3.19.2013
Entri Sangat Super Pendek
Ada orang lain yang lebih berhak mendapatkan perhatian dan kasih sayang daripada kita. Lebih baik menumpukan pada sesuatu yang pasti daripada fokus pada perkara yang tidak pasti. Nanti memakan diri..
3.17.2013
KLCC 17/3/2013 : Hari Tok Dalam Sejarah
17/3/2013 : Pejabat IKRAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
As salam... kmk baruk jak selesai gi dua pogem besar untuk hari tok di UKM KL ctok. Hehehee. 1st pogem: Muzakarah WP KL yang mana mengumpulkan semua penggerak-penggerak universiti di bawah WP KL. Nak diceritakan hari ni, rupa-rupanya cuma pengisian jer sbanany. Kami dr UKM KL ada ter-missed mesej dari pihak atas, perbincangan tentang gerak kerja DnT rupa2 nye dibincangkan malam tadi bersama orang kuat Ikram Siswa. So, tak berkesempatan sangat.
Apa-apa pun warga as-Syams semuanya, kmk rasa ada juak hikmah di sebalik semua yang terjadi. Mok diceritakan, tauk x sapa yang bagi pengisian hari tok tek? Syeikh Mohamad Hamed Elawa dari Ikhwanul Muslimin Mesir. Sik sangka dapat berkesempatan menghadiri majlis ilmu bersama IM dari Mesir. Syeikh tok kelakar bahasa Arab ngan mekorang but of course ada akhi yang tolong translate-kan untuk kmkorg semua dengar. Nang semangat gilak lah Syeikh tok, senyuman nang x lepas dari mulutnya. Alhamdulillah :D
Kmk mok share sikit tok, apa yang Syeikh tok pesan untuk mahasiswa mahasiswi yg datang pagi tek. N kmk rasa bagus juak untuk share ngan takorang ckit. Hehehe. Tok antara nasihatnya, dalam slide presentationnya tulisan Arab but ada org translate-kan:
1. Kepentingan qudwah dahulu sebelum dakwah. Ibadah jalan menuju kepimpinan. Nak ajak orang lain, tengok dulu diri sendiri. Kita tak kan berjaya dalam dakwah selain dengan perlunya kita ada qudwah dan ibadah.
2. Amal medan tulab (orang baru/mad'u 00) perlu pengorbanan, dan penghabisan tenaga. Kita wajib memikul beban dakwah ini demi kejayaan dakwah.
3. Kewajipan memperolehi kemahiran untuk mempengaruhi dan berkomunikasi dengan mad'u.
4. Manusia suka akan kebaikan. Tunjuki akhlak yang baik kerana Allah itu lebih utama daripada kita menyumbang harta/duit kepada mad'u.
5. Ganjaran/pahala adalah besar. Sentiasalah kita improve usaha & pengorbanan kita. Jika seorang sahaja yang ada di sesebuah U itu, dan anda berusaha untuk kembangkan dakwah di sana dan anda berjaya, itu adalah satu amal dan sedekah yang berterusan. Mereka mungkin bukan anak aku, tapi mereka adalah anak dakwahku. Mereka yang akan mendoakan aku. Sebaik-baik hal adalah mengajak orang kepada Allah/Islam/dakwah.
6. Mad'u: Cari/Kumpul ---> Pilih Mad'u Berpotensi & Memang Mahu ---> Kembangkan potensi Mad'u. Di mana ketiga-tiga step ini memerlukan penggerak yang terdiri daripada pelbagai potensi (ada daie yang pandai bercakap, ada yg pandai DF, ada yg pandai pilih mad'u mana, ada yang pandai kembangkan potensi mad'u, ada yang tak pandai bercakap tapi pandai menulis, design n etc), kesemua pengerak2 ini saling melengkapi bagi melahirkan mad'u2 yg benar2 berkualiti melalui langkah DnT.
7. Setiap orang punya potensi diri. Cari kunci untuk menyedarkan diri dan kemudian potensi dan kesedaran itu dapat kita gunakan untuk kembangkan dakwah dan tarbiyah.
8. Tahu ciri2 @ kriteria2 peringkat remaja. Perlu pelbagikan cara untuk menarik individu-individu yang punya pelbagai ragam dan personaliti.
9. Kewajipan mengetahui objektif. Objektif dalam cara mendekati mad'u yang pelbagai itu perlu clear.
10. Taaruf dengan mad'u perlu mendalam, seterusnya kemas dan akhirnya melahirkan perasaan saling berkasih sayang dan rasa percaya kepada murobbi. Yang mana rasa percaya ini mampu menyebabkan mereka dapat menerima apa yang kita cuba bawakan untuk mereka, mad'u.
11. Perlu ada penyusunan amal dan tersusun urusan. Koordinasi antara penggerak dalam menarik objek dakwah, perlu kerjasama antara organisasi.
12. Soalan dari Syeikh: Adakah kita sudah tinggalkan kesan peninggalan/ sentuhan di universiti kalian?
Dalam slot bersama Syeikh ni ada ramai yang bertanya tentang kaedah dan uslub dakwah yang terbaik untuk situasi/mad'u yang pelbagai. Hmmm. :D
"Jemaah orang mungkin adalah jemaah Islam, tapi kita adalah jemaah tarbiyah." Dengar jak statement tok dari Syeikh ya menyebabkan kmk rasa yakin dengan pilihan jalan yg kmk berada kinek tok. Chewaaahh. :D
Then, after muzakarah ya, gi 2nd event bertempat di Taman KLCC, KLCC. Tok adalah pogem tajmik yang pertama untuk akhwat UKM KL setelah lebih setahun kami mengumpulkan mana yg ada. Alhamdulillah :D
Tempat yg sangat kacak kot! Woo-hoo~~ Ada-lah pogem tajmik adik2 00 dari UKM KL (medic, Gigi, farmasi, sains kesihatan), UKM Cheras (medic, nursing n so on), antara aktvt utk adik2 ya adalah explorace muwasofat tarbiyah n bertemakan ukhwah. :D Exhausted but happy! XD
(Moga tulisan ini serba sedikit memberi inspirasi n manfaat untuk gerak kerja DnT di tempat antunna masing2.)
With love,
Syima UKM KL
Kuala Lumpur
3.03.2013
Appreciate
credit |
As salam dan hai buat sang pembaca sekalian. Hari ini sang penulis terpanggil untuk menulis kembali. Satu panggilan atau rasa hati yang begitu kuatnya memanggil untuk dilontarkan pada sesuatu. Fikiran, minda, apa yang dilihat benar-benar berat andai tidak dilepaskan di mana-mana. Mencuba untuk mencari tempat untuk meluahkan segala yang terbeban di benak selain meluahkan pada Allah lalu sang penulis memilih untuk menulis di blog ini sahaja. Allah, Dia sememangnya tahu akan apa yang berlaku pada diri kita hamba-hamba Nya. Dan setiap kata yang kita luah dalam hati mahupun terucapkan Allah tahu.
Blog ini mungkin agak berbeza dengan blog yang sang pembaca sekalian baca. Blog ini barangkali juga bukan hanya mahu menyebarkan ilmu dan pengalaman tetapi ia juga melibatkan sesuatu yang berlaku dalam hidup sang penulis sendiri. Semalam sang penulis telah diberi peluang untuk membawa BG di kawasan universiti tempat sang penulis belajar. Tak dinafikan, rasa seronok untuk membawa BG di rantauan ini sangat mendebarkan pada mulanya. Namun teringatkan anak usrah yang sang penulis kira begitu ingin tahu dan mahu tahu akan hakikat ke-Tuhanan dalam hidup kami sebagai seorang mahasiswi, diri merasakan perlunya untuk kuat mengalahkan apa sahaja fikiran yang mengganggu dalam perjalanannya.
credit |
Rasa tak layak untuk bawa BG pun ada dalam hati sang penulis, rasa takut andai tidak dapat menyampaikan seperti mana anak BG mahukan lebih-lebih lagi ini pertemuan pertama kami di dalam BG semenjak peristiwa tempoh hari. Membawa BG benar-benar mendidik sang penulis, bukan hanya semasa membawanya malahan juga sebelum dan selepas membawa BG semuanya membawa pengajaran yang tersembunyi mahupun nyata.
Mungkin juga kerana dosa-dosa jahiliyah yang masih tersisa mahupun masih terpalit dalam jiwa menyebabkan kita merasa sukar untuk membuat kebaikan. Orang kata, bila kita benar-benar ingin tahu dan mahu tahu kita akan jadi orang yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Bersungguh-sungguh sehingga keinginan itu sendiri mengatasi kemampuan yang ada. Semua orang mahu menerima kebaikan namun tidak semua mahu memberi. Jahiliah juga sering dikait sebagaimana chewing gum yang melekat di kaki, meski chewing gum sudah dibuang dari tapak kaki kita, namun tetap tidak boleh tidak masih ada yang tersisa. Lantas kaki kita bawa untuk berjalan, lalu sedikit sebanyak juga menyukarkan kaki untuk bergerak dek sisa chewing gum yang mahu melekat di lantai/tanah. Begitulah jahiliah, yang tersisa meski sudah cuba dibuang tetap menghantui. Yang mana, memerlukan kita untuk bermujahadah.
credit |
Kalau tak bawa BG sekarang, bila lagi nak bawa BG? Sang penulis sangat tersentuh akan sebuah movie yang sang penulis tonton baru-baru ini. Di mana movie ini pernah disebut dalam Majalah Jom Isu 11 muka surat 59. The King's Speech. Mari sang penulis kepilkan sedikit sebanyak tulisan dari majalah tersebut.
"Putera George-atau nama panggilannya Bertie-adalah seorang yang gagap sejak umurnya 5 tahun lagi namun akhirnya berjaya mengatasi kelemahannya........-->> Sebagai daie, yang juga manusia biasa, kita pasti akan merasa lemah dalam memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan tatkala memikirkan tentang kelemahan diri kita yang banyak. Namun, ia bukanlah alasan untuk kita tidak berusaha untuk menjalankan amanah tersebut sebaik mungkin."
credit |
Sang penulis ulangi tulisan itu. Ya, kelemahan! Bukanlah alasan untuk kita tidak berusaha untuk menjalankan sesuatu amanah yang diberikan. Syahadah yang telah kita lafazkan itu amanah lantas seterusnya mengajak diri untuk menunaikannya dan mahu orang lain juga merasakannya seperti mana yang kita rasa. Analoginya begini, kita merasakan masakan makanan di restoran Mak Cik Maimun sangat sedap, seterusnya kita mahu rakan-rakan dan orang lain tahu yang masakan di restoran itu sedap, lalu kita memberitahu/menyebarkannya semampu mungkin agar mereka juga merasa keenakan masakan yang dirasa.
Keikhlasan membuat sesuatu kebaikan itu sangat teruji, dek kelemahan yang ada pada kita juga mungkin takutnya kita pada persepsi orang yang melihat. Barangkali juga disindir mahupun dijadikan bahan ketawa kerana kita sedang cuba buat sesuatu kebaikan. Bila itu terjadi, mari! Mari kita sama-sama periksa kembali sejauh mana kita buat sesuatu kerana Allah. Meski ikhlas tidak boleh dilihat sepertimana semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap, namun kita perlu mencuba menjadi ikhlas walau apa pun caranya. Bila mana kita rasa mahu berputus asa mahupun berhenti melakukan sesuatu kebaikan atau perubahan ke arah Nya, fikir kembali dan ingat kembali bagaimana mula-mulanya dahulu kita mahu bergerak untuk berubah ke arah Nya.
Adakah kita sekadar ingin tahu dan mahu tahu tanpa mahu tahu apa yang kita mahu?
Ternyata kini sangat banyak insan yang mahukan perhatian daripada kita, andai sahaja sang penulis sedari lebih awal lagi. Pasti rasa menghargai itu lebih tebal menghiasi nafas-nafas kehidupan dalam derap langkah menjejak umur yang semakin tua. Hari-hari yang dilalui pasti lebih indah andai kita sudah mula sedar akan keberadaan orang di sekeliling, mungkin kita tidak sedar, mereka juga memerlukan perhatian kita seadanya. Sayu melihat akan kekurangan diri yang gagal sedar lebih awal namun masih tetap kita perlu bersyukur kerana Allah telah memberikan kita peluang untuk menyedarinya.
Ternyata kini sangat banyak insan yang mahukan perhatian daripada kita, andai sahaja sang penulis sedari lebih awal lagi. Pasti rasa menghargai itu lebih tebal menghiasi nafas-nafas kehidupan dalam derap langkah menjejak umur yang semakin tua. Hari-hari yang dilalui pasti lebih indah andai kita sudah mula sedar akan keberadaan orang di sekeliling, mungkin kita tidak sedar, mereka juga memerlukan perhatian kita seadanya. Sayu melihat akan kekurangan diri yang gagal sedar lebih awal namun masih tetap kita perlu bersyukur kerana Allah telah memberikan kita peluang untuk menyedarinya.
Sebagai contoh, mad'u, rakan-rakan coarse mate, rakan-rakan se-BG, semuanya ada hak untuk kita beri perhatian selayaknya yang kita mampu beri. Barangkali selama ini terlalu banyak memuhasabah diri dan hanya melihat pada diri tanpa mahu melihat ke luar dari kotak fikiran yang membelenggu jiwa untuk berubah. Mahu berubah, namun bila agaknya? Berubah, sesuatu kata kerja yang memerlukan kekuatan untuk kita melakukannya. Memerlukan kita untuk benar-benar ikhlas kerana Allah, memberi bukan kerana mahukan balasan setelahnya namun redha Allah yang dicari. Ini juga dikira sebagai ujian yang Allah bagi untuk kita hamba-Nya, menguji sama ada kita benar-benar beriman atau berpaling apabila mendapat sesuatu ujian tersebut.
"Iman seseorang mukmin akan terlihat di saat dia ditimpa ujian. Di saat dia bersungguh-sungguh berdoa, namun belum terlihat hasil doanya. Ketika keinginan dan harapannya tidak berubah walaupun sebab-sebab untuk dia berputus asa sangat kuat. Kesemua ini dapat dilakukan kerana dia begitu yakin bahawa Allah sahajalah yang paling tahu apa yang terbaik untuk dirinya." (Ibnu Jauzi)
Bersungguh-sungguh berdoa agar tetap terus di jalan ini. Jalan yang tidak dijanjikan dengan karpet merah dan sebagainya tetapi penuh dengan duri dan liku-liku yang begitu menyesakkan hati andai tidak ditunjuki dengan petunjuk, teguran dan hidayah daripada Allah. Barangkali dalam perjalanan mahu menuju redha Allah itu, kita tersungkur, kita tak tahu. Tetaplah berdoa agar kita tetap terus di jalan ini, tahu dan jelas yakin akan jalan ini. Tahu dan faham kenapa kita terus di jalan ini. Ikhlas kerana-Nya. Jika kita sudah terbiasa bersikap hipokrit yang positif untuk berubah, tidak mustahil kita akan berubah menjadi seorang yang positif suatu hari nanti!
Semoga Allah membantu saudara-saudara kita di Sabah. Terus berdoa semoga kemenangan dan keamamanan di pihak kita. Amiin. Al-Fatihah buat pejuang-pejuang yang gugur dalam perjuangan mempertahankan Malaysia.
Kuala Lumpur
credit |
Subscribe to:
Posts (Atom)