2.17.2013

Entri Beruban: Disiplin Diri



Kini, sang penulis telah selamat sampai di Kuala Lumpur. Meneruskan perjuangan belajar di rantauan, in shaa Allah bukan hanya belajar semata-mata namun juga mahu meningkatkan/mencungkilkan lagi potensi dalam DnT ini. Ada juga rasa takut untuk memulakan langkah baru dalam semester baru ini, ada banyak target yang mahu dikejar namun perlu dengan langkah-langkah dan strategi yang teratur. Tidak hanya manis di bibir sahaja, atau tidak hanya segar dalam minggu-minggu terawal dan kemudian layu di minggu-minggu yang mendatang.


Apa-apa pun, semua ini sememangnya memerlukan disiplin diri yang tinggi. Disipin sama ertinya dengan istiqamah. Mahunya beruban bila dengar perkataan istiqamah? Disiplin untuk berjaya orang kata adalah sesuatu yang kita rancang untuk buat dan kita buat meski perkara tu kita tak rasa pun nak buat. Itulah disiplin orang kata. Bila difikir balik, yeah ada benarnya. Kita ni suka malas mahu melakukan sesuatu, apatah lagi sesuatu perubahan yang baik untuk perkembangan diri tentunya. Malas sehingga akhirnya langsung tidak berganjak melakukan tindakan. Tulisan ini merupakan satu tamparan besar juga buat sang penulis sendiri terutamanya.


Result semester 1 yang kuar tempoh hari benar-benar menekan benak dan semangat sang penulis untuk belajar. Lalu berkira dan merancang untuk membuat target baru pada semester ini. Agaknya, antara rakan-rakan sang penulis, sang penulis adalah orang yang paling relax apabila bercakap tentang result. (Nak muntah tak baca ni? Kehkehkeh) Hari keluarnya result seolah-olah adalah hari-hari biasa. Tidak mahu menjadikan hari yang ada dengan meratapi result yang telah diperolehi. Ya, tentunya apa yang Allah bagi itu adalah yang terbaik untuk kita. Selebihnya kita harus sentiasa bersyukur dan redha atas apa sahaja keputusan daripada Allah.


Kuala Lumpur


credits

2.03.2013

Dan... Sweet-nya Allah

credit


SubhanAllah, subhanAllah, subhanAllah..
Terima kasih ya Allah kerana memilih sang penulis di atas jalan DnT ini sehingga ke hari ini,
Rasa syukur yang sang penulis kira tidak mampu untuk dibalas,
Setelah kita jatuh sekali, Allah bantu kita supaya bangun,
Dan walau kita jatuh banyak kali dengan segala ujian di dunia ini,
Ya, Allah,
Dia, tetap mahu bantu kita untuk bangun kembali,
Kerana Allah sayang akan hamba-hamba Nya,
Dia, Allah mahukan yang terbaik buat hamba-hamba Nya.


Dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,
Walaupun sang penulis juga serba tahu,
Meski setiap sesuatu berlaku bersebab,
Mencari sebab dan hikmah di sebalik sesuatu itulah yang sukar sebenarnya,
Kerana kadang-kadang mata kita kabur untuk menyedari kehadiran Allah,
Allah menarik seseorang jauh dari hidup kita juga pasti ada hikmah,
Satu, mungkin kerana Allah sediakan orang yang lebih baik dari mereka,
Kedua, mungkin sepanjang kita berhubung dengan mereka,
Hubungan kita dengan Allah dan cinta kita kepada Nya dan Rasulullah SAW berkurang.
Maka Allah menarik insan itu,
Terbaik untuk kita, hamba-Nya.


Dan setiap yang hadir dalam hidup kita,
Semua membawa erti yang tersirat mahupun tersurat,
Biar hanya seketika mahupun dalam tempoh yang lama,
Barangkali kehadiran mereka dalam hidup kita kini mahupun sebelum ini..
Hadir mereka mungkin kerana Allah mahu menegur kita,
Atau mungkin kerana Allah mahu menguatkan kita,
Yang mana memberi pengajaran untuk kita melalui jalan DnT yang penuh onak duri ini,
But yet,
Di sebalik onak duri itu tersimpan satu kemanisan,
Dirasai oleh mereka yang melaluinya. :-)


Dan semestinya juga,
Gerabak DnT akan terus bergerak,
Tanpa menghirau mereka-mereka yang tidak mahu menyertai,
DnT akan tetap berjalan meski ramainya mereka yang jatuh,
Tidak mahukah kita termasuk orang yang bersama dalam gerabak DnT ini?
Tidak mahukah kita menyambung rantai-rantai dakwah ini?
Tidak mahukah kita memberi peluang kepada orang lain untuk merasakannya?
Ayuh, mari kita bersama!
Mengenderai jalan ini hingga ke hujungnya,
Dengan izin Allah,
In shaa Allah niat kerana Allah,
Dia, Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa atas kita hamba-hamba Nya.



Bintulu, Sarawak

credit



1.29.2013

Cukuplah Allah Bagiku

credits


Pagi yang sungguh tenang dan indah sekali hari ini. Awal pagi sang penulis terbaca akan satu kisah Rasulullah SAW yang memberitahu betapa Rasulullah SAW sangat merindui kita di zaman ini. Zaman di mana Rasulullah SAW sudah tiada. Dan kita walaupun dalam keadaan tiadanya Rasulullah SAW, tetap berpegang dengan Al-Quran dan sunnah Nabi. Berikut adalah cerita yang sang penulis kepilkan bersama buat kita ambil pelajaran dan berfikir kembali.


________________________________________________________________________________




Siapakah yang paling luar biasa imannya?


Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang paling luar biasa imannya?"


Para sahabat menjawab, "Malaikat, ya Rasulallah."


Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang paling luar biasa imannya?"


Para sahabat menjawab, "Malaikat, ya Rasulallah."


Balas Rasulullah, "Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."


Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi, "Para nabi, ya Rasulallah."


Rasulullah berkata, "Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."


Para sahabat mencuba lagi, "Kalau begitu, kamilah yang paling beriman."


Jawab Rasulullah, "Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."


Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, "Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui."


Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."


Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "Sesungguhnya, aku rindukan mereka...."


Sollu 'alan nabi..




__________________________________________________



Semua yang baik memerlukan pengorbanan, sabar dalam proses, ikhlas dalam hasil. Biarkan Allah yang nilai, yang mengasihi segalanya juga Allah. Biarpun kita tidak dapat apa yang kita mahu, namun kita janganlah putus asa mendoakan orang yang kita sayang itu. Tidak putus mendoakan bahawa dia akan akhirnya menemui hidayahnya Allah jika itu yang Allah mahu. Tiada lagi yang lebih baik selain orang yang mendoakan saudaranya sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui.
  


Setinggi-tinggi terima kasih sang penulis ucapkan kepada Allah kerana menunjukkan semua ini kepada sang penulis. Agar sang penulis buka mata dan tahu apa yang terjadi sebenarnya. Lebih baik daripada terus dalam sangkaan yang tidak pasti. Lebih baik daripada terus menunggu sesuatu yang bukanlah haq kita. Biarlah terpalit sangkaan buruk mahupun fitnah itu pada sang penulis, asalkan Allah tahu apa yang ada di dalam hati. Suatu hari nanti pasti yang haq mengalahkan yang batil. Dia, yakni Allah lebih tahu apa yang sang penulis rasakan selama ini. Tidak guna bermain lidah dan kata-kata pada tika ini kerana nasi sudah menjadi bubur.




Bintulu, Sarawak.


credits



1.27.2013

Tali Putih Itu

credits


Hari ini sang penulis menulis lagi,
Sebagaimana biasa apabila adanya idea yang menari-nari di kepala,
Tidak mahu ianya lari tanpa disimpan di mana-mana,
Kerana barangkali saja idea itu bermanfaat untuk rujukan sang penulis pada masa depan,
Ya, menulis bukan sahaja untuk dibaca oleh sang pembaca!
Namun juga untuk dibaca oleh sang penulis sendiri.


Angin mala mini sepoi-sepoi bahasa,
Menggamit sebuah ketenangan di samping keindahan bintang-bintang menghiasi dinginnya malam,
Indah sekali ciptaan Allah bagi sesiapa yang berfikir dan mengambil pelajaran,
Semua berjalan mengikut ketetapan dan sunnatullah-nya Allah,
Begitu juga manusia sememangnya fitrah mahukan kebaikan,
Mahu menjadi baik dan baik dan baik.


Jiwa manusia ini ternyata berinteraksi sepertimana alam berinteraksi dengan Pencipta,
Seandainya kita bisa mendengar bagaimana jiwa berinteraksi,
Barangkali saat ini kita jadi lebih mahu menghulur tangan,
Membuka mata dan mendongak ke atas,
Lalu memegang tali putih itu untuk naik ke atas dari lubang hitam yang gelap,
Begitulah petunjuk dan teguran Allah,


Seolah-olah hati berada dalam lubang hitam yang gelap,
Hati kita tercari-cari jalan keluar dalam ruangan yang gelap,
Di mana dalam lubang yang sama itu juga terdapat banyak lagi tarikan-tarikan lain,
Yang mana menghalang seseorang untuk keluar dari lubang yang gelap itu,
Ketika mana hati sedang mencari jalan keluar,
Ternyata sentiasa ada pada ketika itu tali putih guna naik ke atas,


Terpulang pada sang hati untuk naik ke atas atau membiarkan sahaja tali putih itu di situ,
Lalu terus larut dalam lubang hitam yang gelap,
Enggan keluar lantas terperangkap dalam keinginan sendiri,
Tali putih itu tidak akan mudah digapai,
Kecuali ada orang yang memanggilnya dan sudi menghulur tangan naik ke atas,
Meninggalkan tarikan-tarikan lain yang ada dalam lubang gelap itu.


Lalu hati berbicara pada sang pemilik hati,
“Jangan salahkan aku andai aku tidak bisa bangun saat kamu mahu mengangkatku. Kerana aku sudah terbiasa. Terbiasa bergaul dan bersembang dengan mereka yang sama-sama berada dalam lubang yang gelap ini. Ini semua salah kamu.”


Hati seringkali mahu kembali kepada fitrah kebaikan,
Terpulang pada sang pemilik hati mahu mendengar rintihan hati sendiri,
Atau terus leka bersama dengan apa yang ada dalam lubang hitam yang gelap itu,
Sebagaimana Allah juga mahukan kebaikan kepada hamba-Nya,
Sebagaimana itu juga hati mahu kembali kepada fitrahnya kebaikan,
Allah sentiasa memberi ruang untuk hamba-Nya kembali kepada-Nya,
Dengan menghantar petunjuk dan teguran yang datang dalam berbagai rupa dan bentuk misalnya.


Terkadang kita mungkin tidak sedar bahawa Allah sebenarnya sedang menegur dan memberi petunjuk kepada kita,
Ketidaksedaran itu barangkali jadi kerana kita sudah terbiasa,
Hati kita sudah terbiasa,
Terbiasa dengan tarikan-tarikan lain yang turut sama dalam lubang itu,
Lalu menyukarkan proses untuk menjadi sedar,
Barangkali juga kerana kita yang melengah-lengahkan untuk mengambil tali putih itu,
Lalu apabila sudah sedar mungkin sudah terlambat.


Petunjuk dan teguran Allah apabila telah datang,
Hargailah dan sedarilah ia,
Kerana mungkin datangnya ia tanpa disangka-sangka,
Dan mungkin juga datangnya hanya sekali,
In shaa Allah,
Sama-sama kita mengoreksi diri mana yang patut dikoreksi.



Bintulu, Sarawak



credits



1.26.2013

'Menyepi'

credits

Bayu malam menampar lembut mendayu-dayu,
Bunyi sang unggas begitu jelas kedengaran,
Tidak hentinya berzikir kepada Allah,
Setiap masa..setiap ketika,
Berjalan mengikut sunnatullah.


Sang penulis kira sang penulis perlu menyepi seketika,
Memberi ruang buat diri untuk berfikir dan melihat akan sesuatu yang tertinggal,
Melihat akan sesuatu yang mungkin tercicir di mana-mana,
Sang penulis perlu mencari kembali kekuatan itu,
Perlu mencari kembali di mana silap langkah yang telah ditindakkan.

credits


Kadang-kadang apa yang kita rancang mungkin akan terbatal di saat akhir,
Itulah yang sang penulis pelajari pada hari ini,
Apa yang kita rancang,
Apa yang kita rasa terbaik untuk kita,
Barangkali tidak baik untuk kita begitu juga sebaliknya..Allah jua yang Maha Mengetahui,
Maaf sang pembaca sekalian andai ternanti entri terbaru sang penulis.


Minggu cuti ini,
Kali ini,
Sangat berbeza dengan cuti-cuti sang penulis sebelum ini,
Semoga kita sentiasa terus bermuhasabah diri,
Dalam setiap jejak langkah kita tentunya,
Tahu kenapa kita melakukan sesuatu tindakan itu penting?

credits

Tidak pasti bila akan berhenti menyepi,
Barangkali sehingga cuti berakhir atau mungkin entah bila,
Sang penulis akan kembali,
Jika itu yang Allah izinkan,
Tidak pasti sama ada ini rajuk hati atau mencari ketenangan sebentar.


Apa yang pasti sang penulis rasakan kini,
Semua yang ada di sekeliling sang penulis telah berubah,
Lantas menyebabkan diri juga perlu mengoreksi diri,
Kenapa yang lain berubah?
Manakala diri masih di 'tempat' yang sama?

credits

Biarlah penyepian ini suatu tanda,
Akan sesuatu yang mungkin adalah kepastian,
Yang bakal sang penulis temui setelah ini,
Dan barangkali juga kesepian ini bakal menandakan,
Ianya sudah berakhir..


Kepada Allah sang penulis berserah diri,
Tiada siapa lagi yang bisa mengubah segala sesuatu selain Dia,
Di mana juga bergantung pada usaha, doa dan tawakal kita kepada-Nya,
Ya, sang penulis juga perlu waktu 'menyepi'!
'Menyepi' di sini tidak membawa maksud hilang terus dari DnT,
'Menyepi' di sini membawa maksud untuk memuhasabah kembali tentang segala sesuatu.


Oleh itu,
Izinkan sang penulis 'menyepi' seketika,
Semoga ketemu kembali,
In shaa Allah.


Bintulu, Sarawak

credits