(credits) |
As salam...
Asif semua sang pembaca blog sekalian, sang penulis meninggalkan blog ini sekali lagi buat sekian kali.. :) tak dapat nak dielakkan, sekarang sang penulis berada di tanah air sendiri iaitu di Sarawak Bumi Kenyalang.. terasa seronok and teruja nak balik Sarawak tempoh hari dan kini telah sampai di Sarawak akhirnya alhamdulillah.. :) sampai sahaja di Sarawak dijamu dengan program-program untuk para penggerak di tempat sang penulis.. ditambah dengan program tajmik untuk hadek-hadek baru..
Sang penulis sangat terkesan dengan kata-kata seorang Ustaz tempoh hari, dan sehingga kini masih terngiang-ngiang kata-kata itu di telinga sang penulis.
" Sejauh manakah dakwah kita berkembang apabila setiap tahun hanya orang yang sama sahaja yang menjadi penggeraknya (maknanya tiada orang baru)"
Disini ditekankan sejauh mana daie melakukan kerja-kerja dakwah di mana sedikit sahaja kefuturan timbul antara daie2 yang juga dianalogikan sebagai sebuah bangunan, tiang yang rosak itu mampu menggoyahkan bangunan besar yang mahu di bina. Begitulah tiang yang rosak disamakan dengan daie yang futur, tidak sedar dan tidak bergerak dan sebagainya... Sejauh mana kita benar-benar mahu pada Islam dan sejauh mana kita sudah tajarrud(menyerah diri hanya untuk Islam) pada islam, pada Allah khususnya?
(credits) |
Semua menjadi tanda tanya yang perlu dijawab oleh sang penulis dan sang pembaca sekalian mungkin. Hmm.. sememangnya dakwah tidak menghendakkan sikap terburu2 dalam memetik buah biarlah ia masak baru dipetik bukan? Dakwah itu sendiri memerlukan perancangan yang sungguh rapi di mana memikirkan apa yang akan terjadi pada tahun2 selepas nya. Maka apa yang ada sekarang amat perlu dihargai dan diasah sebaik mungkin.
Dari mana sang penulis mampu menulis kata-kata ini entahlah, mungkin datang dari pengalaman sang penulis dan mungkin juga daripada hasil apa yang sang penulis perhatikan dan fikirkan pada apa yang berlaku di sekeliling saat ini.
Baru-baru ni sang penulis tengah nak baca, fahami and hadam buku al-Munthalaq. InsyaAllah buku ini pernah direkomenkan oleh seorang akhi suatu ketika dahulu semasa dalam daurah IPT di tempat sang penulis namun sehingga kini sang penulis tidak pernah nak menghabiskan buku tersebut. Sebelum ini, setiap kali baca mesti berhenti di bahagian depan dan tidak bersambung sehingga ke tengah buku, apa lagi sehingga habis. Kerana isi yang ada di dalam buku itu benar2 memerlukan sang penulis perlu mencerna isinya dalam2 sebelum meneruskan ke bab seterusnya.
(credits) |
Entri ini jua buat peringatan untuk sang penulis sendiri..
" Jika anda mampu untuk bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh Allah, maka peganglah nikmat itu. Jika anda tidak mampu untuk bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh Allah, maka lebih baik tidak memilikinya." Ustaz Ali, MAQ
Bintulu, Sarawak