6.30.2013

I am Afraid of Myself

Yes, as what you've been read.
I am afraid of myself,
Since when do I missed my caring and love towards people around me?
Since when do I become heartless and cold person?
Since when do I become selfish and just think about myself?

People might think I am confused now,
I am trying to search back who I am,
I've lost myself,
Somewhere that I've been missed,
To some event that I've been through,
I lost myself there.



Kuala Lumpur

6.03.2013

Waiting is Painful


I still remember that day,
How I wish to start everything by juz our own effort,
but yes still under observation by our murabiyah,
wish to start everything by our self coz I see that everything looks so slow.
I think this is the best choice to be made, ukhti.
seriously waiting is painful, but too rush is bad as well.

memetik buah sebelum masak,
hanya mengundang pahit dan kelat,
tidak berisi, tidak manis dan sekadar mengisi perut sahaja,
let us move step by step from now on,
I dun know where this strength come from,
but I wish and hope that it will continuosly motivate us.

no one is left to do this job accept us,
i will try to use my experience in my own town before this,
to be apply in our place,

credits


Kuala Lumpur

5.31.2013

First Praktikal Done! :D



Yeay! Alhamdulillah Allah kurniakan hasrat untuk menulis lagi di blog ini~~ dah bersarang agaknya blog ni sebab lama dah tak update. Nak diceritakan, sang penulis baru sahaja selesai praktikal di hospital selayang dalam Occupational Therapy, OCCT Department. Pengalaman yang sang penulis kira sangat berguna bukan sahaja sang penulis sebagai pelajar Occupational Therapy malahan juga insan yang bergelar manusia.


Baru-baru ni, sang penulis baru dapat tahu bahawa sebelum ini sebenarnya course Occupational Therapy dan Physiotherapy dok bawah course Perubatan, merupakan salah satu cabang Perubatan pendek katanya. No wonder I think that people especially patient confuse us being a doctor while we are working in the hospital. But what we learn as an Occupational Therapy is not as hard as Medical Student. Masa sang penulis praktikal hari tu pun, ada beberapa orang HO yang praktikal kat Hospital Selayang dok sekali bersama kami dalam OCCT Department yang sama.


Ya, sang penulis akan merindui hari itu di mana kami ambik masa tak dak patient dengan bermain VALPAR 11. An eye-hand-foot coordination intervention tools especially given to those who have cognitive impairments. Not juz us and the patient, the caregiver of the patient also involve in the games, my supervisor as well. Arrrrh, I miss that moment already. And that silly moment when we challenged the patient to beat the therapist in games assessment. Macam membuli pon ader, patient pon sporting~~ huhu :')


Banyak patient yang sang penulis jumpa memuji-muji therapist bahagian OCCT yang kebanyakannya mesra dan tidak begitu memaksa patient dalam melakukan sebarang assessment and intervention. Sang penulis sendiri pun gembira bersama dengan pesakit sang penulis yang juga adalah patient yang sang penulis pilih untuk case study sang penulis sendiri. Seriously, bila jumpa balik patient ni kali ke dua, rasa sangat happy terutamanya melihat perkembangan yang berlaku dalam diri patient.


Pertemuan yang hanya singkat namun terasa rapat antara kami biarpun berlainan bangsa and status. Pelbagai patient yang sang penulis jumpa, ada yang berjawatan Dato' yang juga adalah businessman, a baker, a housewife, a police, a teacher, a student, a father, a teenager, an adult, a child, a disable people especially and not to forget patient with stroke, burn, and have psychiatry disorder. All this had open my eyes to not only read the conditions, assessment and intervention in the book only, but to be widen my point of view, this practical session really help me to see what is Occupational Therapy really is.


Di sini sang penulis belajar untuk berkomunikasi dengan lebih baik lagi, memang tak leh nak lari untuk cari topik yang sesuai untuk dibualkan bersama dengan klien. Kalau tak, hmmm sesi terapi akan nampak gloomy and tak jalan sebab tak dak bond between therapist and the klien. Okey, aq rasa aq banyak cerita tentang pengalaman aq praktikal untuk entry kali ni. Tak pe lah ek, heh. Yang tak boleh dilupakan adalah bila ada patient lelaki yang jadi semangat bila nampak sang penulis yang gi jenguk n assess die di ward burning. Hmmm, macam2 memori ada.

I love Occupational Therapy. And hey I must say this, mostly orang2 OCCT terutamanya yang perempuan ni cantek2 n comey2 belaka. Tak percaya? Cuba cari OCCT kat tempat korang sendiri. Ngohohoho.



Kuala Lumpur

4.06.2013

Hidayahnya Sudah Sampai Tapi Belum Masuk Ke Dalam Hati

credits

As salam.. hai semua sang pembaca sekalian. Rasa hati yang amat kuat untuk menulis sesuatu di sini sebenarnya. Sang penulis kira tempoh terakhir update blog ini sehingga ke tika ini sudah cukup lama. Cuba mencari masa untuk menulis di blog ini dan akhirnya ya malam ini kita berjumpa sekali lagi dalam blog yang tidak seberapa ini. (Banyaknya ini..heh) Maafkan sang penulis kerana tidak berjaya menunaikan hak sang pembaca sekalian. 

Ya, tajuk entri sang penulis kali ini adalah Hidayahnya Sudah Sampai Tapi Belum Masuk Ke Dalam Hati. Mudah untuk diperkatakan namun hakikatnya pada realiti sukar untuk dijelaskan maksud sebenar di sebalik kata-kata ini. Ianya lebih kepada apa yang kita rasa di dalam hati. Kita hari ini mungkin sudah mendapat hidayah daripada Allah atau mungkin juga sedang mencari hidayahnya Allah di mana semenjak itu kita kira jalan-jalan yang dilalui seolah-olah diiringi dengan bimbingnya daripada Allah. 

Namun tidak dinafikan, ada sahaja yang sudah menerima hidayah Allah itu, namun tidak terkesan di hatinya. Lalu melahirkan insan yang hanya syok sendiri sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa sepanjang 'gerabak' ini bergerak. Amalan mahupun gerak kerja DnT yang dilakukan kian hari dilakukan saban waktu namun hati seakan terasa kering, nafsu juga menyelubungi epiknya minda mahu mentafsir antara petunjuk dan teguran Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang akan hamba-hamba Nya.
credits

Mana mungkin Allah mahu hamba-Nya itu terus lalai dan hanyut dengan sesuatu yang tidak-tidak, pasti cepat atau lambat akan ada sesuatu yang hadir dalam hidup kita yang mana itu sebenarnya adalah teguran dan petunjuk yang diberikan oleh Allah. Teguran dan petunjuk yang paling terkesan pada pandangan sang penulis adalah apabila kita ditegur melalui perantaraannya hamba Allah yang paling dekat dengan kita. Kita serba tahu hati tempat yang paling dalam di dalam tubuh manusia, Juga tempat di mana tumbuhnya benih-benih bintik hitam yang mudah mencemari sang pemilik tubuh lalu hidayah sukar untuk masuk kerana tidak dibajai sebaiknya, saban waktu hatinya seakan buta lalu enggan menyahut hidayah yang mahu masuk ke dalam hati. Mudah sahaja dan mungkin pada sesetengah orang sukar untuk menemui rakan-rakan atau sahabat yang mana berani menegur secara direct akan rakan-rakannya itu. Namun pada ukhwah yang begitu erat, sang penulis kira agak mudah kita sedar akan sesuatu teguran meski berlapis dan seakan tidak-tidak pada zahirnya. 

credits
Di sinilah ukhwah mula diuji, antara membenci perbuatan rakan seperjuangan atau kita tanpa sedar telah membenci pula mereka. Dan di sinilah ukhwah diuji, anggapan dan sangkaan apakah yang kita campakkan pada rakan kita? Barangkali juga suatu teguran yang kita beri pada rakan kita itu sebenarnya boleh menyakitkan hatinya. Kita tidak tahu, kita mungkin tidak pernah mahu tahu atau mahu bertanya mengapa, kenapa dan sejak bila rakan kita menjadi sebegitu? Di sinilah kita diuji untuk menerima teguran rakan kita itu dengan hati yang terbuka atau dengan hati yang terpaksa? Teguran yang mungkin akhirnya menyebabkan kita berubah. Berubah kerana-Nya, bukan kerana ada orang lain yang menyuruhnya. Di manakah silap langkah yang dilalui? Adakah sebenarnya kita yang ada masalah? Masalah hati yang paling dalam. Apabila adanya prasangka buruk terhadap ujian daripada Allah, hidup seakan tidak tenang kerana merasakan seakan-akan semuanya tidak kena. Lalu kita mudah kecil hati pada orang lain meski mereka tidak bermaksud sedemikian. Barangkali kita yang salah kerana terlalu cepat terasa, terlepas pandang bahawa jika kita kecil hati pada manusia bermakna juga kita kecil hati kepada Allah. Kerana apa yang kita dapat atau lalui hari ini adalah satu bentuk bimbingan, teguran mahupun petunjuk dari Allah bagi sesuai untuk kita.

"Kita selalu menyalahkan orang lain tidak memahami kita. Tetapi kita lupa, adakah kita sudah cuba memahami mereka? Paling tidak pun cuba memahamkan mereka tentang kita? Mungkin hakikatnya, perlakuan kita yang tidak konsisten itulah yang menyebabkan kita sering disalahertikan."
credits

Sememangnya hanya Allah sahaja yang mengetahui apa sebenarnya rakan kita lalui atau apa yang kita lalui. Dalam hidup kita ini, kita mungkin tidak tahu bahawa rakan kita itu sebenarnya sedang bermujahadah melawan segala godaan di sekitarnya yang mana kita tidak dapat lihat dari kaca mata hati atau pun zahirnya. Kerana mungkin juga hati kita tertutup/alpa/tidak sedar dan tidak mahu membuka mulut berbicara hati ke hati. Dan sememangnya juga kita perlu sentiasa bersabar dengan sahabat yang sama dalam perjuangan ini. Sang penulis juga agak sentap apabila mendengar rakan-rakan yang dahulu seperjuangan selama ini sudah jauh dari gerabak ini lalu hati diketuk dan merenung diri. Kenapa aku masih di jalan ini? Apa yang aku dapat melalui jalan ini? Adakah aku ini hanyalah orang yang mengikut-ngikut sahaja? Tanpa mahu tahu kenapa dan mengapa aku memilih jalan ini? Apakah sebab aku masih lagi ada di jalan ini? Kerana yang melakukan semua itu adalah Allah yang Maha Berkuasa. Tidak mustahil suatu hari nanti sang penulis jauh dari gerabak ini dan tidak mustahil juga sebaliknya. Nauzubillah semoga terus tsabat. Amiin.

Allah menapis hamba-hamba Nya yang mana mahu dikekalkan petunjuk dan hidayah agar masih dalam jalan ini. Umpama bangunan yang tersergam indah namun ada suatu sudut yang kelihatan rapuh, lalu sang arkitek membuang bahagian yang rapuh buat bangunan jadi lebih tegap dan bertahan dengan kondisi yang kuat. Satu sahaja jawapan yang sang penulis fikirkan. Ya, berada di jalan ini meski hati masih kotor adalah lebih baik daripada berputus asa terus kerana merasa hitamnya hati lalu keluar dari gerabak. Merasa tidak layak, terlalu banyak noda dan godaan yang lebih utama dikejar selain redha-Nya Allah. Yang pasti dalam perjalanan gerabak ini, tidak semua orang punya ujian yang sama. Masing-masing punya kemampuan sendiri yang Allah serba tahu. Ujian yang diberi oleh-Nya pada si A mungkin sangat berat berbanding si B yang merasakan ujian itu sangat lah kecil baginya. Begitulah juga sebaliknya. Setiap daripada kita datang dari pelbagai didikan/bimbingan daripada keluarga dan juga pengalaman masing-masing yang mana mencorakkan cara kita berfikir, bertindak dan membuat keputusan pada hari ini

Sesebuah perbuatan/tindakan/persepsi seseorang mungkin timbul disebabkan perbezaan ini yakni pengalaman lalu, kisah pahit lalu, didikan keluarga, keadaan dan sebagainya. Mungkin kita tidak mendapat ujian seperti itu kerana Allah tahu kita mungkin akan jadi semakin jauh daripada-Nya. Dan mungkin juga Allah tahu kita masih belum bersedia untuk melaluinya. Kadangkala juga, kita sudah keluar dari sesebuah ujian itu dan setelah sekian lama ada insan lain yang punya ujian seakan kita dulu itu datang pada kita dan bertanya seperti apa yang kita pernah lalui. Mereka datang untuk mengetahui jalan keluar dari ujian mereka.
credits

Hati perlukan makanan dan makanan untuk hati adalah zikir mengingati Allah. Mungkin kerana hati yang kotor inilah kita sukar mendapat hidayah lalu hidayah tidak sampai ke hati. Jadi mudah berprasangka buruk atau merasakan yang tidak-tidak pada sesuatu yang diberikan oleh Allah pada hidup kita. Entahlah. Kadang-kadang kesibukan yang dialami juga sebenarnya sangat memberikan suatu rasa yang berbeza andai kita masih punya hati mahu melihat sekeliling bukan sekadar mahu menyelesaikan sesuatu tugasan semata-mata. Namun ianya juga lebih daripada itu di mana kita dalam kesibukan pasti tidak akan lari dari menemui atau berhubung dengan manusia. Di sinilah kita diuji untuk memikirkan orang lain berbanding diri kita. Meski kita rasa kita lagi sibuk dari mereka atau meski mereka rasa mereka lagi sibuk, namun itu tidak menjadi alasan untuk kita mengambil remeh atau tidak melayan rakan-rakan kita sebaiknya.

Hidayahnya sudah sampai tapi masih belum masuk ke dalam hati. Suka memilih perkataan 'belum masuk' daripada 'tidak masuk' kerana barangkali sahaja insan itu sedang cuba bermujahadah dan dalam hatinya masih ada rasa yang dirinya sedang semakin jauh. Lalu apa yang menyebabkan hidayah itu sukar untuk masuk? (jawap sendiri)

Kerap kali setelah kita semakin lama di jalan ini, semakin hari setelah banyak ujian yang dilalui yang mana menguatkan kita lalu hubungan kita dengan Allah semakin erat yakni juga bergantung kepada sejauh mana kita berusaha untuk turut sama kembali dalam gerabak. Haaa, masa inilah lagi Allah uji dengan datangnya makhluk-makhluk Nya yang mahukan masa dan perhatian daripada kita. 

Di sinilah 10 Muwasafat Tarbiah kita seperti Bermanfaat Kepada Orang Lain diuji dan cuba dipraktikkan. Di sinilah Allah nak uji sejauh mana kita menggunakan masa yang ada meski dalam kesibukan untuk terus beribadah sebaik mungkin. Buka mata, buka hati, dan lihat sekeliling.

PERINGATAN TERUTAMANYA BUAT DIRI SANG PENULIS.


Kuala Lumpur

p/s: Good Night. Mari solat sunat taubat dan baca al-Mulk sebelum tidur. :D


credits




3.19.2013

Entri Sangat Super Pendek

Ada orang lain yang lebih berhak mendapatkan perhatian dan kasih sayang daripada kita. Lebih baik menumpukan pada sesuatu yang pasti daripada fokus pada perkara yang tidak pasti. Nanti memakan diri..