3.17.2013

KLCC 17/3/2013 : Hari Tok Dalam Sejarah



17/3/2013 : Pejabat IKRAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

As salam... kmk baruk jak selesai gi dua pogem besar untuk hari tok di UKM KL ctok. Hehehee. 1st pogem: Muzakarah WP KL yang mana mengumpulkan semua penggerak-penggerak universiti di bawah WP KL. Nak diceritakan hari ni, rupa-rupanya cuma pengisian jer sbanany. Kami dr UKM KL ada ter-missed mesej dari pihak atas, perbincangan tentang gerak kerja DnT rupa2 nye dibincangkan malam tadi bersama orang kuat Ikram Siswa. So, tak berkesempatan sangat.

Apa-apa pun warga as-Syams semuanya, kmk rasa ada juak hikmah di sebalik semua yang terjadi. Mok diceritakan, tauk x sapa yang bagi pengisian hari tok tek? Syeikh Mohamad Hamed Elawa dari Ikhwanul Muslimin Mesir. Sik sangka dapat berkesempatan menghadiri majlis ilmu bersama IM dari Mesir. Syeikh tok kelakar bahasa Arab ngan mekorang but of course ada akhi yang tolong translate-kan untuk kmkorg semua dengar. Nang semangat gilak lah Syeikh tok, senyuman nang x lepas dari mulutnya. Alhamdulillah :D

Kmk mok share sikit tok, apa yang Syeikh tok pesan untuk mahasiswa mahasiswi yg datang pagi tek. N kmk rasa bagus juak untuk share ngan takorang ckit. Hehehe. Tok antara nasihatnya, dalam slide presentationnya tulisan Arab but ada org translate-kan:

1. Kepentingan qudwah dahulu sebelum dakwah. Ibadah jalan menuju kepimpinan. Nak ajak orang lain, tengok dulu diri sendiri. Kita tak kan berjaya dalam dakwah selain dengan perlunya kita ada qudwah dan ibadah.

2. Amal medan tulab (orang baru/mad'u 00) perlu pengorbanan, dan penghabisan tenaga. Kita wajib memikul beban dakwah ini demi kejayaan dakwah.

3. Kewajipan memperolehi kemahiran untuk mempengaruhi dan berkomunikasi dengan mad'u.

4. Manusia suka akan kebaikan. Tunjuki akhlak yang baik kerana Allah itu lebih utama daripada kita menyumbang harta/duit kepada mad'u.

5. Ganjaran/pahala adalah besar. Sentiasalah kita improve usaha & pengorbanan kita. Jika seorang sahaja yang ada di sesebuah U itu, dan anda berusaha untuk kembangkan dakwah di sana dan anda berjaya, itu adalah satu amal dan sedekah yang berterusan. Mereka mungkin bukan anak aku, tapi mereka adalah anak dakwahku. Mereka yang akan mendoakan aku. Sebaik-baik hal adalah mengajak orang kepada Allah/Islam/dakwah.

6. Mad'u: Cari/Kumpul ---> Pilih Mad'u Berpotensi & Memang Mahu ---> Kembangkan potensi Mad'u. Di mana ketiga-tiga step ini memerlukan penggerak yang terdiri daripada pelbagai potensi (ada daie yang pandai bercakap, ada yg pandai DF, ada yg pandai pilih mad'u mana, ada yang pandai kembangkan potensi mad'u, ada yang tak pandai bercakap tapi pandai menulis, design n etc), kesemua pengerak2 ini saling melengkapi bagi melahirkan mad'u2 yg benar2 berkualiti melalui langkah DnT.

7. Setiap orang punya potensi diri. Cari kunci untuk menyedarkan diri dan kemudian potensi dan kesedaran itu dapat kita gunakan untuk kembangkan dakwah dan tarbiyah.

8. Tahu ciri2 @ kriteria2 peringkat remaja. Perlu pelbagikan cara untuk menarik individu-individu yang punya pelbagai ragam dan personaliti.

9. Kewajipan mengetahui objektif. Objektif dalam cara mendekati mad'u yang pelbagai itu perlu clear.

10. Taaruf dengan mad'u perlu mendalam, seterusnya kemas dan akhirnya melahirkan perasaan saling berkasih sayang dan rasa percaya kepada murobbi. Yang mana rasa percaya ini mampu menyebabkan mereka dapat menerima apa yang kita cuba bawakan untuk mereka, mad'u.

11. Perlu ada penyusunan amal dan tersusun urusan. Koordinasi antara penggerak dalam menarik objek dakwah, perlu kerjasama antara organisasi.

12. Soalan dari Syeikh: Adakah kita sudah tinggalkan kesan peninggalan/ sentuhan di universiti kalian? 


Dalam slot bersama Syeikh ni ada ramai yang bertanya tentang kaedah dan uslub dakwah yang terbaik untuk situasi/mad'u yang pelbagai. Hmmm. :D 

"Jemaah orang mungkin adalah jemaah Islam, tapi kita adalah jemaah tarbiyah." Dengar jak statement tok dari Syeikh ya menyebabkan kmk rasa yakin dengan pilihan jalan yg kmk berada kinek tok. Chewaaahh. :D 

Then, after muzakarah ya, gi 2nd event bertempat di Taman KLCC, KLCC. Tok adalah pogem tajmik yang pertama untuk akhwat UKM KL setelah lebih setahun kami mengumpulkan mana yg ada. Alhamdulillah :D 

Tempat yg sangat kacak kot! Woo-hoo~~ Ada-lah pogem tajmik adik2 00 dari UKM KL (medic, Gigi, farmasi, sains kesihatan), UKM Cheras (medic, nursing n so on), antara aktvt utk adik2 ya adalah explorace muwasofat tarbiyah n bertemakan ukhwah. :D Exhausted but happy! XD

(Moga tulisan ini serba sedikit memberi inspirasi n manfaat untuk gerak kerja DnT di tempat antunna masing2.)

With love,
Syima UKM KL


Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment