2.03.2013

Dan... Sweet-nya Allah

credit


SubhanAllah, subhanAllah, subhanAllah..
Terima kasih ya Allah kerana memilih sang penulis di atas jalan DnT ini sehingga ke hari ini,
Rasa syukur yang sang penulis kira tidak mampu untuk dibalas,
Setelah kita jatuh sekali, Allah bantu kita supaya bangun,
Dan walau kita jatuh banyak kali dengan segala ujian di dunia ini,
Ya, Allah,
Dia, tetap mahu bantu kita untuk bangun kembali,
Kerana Allah sayang akan hamba-hamba Nya,
Dia, Allah mahukan yang terbaik buat hamba-hamba Nya.


Dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,
Walaupun sang penulis juga serba tahu,
Meski setiap sesuatu berlaku bersebab,
Mencari sebab dan hikmah di sebalik sesuatu itulah yang sukar sebenarnya,
Kerana kadang-kadang mata kita kabur untuk menyedari kehadiran Allah,
Allah menarik seseorang jauh dari hidup kita juga pasti ada hikmah,
Satu, mungkin kerana Allah sediakan orang yang lebih baik dari mereka,
Kedua, mungkin sepanjang kita berhubung dengan mereka,
Hubungan kita dengan Allah dan cinta kita kepada Nya dan Rasulullah SAW berkurang.
Maka Allah menarik insan itu,
Terbaik untuk kita, hamba-Nya.


Dan setiap yang hadir dalam hidup kita,
Semua membawa erti yang tersirat mahupun tersurat,
Biar hanya seketika mahupun dalam tempoh yang lama,
Barangkali kehadiran mereka dalam hidup kita kini mahupun sebelum ini..
Hadir mereka mungkin kerana Allah mahu menegur kita,
Atau mungkin kerana Allah mahu menguatkan kita,
Yang mana memberi pengajaran untuk kita melalui jalan DnT yang penuh onak duri ini,
But yet,
Di sebalik onak duri itu tersimpan satu kemanisan,
Dirasai oleh mereka yang melaluinya. :-)


Dan semestinya juga,
Gerabak DnT akan terus bergerak,
Tanpa menghirau mereka-mereka yang tidak mahu menyertai,
DnT akan tetap berjalan meski ramainya mereka yang jatuh,
Tidak mahukah kita termasuk orang yang bersama dalam gerabak DnT ini?
Tidak mahukah kita menyambung rantai-rantai dakwah ini?
Tidak mahukah kita memberi peluang kepada orang lain untuk merasakannya?
Ayuh, mari kita bersama!
Mengenderai jalan ini hingga ke hujungnya,
Dengan izin Allah,
In shaa Allah niat kerana Allah,
Dia, Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa atas kita hamba-hamba Nya.



Bintulu, Sarawak

credit



No comments:

Post a Comment