As salam..Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari terakhir sang penulis berada di tahun 2013. Nak diceritakan, banyak yang berlaku pada sang penulis sepanjang tahun ini. Mari sang penulis nak ceritakan sikit pada korang semua yang membaca entri terakhir di tahun 2013 ini. Kenangan, sangat manis untuk dilupakan, ada kalanya juga pahit tapi yang pahit tu nantinya in shaa Allah akan menjadi manis baik cepat mahupun lambat.
Januari-June
Sang penulis disibukkan dengan praktikal di Hospital Selayang where I met Encik Thillai, Puan Ayu, Puan Husna dan Encik Mi. Hospital Selayang tak berapa nak mencabar tempatnya berbanding Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Klang. Selama sang penulis berada di Hospital Selayang, banyak bimbingan daripada Encik Thillai terutamanya, yang mana sang penulis hormati dan kagumi beliau dari segi seorang terapis, sang penulis menyaksikan bahawa beliau seorang yang sangat baik dan mengambil berat tentang semua pesakitnya, beliau mampu melihat sesuatu secara menyeluruh dan mampu menghayati sesuatu keadaan dari segi perspektifnya sendiri. Beruntung dapat bos macam dia kalau kerja. hehehe.
Sang penulis juga menghadiri daurah seperti Ini Sejarah Kita, Syahadatul Haq dan sebagainya di tempoh masa sebulan ini. Sang penulis berkesempatan mengenali figura-figura hebat dalam dakwah yang mana sang penulis juga sangat kagumi kerana mampu menyeimbangkan antara dakwah dan juga keperluan duniawi. Sang penulis juga diuji dengan ujian uhkhwah yang amat pada tempoh ini. Sang penulis yakin mereka merasakan ada kedinginan dalam ukhwah yang sang penulis lahirkan pada zahirnya di pandangan mereka. Maafkan sang penulis, tapi sang penulis merasai ada sesuatu jurang antara ukhwah kita. In shaa Allah dan alhamdulillah, kini sang penulis mengerti dan memahami ukhwah itu dengan lebih baik lagi. huhu.
Pada tempoh bulan Januari hingga Jun ini juga, sang penulis berkesempatan menyertai OPKIM di Melaka dan mendapat keluarga angkat di sana, buat pertama kalinya. Makanan, tempat tinggal dan layanan yang istimewa dapat sang penulis rasakan di sana. Kedamaian tempatnya juga masih terpateri dalam ingatan sang penulis. Ibu angkatku juga mengakui bahawa kami adalah anak-anak angkat yang paling happening dan paling meriah sepanjang beliau mendapat anak angkat sebelum ini. Yang sedihnya adalah, ibu angkatku meeniggal dunia setelah lebih kurang 2-3 bulan kami meninggalkan Melaka akibat penyakit tua. Sang penulis masih tidak sempat untuk bertemu kembali dengan keluarga angkat sang penulis. Timbul juga rasa rindu untuk ke sana, tapi segan pun ada andai pergi sendiri tanpa adik beradik angkat yang lain. Dan dalam program OPKIM ni, sang penulis jadik Exco Publisiti dan buat and design banner untuk program ni, kitorang warna, lukis n sebagainya pada most of the banner yang perlu kami buat.
Selain itu, sang penulis juga ditawarkan untuk menjadi organisasi induk Fiesta Sinergi Intelek di mana sang penulis digandingkan dengan seorang pelajar lelaki perubatan. Sang penulis sebenarnya tak pernah digandingkan dengan mana-mana lelaki sepanjang dapat jadi organisasi di kolej. Alhamdulillah, sang penulis dapat harungi meskipun sang penulis tahu, sang penulis lebih banyak bekerja di belakang tabir dan tidak dilihat oleh pengarah sang penulis ketika itu. Pengalaman sang penulis membuat pengumuman di setiap blok kolej perempuan itu tidak dapat sang penulis lupakan. Tak pernah sang penulis buat tapi sang penulis rasakan ini adalah pengalaman yang berharga buat sang penulis. huhu.
Program lain termasuklah Makan Malam Kolej. Sang penulis jadik Exco Publisiti untuk program tersebut. Sebelum program, sang penulis disibukkan dengan penyiapan poster, video teaser dan video penyampaian anugerah manakala Exco lain dan seorang AJK kami lagi terlibat dalam penyiapan yang lain. Nak diceritakan, makan malam ini adalah yang terbaik pernah dilihat oleh orang atasan UKM yang hadir di majlis tersebut yang mana special khas kami jemput dari pentadbiran di UKM Bangi. Alhamdulillah, sang penulis berjaya mengawal keseluruhan flow majlis di belakang pentas, background pentas, muzik, dan sebagainya yang terlibat sama. Sayangnya, sang penulis tidak dapat bercantik-cantik mungkin hahaha, untuk menyertai rakan-rakan sang penulis pada majlis tersebut kerana disibukkan dengan penyelarasan dan pengawalan pentas/majlis di belakang dewan bersama technician dari tempat tersebut.
Then, sang penulis juga terlibat dalam organisasi Makan Malam Terapi Carakerja. Ini juga interesting, kami 12 orang bertungkus lumus menjadikan majlis ini menjadi. Biarpun simple, tapi nampak grand and tidak berapa mengambil duit setiap orang yang datang. Sang penulis sangat menghargai semua coursemate sang penulis, kami saling menerima kekurangan dan kebaikan masing-masing selama kini lebih kurang dua tahun lebih. Sang penulis tidak ikut serta dalam aktiviti koir dan nyanyi bersama di atas pentas dalam majlis ini kerana sang penulis sedar sang penulis bukan jenis yang sebegitu.
Final exam Sem 2 Tahun 2 alhamdulillah i did my best and i struggle a lot at that time. Alhamdulillah, sang penulis berpuas hati dengan result yang keluar pada masa itu. During weekend, sang penulis selalu keluar dengan sahabat sang penulis pergi ke perpustakaan negara yang sangat dekat dengan asrama kami. nak study kat bilik pada waktu itu adalah sesuatu yang mustahil kerana sang penulis ada masalah dari segi pengawalan masa tidur akibat terlalu selesa berada di bilik sendiri.
Farewell and welcoming party juga dibuat dalam tempoh ini, sang penulis menyertai party kali ini yang dibuat di Times Square, kami makan di Secret Recipe ketika ini. Lawak jugak apabila teringat dengan pekerja Secret Recipe tempoh hari yang mana kami order masakan secret recipe di sungai wang melalui telephone manakala tempat kami makan adalah di secret recipe Times Square. Sang penulis berjaya menyiapkan button sempena majlis ini dan semua orang dapat seorang satu button yang berwarna biru ini. heh.
Kami juga makan bersama Encik Hiba semasa hari terakhir kelasnya di Hale's Kitchen, beliau yang dah ada Master in OT, banyak cerita tentang pengalaman beliau sepanjang belajar dan menjadi seorang OT. Beliau juga yang bersama dalam program komuniti kami yang dibuat di IQ70+.
July-December
Awal bulan September sang penulis berkesempatan menjejajkan kaki ke Kedah dan Pualau Pinang. Kenangan yang tak dapat dilupakan bersama dengan insan-insan yang friendly, dapat makan free dan kenal keluarga tunang kakak di Kedah. Hehehe. Adik dapat masuk USM, thatz why nak join sekali cuti seketika di Kedah sebelum hantar adik ke USM. Sang penulis berpeluang tengok sawah padi dan ambik gambar sebanyak mungkin, melalui jambatan Pulau Pinang yang sungguh indah itu. SubhanAllah. Oh ye, sang penulis dikenengkan dengan orang Kedah pulak masa ni, diorang main-main jer tapi sampai hari ni masih jugak nak usik sang penulis balik. I know it is juz sebahagian cara untuk sang penulis berukhwah sesama muslimah dengan mereka. :)
Tahun 3 bermula, sem 1 tahun 3 yang sangat hectic dapat aku rumuskan, tahun ni kami dapat junior mweheheh. dah dua tahun kami jadi junior sebab tahun sebelumnya course kami tak ambik intake tahun satu. Pengalaman kali pertama dapat junior, macam tu lah, macam yang kami rasakan dulu sebagai junior. Tahun ini sang penulis tidak lagi disibukkan dengan program-program kolej, sang penulis banyak menumpukan kepada study dan dakwah.
Sang penulis menyertai Lan berambeh anak Sarawak di PWTC, yang menghimpunkan semua anak Sarawak yang tinggal di Semenanjung. A grand majlis, sang penulis berkesempatan menemui beberapa kawan lama di majlis ini, dapat makan free, dapat kawan baru. Yang tak boleh dilupakan, makan malam tu diorang bukak pertandingan bola sepak di antara ngap sayot dengan negeri apa entah masa tu dan ngap sayot menang ketika itu. Riuh dewan dengan pekikan, tepuk tangan bersama juga dengan Taib Mahmud yang turut hadir memeriahkan suasana.
Sang penulis mula menjadi murabbi buat pertama kalinya saat ini. huhu. alhamdulillah dan kini masih lagi belajar menjadi murabbiah dan mutarabbi yang sentiasa belajar dan tidak pernah merasa puas untuk belajar. Ilmu Allah itu luas, tak tergambar dengan kata mahupun pandangan. Sampai bila pun, sang penulis takkan sempurna. Adalah suatu cabaran untuk sang penulis menyampaikan sesuatu dan pada masa yang sama memperbaiki diri sendiri. In shaa Allah, Allah sentiasa bersama sang penulis, akhwat juga sentiasa membantu dan menyokong sang penulis.
Pagi Ahad Tak Tidor (PATT) dibuat di Titiwangsa ketika ini yang menghimpunkan semua akhwat kawasan ketika itu. Ramai gak yang datang dan sang penulis ketika itu berkesempatan menjadi antara tulang belakang yang menjayakan program itu alhamdulillah. Niat semua kerana Allah, pasti Allah bantu. Sang penulis mengenali akhwat dari institusi belajar tempat lain dan berpeluang bersama mereka berganding bahu menjayakan program ini. Sang penulis mulai sedar, biarpunbagaimana kelemahan kita yang ada, kelemahan itu boleh jadi akan jadi suatu kekuatan andai disalurkan pada jalan dakwah dan tarbiyah. Sang penulis kagumi akhwat yang bagi penyampaian pada hari tersebut.
Tahun 3 sem 1 ini sang penulis mengenali Dr. Chai, sang penulis suka dengan personalitinya, beliau ada identitinya sendiri sebagai OT. I like her style and personality which someday in the future, sang penulis juga mahu punya personaliti dan stail sendiri. Beliau dari Sarawak, dan sang penulis kira sangat banyak pengalamannya dalam bidang OT sehingga dapat title Dr sebab berjaya habiskan PhD di oversea. I adore her as a person who strive to achieved her dreams. heh. :D
Tahun ini juga sang penulis terlibat dengan Mukhayyam. Masuk hutan seperti biasa tapi kurang mencabar sedikit berbanding sebelumnya, masa ni sang penulis belajar untuk climb bukit guna tali dan turun. First time! and it was really fascinating and I can't forget about that experience. Hehehe, pengisian semasa daurah yang begitu mantap daripada figura-figura hebat dalam dakwah dan tarbiyah juga tidak kurang menambah lagi pengalaman yang manis di mukhayyam kali ini. Sang penulis juga berkesempatan mengenali seorang akhwat yang kami selalu panggil kak ninja iaitu ketua kumpulan kami disebabkan dia selalu menjaga dan nampak lah kepimpinan dia dalam menjaga kami ahli kumpulannya.
Makan bersama Encik T dan Dr. Chai di Fullhouse. Sweet memories, kami 12 orang lagi merancang sesuatu yang mengharukan Encik T pada hari itu. Hari terakhir dia sebagai clinician OT di UKM kerana dipindahkan ke KSKB Sungai Buloh. Ambil gambar bersama dan sebagainya. mwehehehe.
Praktikal OT kali ni dibuat di Hospital Kuala Lumpur:
Minggu 1: Geriatrik
Sang penulis belajar mengenali dan hold on pesakit yang sudah tua, agak mencabar kerana mereka suka bercerita sehingga melarat dan takes time untuk sang penulis mendapatkan maklumat mengenai pesakit. Alhamdulillah saat ini sang penulis berjaya mencabar diri sang penulis untuk membentangkan case home visit di hadapan consultant dan medical team yang lain. Kali pertama membentangkan isi home visit dalam bentuk berbeza yang mana slide yang sang penulis buat jadi rujukan ramai pihak setelah itu. Alhamdulillah ya Allah, semua ini adalah suatu process untuk belajar. Tak dinafikan sang penulis memang kena tembak teruk masa bentang case study tempoh hari (bukan home visit), barangkali juga kerana selesa dengan cara sang penulis belajar di Hospital Selayang yang agak comfort zone menyebabkan sang penulis merasa agak tercabar dan susah untuk adaptkan diri di Hospital Kuala Lumpur.
Minggu 2-3: Neuro-Med
Di sini sang penulis belajar merendahkan ego sang penulis dan mengenali siapa sang penulis sebenarnya pada pandangan orang lain. Ada banyak benda yang perlu sang penulis perbaiki untuk menjadi seorang OT yang profesional dan berjaya suatu hari nanti. Terima kasih yang tidak terhingga buat sesiapa yang sentiasa bersama sang penulis ketika itu, support sang penulis ketika down and up. I appreciate you all. :') Thanks jugak pada sesiapa yang menegur sang penulis ketika itu, sang penulis yakin teguran anda adalah untuk kebaikan sang penulis suatu hari kelak agar sang penulis tidak melakukan hal yang sama di tempat lain in shaa Allah. I try my best.
Minggu 4: Psikiatri
Minggu yang sang penulis sangat nanti-nantikan. Sang penulis punyai minat dalam melihat dan hold on pesakit yang ada mental illness. Entah, tapi setiap kali ada pesakit mental illness datang ke department ni, hati sang penulis membuak-buak ingin tahu mengapa merekajadi begitu dan sang penulis juga di sini berjaya menggunakan kelebihan yang ada pada diri sang penulis untuk membuat aktiviti berkumpulan bersama pesakit. Sang penulis mengetuai sesi aerobic pada pagi itu, suruh diorang buat bulatan and kami main muzical chair, nyanyi bersama, introduce self menggunakan muzic dan bola yang dipassingkan. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan, praktikal yang sangat sang penulis sukai. heheheh.
Tutup cerita praktikal. Kakakku kahwin pada beberapa hari lepas bersama dengan suaminya dari Kedah, yes, abang iparku dari Kedah. Masa tu praktikal dan sang penulis tetap mahu balik kerana itu adalah wedding kakakku dan sang penulis tidak mahu ketinggalan untuk bersama di hari besarnya. huhu. Tapi, bila tiba masa untuk balik, sang penulis dan ibu sang penulis merasa sebak begitu juga dengan ahli keluarga sang penulis yang lain, tempoh sang penulis berada di Sarawak tidak lama dan ibu pula tak sempat nak melayan dan bersama kami sangat disebabbkan sibuk melayan tetamu disebabkan itu ibu rasa sebak apabila kami meninggalkan rumah pada hari tu. (Len kali tak nak balik kalau tengah sibuk gitu, n balik cuma 2 hari)
Dan sekarang, minggu belajar sempena final exam yang akan datang. Doakan sang penulis berjaya dapat 3.00 ke atas in shaa Allah. kali ini. :')
Demikianlah cerita di tahun 2013, mungkin ada tertinggal cerita di mana2. Sekian.
Kuala Lumpur.
Amboi sang penulis..pjg nar jak entry!
ReplyDeleteeh... rajin ktk reply nho. hoho
ReplyDelete