11.16.2012

I am Afraid To Change

(Okay sebelum itu, entri ni agak panjang, hehe)

Bunyi entri terbaru ini mungkin agak sama dengan entri terbaru sahabat sang penulis, namun apa yang hendak disampaikan oleh sang penulis kali ini lebih kepada apa yang sedang sang penulis fikirkan belakangan ini.

Manusia mudah berubah sama ada dari baik kepada buruk atau barangkali juga dari buruk kepada baik dan di sini sang penulis merasa suatu ketakutan untuk berubah menjadi seorang yang lebih buruk. Sejajar dengan perubahan tempat dan suasana sekeliling, pemikiran dan juga pandangan juga berkemungkinan berubah. Dan perubahan itu tanpa sedar atau mungkin dengan sedar.

Sehingga suatu ketika suatu soalan muncul di minda sang penulis.. sejak sekian lama sang penulis hidup di dunia ini dan memuhasabah diri.. soalan ini kini mengetuk hati dan minda untuk kembali berfikir dan merenung kembali...

" Bagaimana sang penulis boleh berubah menjadi seperti sekarang?"

" Sejak bila sang penulis punya pandangan yang negatif terhadap sesuatu dalam hidup?"

kredit


Soalan Pertama, " Bagaimana sang penulis boleh berubah menjadi seperti sekarang?" 

Masa sudah berlalu agak cepat dan kini kita sudah berada di tahun 2012 bertarikh 16 hari bulan pada bulan 11 dan pada jam 11:39 minit masih bernyawa dan bernafas lagi di dunia ini. Bagaimana sang penulis berubah? Semestinya antara yang menyebabkan sang penulis berubah adalah sentuhan dakwah dan tarbiyah yang sang penulis terima dan juga berikan kepada orang lain yakni 'mad'u'..

Pandangan sang penulis mengenai hidup, dunia dan seisinya yang hanya sementara, konsep berTuhan semuanya memberi warna-warna yang pelbagai yang menjadikan sang penulis sebagaimana hari ini. Along the way, terdapat banyak juga pengalaman yang dilalui baik pengalaman yang pahit mahupun yang manis. Sang penulis merasa tidak patut sang penulis nyatakan di sini apakah pengalaman pahit yang pernah dilalui sepanjang sang penulis berada di jalan dakwah dan tarbiyah ini.. Pengalaman pahit itu pernah menyebabkan sang penulis menitiskan air mata dan pernah juga berasa mahu give up dalam dakwah dan tarbiyah. 

Biarlah cerita itu tersimpan rapi dan juga Allah sahaja yang tahu semestinya. Pengalaman pahit itu serba sedikit menyebabkan sang penulis matang dalam mengambil kira keperluan orang lain dalam hidup ini, keperluan di mana bukan sang penulis sahaja yang perlu namun juga orang lain di mana kita tidak boleh mementingkan diri sendiri. Rasa nak nangis pun ada bila tulis benda macam ni.. 

kredit


Nak diceritakan, apa yang menyebabkan sang penulis memilih untuk stay di jalan dakwah dan tarbiyah ini tidak lain dan tidak bukan kerana hanya jalan inilah yang menyebabkan sang penulis berasa tenang dalam melalui kehidupan seharian. Terkenang dengan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat Nabi dahulu yang lebih teruk mengalami ujian Allah.. Apa yang dirasakan ini agak berbeza dan menyebabkan sang penulis memilih untuk terus di sini. Sedar bahawa setiap yang berlaku dalam hidup membawa suatu cerita yang baru dan mungkin adalah sebuah persediaan untuk melalui masa-masa akan datang.

Sang penulis pernah berfikir untuk hidup seorang diri bersama dengan apa sang penulis mahukan dan hanya hidup di dunia sendiri namun suatu hari sang penulis renung kembali dan sedar bahawa kita hidup bukan seorang-orang, ada ramai lagi yang mahukan perhatian kita sama ada sebagai tanda menghormati mereka atau sebagai tanda kita beradab dengan orang lain.. Adab Islami tentunya.

Boleh dikatakan, orang-orang yang hadir dalam hidup sang penulis banyak mengajar sang penulis untuk me-reflect-kan diri, memuhasabah diri dan melihat dunia walaupun jumlah mereka yang hadir dalam hidup sang penulis ini agak kecil berbanding orang yang lebih hebat lagi di luar sana. 

Tidak terlepas juga dengan cerita-cerita yang sang penulis dengar dari bumi islam di sebelah sana yang tidak henti-hentinya dalam peperangan sedikit sebanyak mengimbau diri untuk merenung kembali akan nikmat yang didapati di bumi Malaysia ini. Cerita-cerita mereka inilah yang juga serba sedikit suatu ketika dahulu menjadikan sang penulis kurang ketawa dan menjadi dingin. Agar tidak terlalu terpedaya/terlalai dengan apa yang diperolehi kini dan agar tidak terlalu bersedih/berdukacita dengan apa yang telah luput dari hidup seharian. Bila-bila sahaja dengan izin Allah bumi Malaysia mungkin menjadi sasaran peperangan.

kredit

Soalan Kedua" Sejak bila sang penulis punya pandangan yang negatif terhadap sesuatu dalam hidup?"

Sejak sang penulis melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur ini, ada satu mind set yang ditetapkan oleh sang penulis sendiri yang mana dilakukan tanpa disedari. Tidak perlu dinyatakan apakah mind set tersebut di sini, biarlah menjadi rahsia sang penulis sendiri. (Smile face and think better not to mention here coz it might hurt other people who read this. If you know what it is, please dun misjudge me.. i am juz what i am and i try to get rid of it). Mind set itu menyebabkan sang penulis sentiasa berjaga-jaga dengan sesiapa sahaja yang sang penulis temui.

Mind set inilah yang selama ini lama kelamaan sang penulis sendiri sedar, menjadi penghalang untuk sang penulis lebih mesra kepada orang lain. Lama-kelamaan juga tanpa disedari mind set itulah telah mengalir dalam darah sehingga pemikiran turut tercemar yang mana akhirnya menghancurkan pembangunan dan kemajuan diri sendiri baik dalam dakwah dan tarbiah, komunikasi, akademik mahupun kemahiran-kemahiran lain. 

kredit

Hidup sehari-hari dengan misi untuk mempertahankan diri sang penulis kira adalah sesuatu yang memenatkan di mana setiap yang berlaku dalam diri kita kita cuba dipertahankan dan mahu menang. Mind set. Ini semua permainan minda dan fikiran yang mungkin juga disaluti dengan hasutan syaitan secara halus. 

Mungkin ramai yang pernah tersinggung ataupun terasa dengan sikap sang penulis yang mungkin agak dingin dan mengeluarkan kata-kata yang kasar kepada orang lain. Mind set telah mengaburi pandangan seseorang dalam melihat setiap episod kehidupan sehari-hari menyebabkan dirinya juga menyakitkan orang lain barangkali disebabkan oleh mind set yang dibinanya sendiri. Sedarlah, bahawa sang penulis juga cuba mengelakkannya dan kadang-kadang sang penulis terlupa dan tidak sedar bahawa sang penulis telah melakukannya. I am sorry...

kredit

Oleh kerana jalan cerita yang pernah dilalui sang penulis yang mungkin agak berbeza dengan orang lain... lama-kelamaan sang penulis merasakan perlunya ada plan B atau plan C setelah adanya plan A dalam kita berurusan dalam hidup. Sang penulis pernah dilabel sebagai seorang pesimis(berfikiran negatif) hanya kerana mempunyai pandangan untuk menyediakan plan B atau plan C jika plan A tidak berjaya. Namun apa yang bermain di minda, kita memang perlu bersedia dengan apa sahaja risiko yang bakal dihadapi kerana kita mungkin sudah bersedia dengan plan A namun tidak bersedia dengan plan lain sekiranya plan A tidak berjaya dan akhirnya kita sendiri buntu untuk melakukan step seterusnya..

Cara sang penulis berfikir mungkin agak berbeza dengan orang lain namun sang penulis suka akan perbezaan ini di mana kita boleh berkongsi pendapat masing-masing dan memilih pendapat yang terbaik.. walau bagaimanapun, tidak dapat tidak untuk mengelak bahawa di luar sana ada sahaja yang tidak suka dengan diri kita tidak kira apa yang kita lakukan.. 

Semua yang berlaku ini lama-kelamaan lagi menyebabkan sang penulis terfikir sejauh manakan sang penulis akan pergi dalam dakwah dan tarbiah? Dan sejauh manakah sang penulis akan pergi dalam aspek pandangan dalam kehidupan? And there it is...


Yes, I am here and I want people who read this know that I am afraid to change to the worst that I might can become... and if it does, please correct me... 


Johor Bharu, Johor

kredit