2.15.2011

Kerinduan Rasulullah SAW terhadap Umatnya

Meskipun kita tidak sempat menyaksikan Rasulullah SAW secara langsung di dunia, kerana terpisah oleh ruang dan waktu, namun kita tidak akan bosan memohon kepada allah SWT semoga kita termasuk orang-orang yang disebutkan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:

“ Betapa ingin aku bertemu dengan saudara-saudaraku!” Para sahabat berkata: “ Wahai Rasulullah, bukankah kami ini saudara-saudaramu?” Rasulullah SAW menjawab: “ Kamu sekalian adalah sahabat-sahabatku, saudara-saudaraku adalah generasi yang belum lagi muncul” : “ Wahai Rasulullah, bagaimanakah engkau dapat mengenali suatu generasi dari umatmu yang belum lagi muncul?” Tanya sahabat. Beliau Rasulullah SAW menjawab.

“ Bagaimanakah menurutmu, bila seseorang memiliki seekor kuda yang putih kepalanya dan kakinya diantara kuda-kuda yang hitam legam, bukankah dia dapat mengenali kudanya?”

“ Tentu saja Rasulullah!” jawab mereka.

“ Sungguh, mereka akan datang dengan warna putih bercahaya pada wajah dan tubuh mereka disebabkan oleh air wudhu’. Dan akulah yang akan mendahului mereka tiba di telaga Al-Kautsar !” jawab baginda.

Hadis Riwayat Muslim

Salam Maulidur Rasul....Para pembaca juga boleh layari laman web ini
untuk mendalami lagi kisah kehidupan Rasulullah SAW...

1.29.2011

Hutang Budi Dibawa Mati

Gambar hiasan

Assalammualaikum w.b.t…kepada pembaca blog sekalian. Sedarkah kita, hari-hari yang kita lalui memberi banyak hikmah yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada kita. Pada minggu ini contohnya aku tertarik dengan kata-kata daripada seorang pensyarah (A) saya yang berkongsi tentang pendapatnya mengenai suatu hal. Diumpamakan dalam suatu suasana di mana seorang lelaki (A) sedang berada di kafe untuk sarapan pagi. A bekerja di sebuah institusi pelajaran di Wilayah Persekutuan Labuan. Jadi datanglah seorang lelaki (B), rakannya yang juga bekerja di tempat yang sama dengan A. B menyatakan hasratnya untuk membelanja A. A merasa terharu kerana selama dia makan di kafe tersebut tidak banyak yang mahu membelanjanya. A pun menerima pelawaan B dengan hati yang terbuka. Masakan tidak, A dan B merupakan sahabt baik.

Tidak lama kemudian, datang pula seorang wanita (C) rakan sekerja menyertai mereka berdua untuk makan bersama. Tanpa berfikir panjang B juga menyatakan hasratnya untuk membelanja C. namun begitu, tidak sama dengan A, C menolak pelawaannya. Walaupun B banyak kali mendesak mahu membelanjanya tetapi C masih juga enggan sehingga akhirnya C kalah lalu menerima pelawaan B. Mereka bertiga pun makan bersama-sama. Setelah habis mereka makan, C pun meletakkan sesuatu berdekatan dengan beg B lalu beredar pergi dan mengucapkan terima kasih. B pun melihat pada begnya, didapatinya duit sebanyak RM6.00 tergeletak di situ. RM6.00, sama nilai dengan harga makanan yang dibelanja oleh B untuk C pada hari itu tadi. A dan B berpandangan hairan dengan hal itu.

Pernahkah anda melalui peristiwa seperti ini dalam hidup anda? Perasaan enggan menerima kebaikan yang diberikan oleh orang lain terhadap anda.Cuba para pembaca berfikir, berapa banyak anda pernah menerima kebaikan orang lain selama anda hidup di dunia. Barangkali kerana kita tidak membalas budi mereka yang telah berbuat baik pada kita. Mahu tidak mahu, apa pula maksud sebenar yang mahu disampaikan dalam serangkap pantun Melayu ini?

Pisang emas dibawa belayar,

Masak sebiji di atas peti,

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Saya tidaklah bermaksud mahu memberitahu bahawa kita dilarangmembalas jasa orang, cumanya saya juga terfikir sendiri. Adakah kita dapat membalas semua budi baik mereka ini? Budi orang yang kita tidak mampu balas dibawa ke mati seperti baris terakhir rangkap pantun ini, di akhirat itulah jawapan segala balasan kebaikan kita di dunia. Mungkin kebaikan yang kita buat pada orang lain hari ini dibals pula oleh Allah SWT dengan sesuatu yang lebih baik, mungkin bukan di dunia, mungkin di akhirat. Sepertinya kita diselamatkan oleh seseorang dalam nahas kebakaran di sebuah tempat dengan izin-Nya Allah SWT, kita tentunya tidak dapat mahu meletakkan orang yang berbudi pada kita itu tadi ke tempat kebakaran lain supaya kita pula yang menyelamatkannya. Mungkin juga antara kita mahu membalas budi dengan cara baik yang lain untuk membalas budi mereka.

Seperti pengorbanan ibu bapa yang memang tidak dapat dibalas, terlalu banyak. Sebagai anak, antara lain akan belajar bersungguh-sungguh demi membalas jasa mereka kerana melahirkan dan membesarkan kita. Apalagi dengan nikmat yang Allah SWT berikan pada kita umat manusia. Tak terkira dek lautan meluas terbentang. Dalam memberi rezeki, Allah SWT tidak mengecualikan sesiapa, orang islam dan orang bukan Islam kedua-duanya mendapat rezeki. Justeru, untuk membalas nikmat-nikmat Allah SWT ini, kita sebagai umat Islam hendaklah mematuhi segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Teringat pula pada suatu pepatah, rezeki jangan ditolak. Kembali kepada cerita tadi.

Bayangkan bahawa anda mahu memberi rakan anda sebuah hadiah, anda sangat mahu memberi hadiah itu kepadanya memandangkan anda tahu rakan anda mendambakan hadiah seperti itu misalnya sebuah kereta. Walaubagaimanapun, rakan anda tidak mahu menerima hadiah daripada anda dan anda merasa sungguh kecewa kerana hasrat untuk memberi sebuah kereta kepadanya ditolak mentah-mentah. Benar, memberi itu adalah lebih baik daripada menerima. Namun, jika semua orang mahu memberi siapa yang mahu menerima? Sejujurnya, adakah kita mahu selamanya menolak kebaikan yang diberikan oleh orang lain terhadap kita? Fikiran mula berfikir lagi.

Mungkin analogi cerita di atas nampak seperti perkara biasa yang berlaku dalam hidup kita seharian, namun apabila cuba ditelesuri hikmah di sebalik kejadian-kejadian ini, membuatkan kita sendiri terfikir. Bahawa menerima dan memberi kedua-duanya mempunyai kelebihan. Coretan ini hanya bermaksud mahu berkongsi cerita hikmah di sebalik sesuatu kejadian yang berlaku dalam kehidupan kita seharian. Terpulang kepada anda mahu menerimanya atau menolaknya. Sama-samalah kira berfikir sebentar. Sekian..wassalam..

1.22.2011

Kisah Lobak, Telur dan Kopi

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru. Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata.

Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak. Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi.

Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas. Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut. "Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...

Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?" Untuk renungan bersama......... Bagaimana dengan anda? Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu. Atau... Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100darjah Celcius.

Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.

Moga mendapat manfaat melalui kisah ini...minggu lepas ada pengisian soal kisah lobak, telur dan kopi di sebuah program di Bintulu, Sarawak. Rasanya tak rugi kalau saya share pada pembaca sekalian.

Esok saya akan menjejakkan kembali bumi Kolej Matrikulasi Labuan sebagai seorang pelajar setelah dalam seminggu sudah kami bercuti sempena tamatnya Ujian Pertengahan Semester 2 tempoh hari. Kami semua tentunya berasa berdebar-debar menanti result kami. saya jadi terfikir, beginilah kita di Padang Mahsyar nanti, berdebar menanti keputusan daripada Allah SWT, sama ada kita mendapat syurga atau neraka. Tiada jalan untuk kembali ke masa lampau. Apa yang kita dapat itu adalah hasil usaha kita di dunia di samping keredaan allah SWT yang kita cari tentunya.

Semoga berjumpa di post yang lain lepas ni, insyaAllah.. :)