghayati lantas berterusan melakukannya,gembira, ketawa melihat anak-anak kecil dikasari.

Tiba-tiba, telefon berbunyi, rakan kita menghubungi. Lama kita berbual dengan rakan kita dengan sedikit bergurau, kembali merenung. Beruntungnya kita dapat rakan yang sejati, bersama kita tatkala suka mahupun duka. Di sisi dunia, ada orang yang sedang mencari rakan yang sejati, ada orang yang tidak menghargai rakan apabila sudah ada rakan yang sejati, malah ada rakan yang makan rakan sendiri tanpa dia sedari.

Kita melihat ke bawah, kaki-kaki kita menurut transmission neurone ke otak lalu kita dapat mengerak-gerakkan kaki dan anggota lain. Suatu ciptaan yang paling terbaik dicipta oleh Allah SWT iaitu manusia. Sedikit sahaja yang sedar. Di satu sisi dunia, ada orang yang bertarung dengan penyakit sehingga dia tidak mampu mengerakkan kaki mahupun anggota lain, animasi di wajah juga tidak dapat berfungsi lantaran kesihatan yang semakin memburuk.

Buku-buku tersusun elok di atas rak buku. Ada Tafsir Al-Quran, buku akademik, novel, buku motivasi, majalah mahupun buku-buku untuk kemajuan diri di dunia mahupun di akhirat. Bibir tersenyum akan perbuatan diri, ada buku-buku yang kita masih belum khatam membacanya apatah lagi mengamalkannya. Namun hasrat untuk mengkhatamkannya tidak pernah mati.

Di satu sisi dunia, ada orang yang tidak mampu membeli sebuah buku pun dek sempitnya poket kewangan padahal dia sangat mahu membeli buku-buku ilmu tersebut. Di satu sisi dunia juga mungkin ada orang yang mempunyai sebuah buku sahaja namun orangnya mengamalkan apa yang telah dibaca dalam kehidupan. Kesempatan untuk membaca berulang-ulang menjadikan dia hafal muka surat mana dan apa yang terdapat dalam muka surat itu. Maha Suci Allah.

Berita dari radio menarik perhatian kita. Seorang bukan islam yang juga adalah seorang saintis, baru memeluk islam atas penemuan sainsnya di dasar lautan. Air masin dan air sungai tidak pernah bercampur, malah seperti ada yang menjadi pemisah antara dua jenis air itu.

Perkara itu lantas membuka mata dan hatinya, penemuan yang ditemuinya itu telah awal disebut dalam kitab Al-Quran umat Islam, mana mungkin apa yang berlaku beberapa abad kini telah tercatit dalam Al-Quran. Al-Quran pasti bukan kerja manusia, tapi ia adalah daripada Allah, Tuhan yang berkuasa di atas muka bumi ini. Saintis itu pun memeluk islam, hidayah Allah telah mengena padanya.

“ Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu, Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”

(Surah Ar-Rahman: 18-21)

Di satu sisi dunia, ada orang yang masih belum mendapat hidayah daripada-Nya. Mungkin ada yang sudah tahu islam itu agama yang benar namun masih juga menafikannya,hujah-hujah bagi menentang islam tidak putus asa dicari.

Namun itu semua tiada gunanya, Allah pasti akan menolong dan memenangkan agama-Nya ini, suatu hari nanti cepat atau lambat. Tiada siapa yang dapat menghalang apabila Allah hendak member hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan tiada sesiapa yang dapat menghalang apabila Allah mahu menyesatkan seseorang. Dial ah yang Maha Berkuasa ke atas hamba-hamba Nya.

Terlalu banyak yang Allah kurniakan pada diri kita yang bergelar hamba-Nya di dunia ini. Sehingga seluas lautan itu pun tidak menampung nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah pada kita. Sentiasalah kita bersyukur atas apa yang telah dikurniakan oleh Allah pada kita. Apabila sesuatu yang kita miliki itu telah hilang, barulah terasa betapa sesuatu itu amat berharga pada diri malah merinduinya pula apabila hilang. Pandangilah dengan mata hati, biar hati menyatu menyahut kebenaran yang hakiki.

Peringatan juga buat diri agar kita sama-sama memperbaiki diri….insyaAllah…