Miaw K1 main ngan kiter tempoh hari.. :) |
Kadang-kadang, kita rasa kita serba tahu akan siapa sebenarnya diri kita. Tapi kadang sebenarnya tidak, kita ternyata tertipu mungkin. Kadang saat yang paling anda sedar bagaimana ialah anda adalah apabila anda harus memilih untuk terus bersikap tidak menerima kenyataan atau redha dengan ketentuan Allah.
Bagaimana anda begitu mudah merasa tidak puas hati dengan nikmat/rezeki yang diberi Nya yang datang dari bermacam ragam. Ada yang datang dari adanya sahabat yang sentiasa bersama, ada yang datang dari segi masa dan kelapangan, ada yang datang dari kesusahan dan kesempitan yang malahan mungkin boleh menguji jiwa raga.
Boleh jadi Allah tak bagi apa yang kita nak sebab kita tak cukup lagi menjadikan Allah sebagai satu-satunya illah dalam hidup kita. Adakah kita buat sesuatu tu sebab kita nak benda yang lain daripada Allah. Dan kita semestinya tahu bahawa Allah sebaik-baik perancang di antara yang merancang dan juga Maha Mengetahui apa yang di belakang, di depan dan sebagainya dalam hidup ini.
Boleh jadi jika Allah bagi yang ni atau yang itu, Allah tahu kita akan cepat lupa diri dan jauh dari Dia, sebab itu Allah tak bagi apa yang kita nak. Bersabar, tarik nafas. Hembus. Muhasabah diri. Setakat mana dah kau letak Allah dalam hidup kau? Selama ni, berapa kali je kau mengadu kat Allah sebelum mengadu kat manusia?
Dunia dan seisinya hanyalah senda gurau dan tidak kekal. Jadi mengapa kita tak menganggap dunia ini sebagai hanya barang mainan, yang mana kita nanti akan akhirnya tahu semua ini sementara sahaja. Tak lama. Akhirat nanti tempat tinggal yang abadi. Mana lagi yang lebih penting untuk difikirkan selain dari kehidupan yang kekal?
Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment