Meskipun kita tidak sempat menyaksikan Rasulullah SAW secara langsung di dunia, kerana terpisah oleh ruang dan waktu, namun kita tidak akan bosan memohon kepada allah SWT semoga kita termasuk orang-orang yang disebutkan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:
“ Betapa ingin aku bertemu dengan saudara-saudaraku!” Para sahabat berkata: “ Wahai Rasulullah, bukankah kami ini saudara-saudaramu?” Rasulullah SAW menjawab: “ Kamu sekalian adalah sahabat-sahabatku, saudara-saudaraku adalah generasi yang belum lagi muncul” : “ Wahai Rasulullah, bagaimanakah engkau dapat mengenali suatu generasi dari umatmu yang belum lagi muncul?” Tanya sahabat. Beliau Rasulullah SAW menjawab.
“ Bagaimanakah menurutmu, bila seseorang memiliki seekor kuda yang putih kepalanya dan kakinya diantara kuda-kuda yang hitam legam, bukankah dia dapat mengenali kudanya?”
“ Tentu saja Rasulullah!” jawab mereka.
“ Sungguh, mereka akan datang dengan warna putih bercahaya pada wajah dan tubuh mereka disebabkan oleh air wudhu’. Dan akulah yang akan mendahului mereka tiba di telaga Al-Kautsar !” jawab baginda.
Hadis Riwayat Muslim
Salam Maulidur Rasul....Para pembaca juga boleh layari laman web ini
untuk mendalami lagi kisah kehidupan Rasulullah SAW...