1.18.2011

NOKTAH HIDUP 2

Detik-detik waktu kian menghampiri Marwa untuk meninggalkan Bintulu. Begitulah masa, berakhir tanpa kita sedari. Lapangan Terbang Bintulu itu penuh sesak dengan orang ramai, tambahan pula itu adalah musim para pelajar untuk menyambung pelajaran mereka. Tidak kurang juga yang datang seorang diri, berdikari mungkin juga musafir yang datang dari tempat yang jauh. Anak-anak kecil berlarian bermain-main, sudah tidak peduli lagi dengan situasi yang penuh sesak dengan manusia. Bintulu merupakan salah sebuah bandar di Sarawak yang membekalkan petroleum baik dalam negeri mahupun luar negeri termasuk sehingga mencecah peringkat antarabangsa. Suatu nikmat yang dicurahkan oleh Allah kepada bumi ciptaan-Nya ini, untuk dimanfaatkan oleh manusia sebagai khalifah-Nya.

Di suatu sudut, Naurah Nawwarah sedang menunggu rakannya, Marwa. Turut bersamanya ketika itu adalah bapa, Encik Jaafar dan adik perempuannya, Aisyah. Encik Jaafar seorang yang agak tinggi, berhidung mancung, ada garis-garis halus di wajahnya yang menunjukkan bahawa Encik Jaafar berumur dalam lingkungan 50-an. Berdebar hati menanti saat tiba ke destinasi yang asing buat dirinya dan Marwa. Sudah hampir setengah tahun mereka menunggu saat menyambung pelajaran. Cuaca agak panas membahang dek matahari yang menjalankan perintah-Nya. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering. Suatu mesej diterima, daripada Marwa.

Salam ya ukhti...ana mungkin lambat sikit, ana nak jumpa dengan seseorang sebelum ke sana. Afwan.. –Marwa Insyirah

Mereka ada sejam lebih lagi untuk berlepas dan kini, Marwa masih belum lagi sampai ke Lapangan Terbang Bintulu. Naurah menjadi kefikiran perihal rakannya yang tiba-tiba menunda waktu untuk ke sana, padahal mereka sudah bercadang untuk datang pada masa yang sama. Hal inilah yang dikatakan sebagai takdir, kita manusia hanya mampu merancang, sebaliknya Allah SWT sahajalah yang menentukan segala sesutu yang terjadi di dunia ini baik yang tersembunyi mahupun yang tampak. Begitu lemahnya manusia untuk melawan ketentuan Allah SWT Yang Maha Berkuasa lagi Maha Besar. Naurah berbaik sangka kepada rakannya itu. Aisyah yang berada di sampingnya bersandar ke bahunya, kanak-kanak yang berumur 10 tahun itu begitu comel dengan tudungnya yang labuh berwarna-warni.

Marwa bergerak maju ke Madrasah Al-Quran, sebuah institusi pendidikan berunsur Islam. Madrasah Al-Quran berada tidak jauh dari tempat tinggalnya, tempat di mana Marwa baru berjinak-jinak mengenali Islam yang sebenar suatu ketika dahulu. Kenangan manis itu masih segar di ingatannya meskipun telah lama berlalu dan setiap kali teringatkannya Marwa tersenyum sendiri pada dirinya dan masa lalu. Kini, dia sudah terlibat dengan usrah bersama naqibahnya, Kak Humairah.

Kak Humairah merupakan anak kelahiran negeri Kedah yang merantau ke Bintulu untuk bekerja di sebuah perusahaan petroleum dalam bidang kejuruteraan. Seorang yang gigih dan bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu pengetahuan baik duniawi dan ukhrawi, kulitnya hitam manis dan bertubuh sederhana.

Entah kenapa, wajah itu tiba-tiba muncul lagi di mindanya. Fadul. Agak sukar untuk Marwa melupakan lelaki itu sehingga ke hari ini kendatipun dia tahu Fadul adalah lelaki bukan mahramnya,dia mungkin jatuh ke lubuk zina hati jika berterusan begini. Ya, kadangkala dia melupakan wajah itu kerana itu adalah cerita dahulu. Marwa mahu menumpukan segala perhatiannya kepada tarbiyah diri dan orang lain, tetapi wajah itu kerap kali mengganggunya. Apakah saya sudah melepasi sayonara jahiliah saya? Soalan itulah yang sering masuk ke dalam fikirannya tatkala wajah itu terpacul dalam fikirannya.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada Marwa sebelum hari dia sedang melangkah untuk ke Madrasah itu? Mungkin ada juga yang tertanya-tanya apakah sebenarnya yang terjadi sehingga mengubah Marwa menjadi seperti sekarang? Apakah yang terjadi di antara Marwa dan Fadul sehingga ke hari dia sedang melangkah ke Madrasah Al-Quran? Bagaimana Marwa bertemu dengan Naurah dan Kak Humairah? Adakah para pembaca berminat mengetahuinya walaupun ceritanya agak panjang untuk dihuraikan di sini? Walau apapun jawapan anda, di sinilah ceritanya berlaku.

Marwa memasuki kelasnya yang berada di Blok D, kelas 1B. Ada beberapa orang pelajar lebih awal sampai daripadanya, mereka duduk di tempat duduk yang dipilih mengikut kesukaan dan keselesaan sendiri. Suasana diam tanpa banyak bicara kerana masing-masing baru pertama kali bertemu dan berjumpa. Tidak kurang juga sekumpulan pelajar di sudut tingkap sebelah kanan yang sibuk berbual-bual, barangkali datang dari sekolah rendah yang sama. Mereka memerhati Marwa yang mengambil tempat duduk di belakang sekali.

Marwa kini bersekolah di peringkat tingkatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mardhiah. Sekolah itu terletak di atas bukit berdekatan dengan Perkuburan Orang Islam di Bukit Kemunting, bangunannya tinggi empat tingkat yang bersambung-sambung antara satu sama lain lalu membentuk segi empat sama di mana kawasan tengahnya adalah padang. Dua buah gelanggang masing-masing terletak di hadapan dan belakang sekolah, bangunan kantinnya pula terpisah sedikit daripada struktur bangunan yang membentuk segi empat sama. Terdapat mini pentas di dalam kawasan kantin yang dihiasi dengan jalur-jalur merah putih bendera Malaysia, diikuti dengan bendera negeri Sarawak.

Berdekatan dengan kantin adalah sebuah padang lagi yang agak besar yang mampu memuatkan sebuah stadium. Pemandangan di waktu pagi cukup indah untuk digambari. Tanahnya rendah sedikit daripada tanah di kawasan kantin dan yang lainnya. Ada sebuah tangga yang menghubungkan kawasan kantin dan padang besar tersebut, beberapa buah kerusi, meja panjang dan payung besar ditempatkan di sekeliling padang. Tandas-tandasnya pula dilengkapi dengan cermin besar, bilik-bilik tandas berjumlah dalam lingkungan sepuluh buah, ada kerusi panjang yang dihiasi dengan hiasan jubin di tengah-tengah ruangan tandas. Malah untuk melancarkan lagi pengawasan sekolah itu, beberapa kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di dalam setiap tandas, kawasan bilik guru, kawasan terpencil seperti stor-stor, tangga-tangga termasuk juga pintu masuk utama sekolah itu.

Hari itu adalah hari pertama persekolahan bermula. Marwa mendapati ada segelintir daripada pelajar yang berada di kelas itu adalah rakannya di sekolah rendah yang sama iaitu Hazima dan Asri. Kedua-duanya duduk di hadapan sedikit dari tempat duduknya. Hazima adalah seorang gadis Kuala Segan yang berkulit sawo matang dan berpewatakan ceria menurut pandangan Marwa. Mereka berdua sentiasa bersama sejak di sekolah rendah Tahun 1. Rasa gembira kerana masih ditakdirkan untuk lebih lama bersama. Kuasa Allah SWT, menetapkan bahawa Marwa tetap bersama Hazima, pasti ada hikmah di sebalik segala sesuatu. Malah memang setiap sesuatu yang ditetapkan Allah SWT itu ada hikmah yang tersembunyi untuk kita eksplorasikan bersama. Bukankah Allah SWT menciptakan akal untuk manusia berfikir?

Mira pula berada di Tingkatan 1A. Mira mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lalu, dia mendapat 4A1B. Tahniah kepadanya, sebelum ini Mira begitu berusaha bersungguh-sungguh berjuang untuk peperiksaan yang lepas berbanding Marwa dan Jessica. Dia tidak mahu bertemu dengan Mira dahulu, tidak mahu mengganggunya menyesuaikan diri di tempat baru sepertinya juga. Jessica berpindah ke tempat lain tahun lalu dan kini bersekolah di sekolah menengah berdekatan dengan tempatnya tinggal bagi memudahkan perjalanan untuk ke sana. Itulah titik perpisahan antara Marwa, Mira dan Jessica. Marwa tidak tahu sama ada dia berkesempatan untuk bertemu dengan Jessica lagi atau sebaliknya.

Seorang pelajar perempuan tiba-tiba masuk ke kelas itu dan meluru ke arah Asri. Kelihatannya ada sesuatu yang terjadi antara mereka. Setahu Marwa, perempuan itu bernama Wasilah dan mereka berdua bercinta sejak dari sekolah rendah Darjah 6. Begitu berjaya rencana pihak musuh dalam menyerap budaya baru dalam kalangan kanak-kanak sehingga isu cinta ini turut memakan minda mereka yang masih mentah. Pengaruhnya pula berimpak negatif. Marwa tidak berapa mahu tahu tentang cerita antara mereka berdua. Wasilah merupakan seorang pelajar yang popular di sekolah rendah dahulu, itulah sebabnya Marwa tahu namanya siapa.

“ Apa hal?” tanya Asri. Suaranya kedengaran ke seluruh kelas. Wasilah sedang menggenggam sekeping kertas di tangannya, matanya bening dengan air mata. Lantas kertas itu diserahkannya kepada Asri, Asri pula bingung tertanya-tanya. Selama ini, hubungan mereka baik-baik sahaja. Malam tadi sahaja mereka berdua sempat ber-chatting sebelum tidur.

“ Kita berpisah sahaja,” kata Wasilah. Marwa tidak sepatutnya mendengar perbualan antara mereka, tetapi peristiwa itu berlaku di depan matanya,dia tidak dapat mengelak untuk tahu apa yang terjadi. Sama halnya dengan pelajar lain yang berada di dalam kelas itu. Hazima dan Marwa berpandangan bingung dengan peristiwa itu.

Asri membaca surat yang diserahkan oleh Wasilah kepadanya.

Abang Asri ku sayang, dah lama kita tak berjumpa. Kan kita dah janji untuk berjumpa lagi malah saya masih ingat tempoh hari kita exchange nombor. Saya pasti awak dan saya saling merindui, lupakanlah saja si Syil tu..dia kan tiada apa-apa pada Abang Asri...

Kekasihmu,

Nada

Perlahan-lahan, Asri memandang Wasilah yang sedang melihatnya. Rupa-rupanya, Asri menipu Wasilah selama ini. Hubungan mereka bukanlah didasarkan cinta seperti yang dirasakannya. Asri terdiam seribu bahasa sedangkan Wasilah sebenarnya menanti penjelasan daripada Asri, mana tahu hubungan mereka masih dapat diselamatkan. Malangnya tidak pula! Mereka berdua sama-sama diam, kelihatannya Asri sedang berfikir, dia sedang berada di dalam dunianya sendiri. Siapakah dirinya dan Nada kepada Asri?

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Jam menunjukkan tepat pukul 9.35 pagi. Hazima baru sahaja mahu mendapatkan Marwa apabila Iyas, Badri, Badihah, dan Hindun mempelawa Hazima untuk keluar bersama ke kantin. Ya, Iyas, Badri, Badihah, dan Hindunlah yang tadinya sibuk berbual di sudut tingkap sebelah kanan kelas pagi tadi. Jadi, mereka semua pun pergi ke kantin. Tidak terkecuali, Mira turut dibawa bersama. Perbualan antara mereka semua lebih kepada kejadian yang berlaku pada awal pagi tadi iaitu di antara Asri dan Wasilah. Marwa dan Mira cuba mengelak daripada membicarakan soal mereka berdua itu namun Hindun dan Badihah mendesak mereka terlibat sama.

Aduh! Masa itu Marwa tidak dapat lari daripada menjadi mangsa keadaan. Mengumpat orang lain samalah seperti memakan daging saudaranya sendiri, begitulah sabda Rasulullah SAW untuk umatnya. Jika kita mampu mengelakkan diri dari mengumpat,tetapi tetap juga mendengar umpatan orang,itu lebih kurang sama dosanya dengan mengumpat. Mengumpat itu terjadi apabila kita mengata tentang sesuatu yang buruk dibelakang hamba Allah yakni orang yang diumpat sehinggakan apabila sahaja dia tahu tentangnya akan membuatkan dia marah atau kecil hati dan sebagainya. Mungkin ada yang menafsirkan aktiviti mengumpat ini merupakan senaman mulut yang bila mana ia tidak dilakukan umpamanya masakan yang tiada rasa, seperti gula dan garam. Sedar atau tidak, perencahnya mahal dan terlaris sebab mengumpat adalah berdosa. Walaubagaimanapun pun,kita adalah hamba-Nya yang lemah. Kita digalakkan untuk saling mengingatkan, bukan memburuk-burukkan sesuatu. Siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain?

Sudah terhantuk baru terngadah, mungkin sahaja apa yang difikir dan dibicarakan oleh mereka itu tidak benar. Cerita Asri dan Wasilah menjadi buah mulut, malah meniti dari bibir ke bibir sehingga ramai dalam kalangan rakan mengetahuinya. Ada juga yang menokok tambah cerita yang sebenar untuk menarik perhatian orang lain yang mendengar. Bayangkan, sudah berapa ramai yang menanggung dosa kerana mengata yang tidak benar mengenai Asri dan Wasilah.

Beberapa minggu telah pun berlalu, khabar mengenai Asri dan Wasilah kian luput dibicarakan. Barangkali sudah jemu untuk membicarakannya. Malahan, pelajar-pelajar kelas 1B yang sama kelas dengan Asri juga tidak lagi menimbulkan perbualan mengenai hal itu. Marwa berasa kasihan kepada Asri kerana sebelum ini terpaksa melalui ejekan daripada rakan-rakannya yang mengatakan bahawa dia telah memainkan perasaan orang lain. Asri juga yang salah kerana tidak menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Dua hari selepas peristiwa hari pertama persekolahan itu menyaksikan Asri dipulaukan oleh rakan-rakannya gara-gara cerita yang ditokok tambah. Manakala Wasilah pula seperti sudah melupakan Asri, pernah suatu hari Marwa ternampak Wasilah ke kantin bersama teman-temannya dengan gembira, ada juga pelajar lelaki yang mengusiknya. Wasilah, seperti biasa sangat suka dirinya diambil perhatian terutamanya insan yang bernama lelaki.

Marwa menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek pelajaran yang diminatinya. Dia begitu tertarik untuk mengetahui sejarah pembentukan Malaysia, daripada cerita Parameswara sehinggalah Kerajaan Melayu Melaka, masing-masing mempamerkan seribu erti peristiwa yang berlaku berkurun lama dahulu. Tambahan pula, Marwa berasa tercabar untuk mendalami subjek Sejarah apabila mendapati ramai mendapat keputusan yang tidak memuaskan dan mengatakan bahawa mata pelajaran itu sebagai sesuatu yang membosankan dan terlalu banyak fakta untuk diingati.

Mira juga sependapat dengan Marwa, mereka berdua sama-sama berminat dan sekepala. Badihah juga sering mengusik Marwa dan kerap menjeling kertas ujian Sejarah Marwa yang telah disemak oleh cikgu. Kebanyakan jawapannya betul dan Badihah pula hanya mampu memuncungkan mulutnya kerana cemburu akan Marwa. Cemburunya bukan berniat jahat, Badihah juga kini mahu menggalas tenaga untuk menumpukan perhatian dalam mata pelajaran Sejarah.

Bagi Marwa, dia tidak berapa suka mendapat sebarang pujian. Malah setiap pujian yang diberi disusuli dengan jawapannya yang berunsur rendah hati, pujian-pujian itu mungkin nantinya akan melunturkan semangatnya untuk belajar kerana takut menganggap dirinya sudah hebat lantas berhenti untuk berusaha lagi. Masih teringat lagi di ingatan Marwa, guru sejarahnya yang bernama Arsyad. Ketika mengajar, Cikgu Arsyad biasanya hanya memandang ke bawah sahaja walaupun wajahnya memandang ke hadapan. Jika ada pun, kadang-kadang sahaja Cikgu Arsyad memandang ke arah pelajar-pelajarnya. Mungkin itulah kelainan yang ada pada Cikgu Arsyad berbanding guru-guru yang lain yang ada di sekolah tersebut.

Sudah agak lama Asri dan Wasilah tidak berhubungan lagi. Semenjak peristiwa perpisahan antara Asri dan Wasilah, Marwa asyik memerhati Asri. Asri dan Marwa pernah saling berpandangan seperti kebiasaan hubungan antara kawan. Pada suatu hari yang cerah di mana matahari menyembunyikan dirinya di sebalik awan yang putih. Pelajar-pelajar sekolah yang berada di gelanggang sekolah itu sedang asyik bermain, ada yang bermain bola tampar, bola jaring, bola sepak dan sebagainya. Sukan menguatkan daya fizikal dan ketahanan kita seluruhnya yang mana jika kita bersukan badan menjadi sihat. Memiliki tubuh badan yang sihat juga merupakan antara salah satu ciri-ciri individu muslim. Marwa sedang bercakap-cakap dengan Syarah di tangga berdekatan gelanggang, ketika itu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijalankan oleh kelas mereka.

Syarah adalah seorang gadis yang matang pada umurnya yang hanya tiga belas tahun. Kadangkala, Syarah bersikap matang dan ada masanya juga Syarah berkelakuan seperti anak kecil yang bermain seorang diri. Apabila sahaja moodnya mahu bermain, maka sikapnya berubah dan demikian pula sebaliknya. Dia juga seorang yang peramah dan pandai memulakan topik bicara apabila pertama kali berkenalan dengan orang yang baru dikenalinya.

Tiba-tiba terpacul kata-kata..

“ Kalaulah Asri tu jadi gerek aku?” tanya Marwa sambil merenung jauh. Syarah terkejut mendengar kata-kata dari mulut Marwa sendiri lalu dia melompat kegirangan. Dia tidak menyangka Marwa berfikir mengenai sesuatu yang seperti itu.

“ Betul ke apa yang awak cakap ni, Marwa? Dan jika benar macam mana?” tanya Syarah. Senyuman tidak lari dari wajahnya, ada harapan tercipta di mindanya. Gadis yang sedang bercakap di depannya itu sebelum ini kelihatannya tidak berapa mahu bersosial dan sekarang tiba-tiba sahaja kata-kata itu keluar dari mulutnya. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang, Syarah mahu merealisasikan harapannya terhadap Marwa.

Marwa hanya mampu tersenyum sahaja, rasanya itu mungkin kata-kata berunsur gurauan tetapi Syarah kelihatan serius pula dengan apa yang dikatakan oleh Marwa. Marwa tidak tahu bahawa Syarah bercadang untuk bercakap terus dengan Asri perihal permintaan Marwa sebentar tadi. Pada mulanya, Marwa fikir Syarah mungkin hanya bergurau lalu membiarkan sahaja Syarah berlari turun ke gelanggang dan mendapatkan Asri. Marwa sudah tidak mahu lagi melihat Syarah dan Asri berbual di gelanggang sana.

“ Apakah maksud Syarah? Pelik benar,” Marwa bermonolog. Dia memerhati Asri seketika dan Asri pun memandangnya dari bawah. Ketika itu, Asri sedang bermain bola tampar dan peluhnya begitu banyak keluar dapat dilihat dari tempat Marwa berada,berkilat. Rakan yang berada dekat dengan Asri ketika itu adalah Harison. Harison merupakan seorang yang berbangsa Iban dan beragama Kristian, kulitnya hitam manis, bermuka bulat, dan berbadan tegap sesuai dengan gelarannya sebagai atlet permainan Petanque di sekolah tersebut yang pernah memenangi pingat emas dalam kejuaraan sukan antara sekolah tahun lalu. Harison turut sama mendengar perbualan antara Asri dan Syarah malah juga mengerling ke arah Marwa. Ada riak terkejut beransur dengan senyuman di wajahnya.

Loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Marwa sedang dalam perjalanan untuk ke tandas apabila Syarah mendapatkan Marwa. Seperti kebiasaan setelah tamatnya waktu bermain, para pelajar segera ke tandas untuk menukar pakaian sukan kepada pakaian uniform sekolah. Asri, Harison dan yang lainnya sudah tidak kelihatan, mengikut jadual kelas mereka selepas mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, waktu rehat menyusul selama lima belas minit.

“ Mar, As terima awak jadi teman wanitanya,” kata Syarah. Marwa yang ketika itu sedang berjalan lantas memberhentikan langkahnya. Terkejut bercampur hairan. Dia tidak menyangka perbualan yang tidak memberi makna yang serius antaranya dan Syarah sebentar tadi tiba-tiba bertukar kritikal. Syarah menunggu reaksi positif daripada Marwa manakala Marwa masih lagi berfikir.

Menjadi teman wanita seseorang itu Marwa tidak pernah malah pengalaman bercinta pun dia tidak pernah lalui. Adakah dia perlu mengelak daripada lelaki lain selain daripada Asri selepas ini? Bagaimana agaknya mahu melayan teman lelaki yang belum lagi naik pangkat menjadi suami? Bagaimana reaksi orang lain nanti apabila mengetahui perhubungan antara Marwa dan Asri? Bagaimana dengan pelajarannya yang sudah cemerlang ketika ini nantinya akan kacau disebabkannya yang bercinta?

Sudah agak ramai dalam kalangan remaja Melayu yang beragama Islam yang sanggup menenggelamkan hidup mereka hanya kerana kemaruk cinta. Cinta kepada seorang lelaki yang bukan mahram, bukan suami sendiri. Cinta atas dasar nafsu semata-mata sehinggakan nafsu itu menewaskan akal yang diciptakan oleh Allah SWT. Cinta yang menyebabkan manusia lupa akan dunia dan mahu berseronok dan merasakan bagaimana asyiknya bercinta. Jiwa mengutamakan penyakit daripada ubat sehingga menganggap penyakit itu ubat dan ubat itu adalah penyakit.

Nasi sudah menjadi bubur, ketika peristiwa ini terjadi Marwa tidak begitu tahu akan akibat, kesan dan sebabnya cinta yang tidak berpaksikan atas ikatan perkahwinan yang sah. Apabila telah mula bercinta, segala yang buruk tentang teman lelaki atau teman wanita itu sendiri menjadi indah pada pandangan manusia yang terperangkap ke dalamnya. Ada juga segolongan kaum Hawa yang rela menjual maruah diri demi memuaskan kemahuan teman lelaki sendiri, syaitan-syaitan pula berpesta menyaksikan kejayaan mereka. Tidak hairan, bayi-bayi hasil daripada hubungan haram ini dibuang tidak berperi kemanusiaan demi menjaga nama dan maruah. Tidak terfikirkah mereka, melakukan hubungan haram itu sendiri telah menghancurkan maruah mereka? Hal ini bertambah dengan sanggupnya membuang bayi daripada darah mereka sendiri.

“ Adakah aku sedang bercinta sekarang?” monolog Marwa.

Dari kejauhan, terlihat Asri yang sedang memerhatinya. Ya,bermulalah percintaan antara Asri dan Marwa mulai saat itu ! Marwa sedang menanti ketibaan Asri di dalam kelas, dia masih terkejut dengan kenyataan bahawa dia kini telah menjadi teman wanita Asri. Asri sebagai Ketua Pengawas sesi petang sekolah itu sedang menjalankan tugasnya dalam mengawasi setiap kerja pengawas-pengawas lain termasuk mengumpul laporan setiap minggu daripada ahli pengawas sendiri. Asri juga tidak menyangka Marwa menyukainya selama ini.

Semenjak tadi, Syarah bersamanya untuk berkongsi cerita mengenai perihal bercinta. Selain daripada Syarah, Hazima, Iyas, Badri, Badihah, dan Hindun pun mengetahui tentang hubungan antara Marwa dan Asri. Marwa pula hanya tersenyum dan mendengar setiap kata-kata nasihat daripada mereka. Mereka tidak tahu belenggu fikiran Marwa pada masa itu. Iyas dan Badrilah yang paling bising apabila mengetahuinya.

Iyas dan Badri kedua-duanya adalah lelaki tetapi mereka lebih suka menyerupai sikap golongan perempuan. Ramai yang mengata mereka adalah pondan tetapi mereka berdua suka diberi gelaran begitu. Cara berjalan, bercakap, melayan dan menilai seseorang pun ditiru daripada sikap golongan perempuan. Badihah dan Hindun pernah menegur mereka untuk bersikap seperti lelaki tetapi nasihat mereka seperti peribahasa masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Mereka berdua masih juga begitu, tidak berubah sehingga kini.

Tidak lama kemudian, Asri dan Harison memasuki kelas mereka. Langkah Asri dan Harison seperti biasa, Asri menundukkan pandangannya barangkali masih berfikir ataupun kerana sibuk dengan tugasnya sebentar tadi. Marwa memerhati pergerakan Asri menanti Asri melihatnya di tempat duduk. Walaupun begitu,Marwa sedikit terganggu dengan rakannya yang berbangsa Cina iaitu Cho Lee Doon. Lelaki Cina itu datang menghampiri Marwa untuk bertanya mengenai soalan Sejarah yang tidak difahaminya. Soalan itu berkisar tentang Sistem Pemerintahan Empat Lipatan di Tanah Melayu. Ketika Marwa sedang sibuk membantu Lee Doon menyelesaikan soalan Sejarah tersebut, Asri memandangnya di tempat duduk. Akhirnya, mata mereka berdua bertaut.

Begitulah manisnya percintaan yang dialami oleh para remaja zaman ini kerana hanya melalui pandangan sahaja sudah jatuh ke dalam perangkap cinta mencintai. Malah, dengan pandangan itu sahaja pun boleh menjadi panah syaitan buat insan yang bernama manusia. Firman Allah SWT:

“ Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman hendaklah mereka membatasi pandangannya dan menjaga kemaluannya. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.”

Mereka berdua saling bertukar nombor telefon bimbit pada hari yang sama. Pada malamnya pula, Marwa dan Asri saling membalas pesanan ringkas sehingga masa melewati mereka begitu sahaja, tidak terisi dengan perkara berfaedah.

Sehingga kini, Marwa berusaha untuk melupakan peristiwa itu dan menyesal dengan perbuatannya yang lalu. Selama Marwa dan Asri bercinta, Marwa tidak ingat untuk solat dan jika Marwa solat pun, waktunya ditangguh-tangguhkan sehingga kadang-kadang sanggup pula meninggalkan solat tersebut. Bukankah solat itu tiangnya agama? Namun Marwa telah merobohkan tiang itu gara-gara sebuah percintaan yang dijalin dengan ikatan yang tidak sah sebagai suami isteri. Marwa juga melakukan zina mata dengan Asri, suatu yang tidak disedari oleh ramai manusia, mata adalah senjata utama syaitan yang akhirnya berjaya menimbulkan angan-angan kepada manusia untuk melakukan kejahatan dan menginginkan sesuatu yang tidak halal untuk mereka.

“ Syil, ini semua salah faham. Saya tak pernah nak menduakan awak,” kata Asri memandang tepat ke mata Wasilah, air matanya mengalir namun masih tidak mahu memandang Asri yang sedang berdiri di hadapannya. Sebentar tadi, Wasilah menunjukkan surat yang ditulis oleh Nada kepadanya. Hari itu adalah hari pertama persekolahan dan sekarang Wasilah telah memadamkan moodnya untuk mengenali kehidupan baru di tingkatan. Asri menarik Wasilah keluar daripada kelas tersebut bagi mengelakkan mereka berdua terus diperhati oleh pelajar lain. Namun, semua pelajar terkejut dengan tindakan Asri, adegan tersebut seakan-akan drama cerita Korea yang dipertontonkan di televisyen.

Kini, mereka berada jauh daripada kelas tetapi masih tidak juga lepas daripada diperhati oleh pelajar lain yang lalu-lalang di sekitarnya. Wasilah membiarkan Asri menjelaskan segalanya.

“ Kepada saya, Nada tidak lebih daripada seorang teman. Sebelum ini, dia meminati saya jadi saya layan dia sebagai kawan. Saya tak pernah dapat surat daripada Nada,”

“ Memang tak pernah. Nada yang mengirimkan surat ni kepada saya dan menyerahkan kepada awak. Kenapa awak masih nak layan dia kalau dah tahu kita bercinta? Cukuplah sampai di sini,” kata Wasilah lalu beredar pergi meninggalkan Asri. Dia tidak mahu lagi mendengar penjelasan daripada Asri, baginya hubungan mereka telah pun berakhir. Tinggallah Asri seorang diri di situ melayan perasaannya yang berkecamuk. Sesekali angin menghembus lembut sekaligus membawa pergi kisah antara Asri dan Wasilah. Pementasan cerita dua insan bernama Asri dan Wasilah telah pun berakhir. Semuanya telah ditakdirkan oleh Allah SWT dan telah tertulis ketika penciptaan seseorang manusia berlaku, kita manusia hanya melakonkan apa yang telah tertulis. Mungkinkah muncul watak yang baru? Segalanya yang mungkin berkemungkinan menjadi dengan kehendak Allah SWT sendiri juga.

Marwa mengeluh kecil. Kini, dia sudah berubah dan peristiwa yang telah terjadi kepadanya suatu ketika dahulu telah lama menjadi sejarah buat dirinya. Terasa hina juga dengan diri sendiri kerana seringkali merasa telah menjadi baik padahal manusia itu tidak sempurna. Setitis air matanya menitis menyesali perbuatannya yang lalu.

1.15.2011

Bumi Kolej Matrikulasi Labuan

contoh suasana di dewan kuliah 2

Salam buat pembaca setia blog ini….maafkan ana kerana telah lama meninggalkan blog ini tanpa khabar berita. Sebenarnya ana sekarang sedang menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan dan akan berakhir insyaAllah bulan empat tahun ni. Lepas tu pulak sambung ke universiti. Hari pertama di Kolej Matrikulasi Labuan (KML) menyaksikan para pelajar Kolej Matrikulasi Labuan sibuk mendaftar di Dewan Mutiara, tak lupa juga pada sesiapa yang baru peertama kali ditinggalkan oleh ibu bapa masing-masing mahupan penjaga. Mungkin ada juga pelajar yang pernah melaluinya sebelum ini, di asrama atau sebagainya. Dapat dilihat di sana sini pelajar-pelajar ini menitiskan air mata dek kali pertama ditinggalkan oleh ibu bapa untuk berdikari di bumi Labuan.

Namun, kita hendaklah mengambil kesempatan ini untuk lebih berdikari. Lama kelamaan nanti kita tetap juga akan keseorangan tanpa keluarga mahupun teman taulan,mungkin bukan di KML, mungkin di universiti atau mungkin di negeri orang. Tentu ada hikmahnya yang Allah nak tunjuk pada kita apabila kita ditakdirkan untuk berada di KML.

Minggu orientasi, dapat dilihat ramai pelajar yang bertudung labuh. Suatu suasana yang agak janggal di tanah air sendiri apabila melihat tersangat ramai orang yang bertudung labuh. Hal ini merupakan sesuatu suasana yang sungguh indah, memberitahu bahawa massih ada orang lain dari tempat yang berbeda datang dari tempat yang tidak sama masih mengekalkan identiti Islam dalam diri mereka. Mula-mulanya terasa terkejut namun lama kelamaan sudah menjadi kebiasaan.

Beberapa hari yang lalu, Diyanah mendapat tahu bahawa ibu bapanya telah selamat tiba di tanah air. Alhamdulillah….kini tinggal dirinya sahaja di muka bumi KML. Tujuannya untuk datang ke KML yang paling utama adalah untuk belajar bersungguh-sunggh dan mendapat keptusan yang terbaik untuk membalas budi ibu bapanya. Diyanah tahu ibunya telah banyak menderita menyekolahkan adik beradiknya. Minggu orientasi dipenuhi dengan ujian disiplin buat para pelajar baru yang dikendalikan oleh kakak dan abng senior KML yang lepas. Puas ditengking kerana tidak menepati masa yang ditetapkan, terkadang rasa melampau juga diperlakukan begitu tapi ini untuk kebaikan mereka juga.

Diyanah merupakan pelajar satu tahun dan mengambil jurusan sains hayat. Pada suatu malam, pihak kolej mengadakan sesi soal jawab antara pelajar baru dan para senior-senior KML yang kini telah bekerja dan ada juga yang sedang belajar. Diyanah ditakdirkan Allah untuk hadir dalam Dewan Kuliah 2, Diyanah dapat lihat sudah ramai yang berada di dalam dewan sebelumnya, dengan pantas dia mendapatkan tempat yang kosong beberapa barisan daripada tempat duduk paling hadapan. Dia hanya seorang diri tika itu. Selain dia, ada juga rakan-rakannya yang lain turut sama belajar di matrikulasi itu, antaranya adalah Aina dan Khadijah. Namun, Aina dan Khadijah mengambil jurusan sains fizikal jadi mereka terpisah buat sementara waktu mengikut haluan masing-masing.

Dewan dihadiri oleh para senior yang bijak pandai di mana mendapat keputusan cemerlang dalam program matrikulasi tersebut. Antara yang mendapat perhatian oleh Diyanah ialah seorang senior yang bernama Arafi. Dalam dewan yang penuh sesak itu, Arafi menceritakan bagaimana mahu survive semasa berada di KML. Dia seperti yang diaberitahu oleh pengerusi majlis ubtuk sesi soal jawaab dewan tersebut, merupakan pelajar yang mendapat 4.00 plat dalam kedua-dua semester, 1 dan 2. Kopiah hitam sentiasa terpahat di kepalanya, matanya cukup tenang melihat pelajar-pelajar yang ada di dalam dewan tersebut. Pengerusi majlis juga memberitahu bahawa Arafi juga sedang mengambil jurusan Perubatan di Universiti Malaysia Sabah.

Dari segi pemerhatian Diyanah, Arafi merupakan seorang pelajar yang tegas dan berdedikasi. Arafi juga memberitahu bahawa di dalam proses mahu belaajar, tidak sepatutnya ada perasaan malu untuk bertanya. Masakan tidak, apabila sahaja Arafi bertanya sama ada mereka ada soalan semua menundukkan kepala kerana malu untuk bertanya. Namun, dewan digemuruhkan apabila Aisyaah, seorang pelajar dari Miri bertanya soalan yang bertubi-tubi demi menjawab persoalan yang ada di mindanya.

Namun bagus juga begitu kerana segala soalan yang diujarkan oleh Aisyah adalah sama persoalannya yang bermain di minda Diyanah. Jadi Aisyah telah membantunya menjawab soalan yang membelenggu di kepala. Selesai Arafi menjelaskan kehidupan di matrikulasi, gilirannya kemudian digantikan oleh seorang pelajar Cina yang ceria dan cergas bernama Jolin. Jolin memberitahu hal yang lebih kurang sama seperti apa yang diberitahu oleh Arafi sebentar tadi namun kali ini lebih kepada cabaran yang bakal dilalui terutamanya tentang masalah air yang tak habis-habis masalahnya tidak dapat ditemui penyelesaian.

Ramai pelajar yang mengeluh kecil apabila mendengar tenttang masalah air. Namun hal ini diganti pula dengan nasihat Jolin bahawa ini semua adalah untuk melatih mereka menjadi lebih kuat apabila berada di luar nanti, mana tahu nanti ujiannya lebioh teruk daripada yang dihadapi di KML. KML bukan sahaja tempat untuk belajar malah merupakan tempat untuk membimbing diri menjadi orang yang tabah, sabar, rajin dan menepati jadual. Masalah air tidak menghalang para pelajar KML mencapai keputusan cemerlang dalam ujian peperiksaan akhir semester akhir.

Selesai sesi soal jawab itu tadi, Diyanah kembali ke asramanya. Teman biliknya bernama Hani dan Sakina. Hani adalah pelajar yang berasal dari Beoufort, Sabah manakala Sakina pula berasal dari Tawau, Sabah. Pada minggu pertama berada di bilik yang sama, tidak banyak yang dibicarakan oleh mereka. Bilik mereka dihadiri lagi oleh seorang bekas pelajar dua tahun bernama Evi. Evi pula berasal daripada Sarawak sama seperti Diyanah. Dalam bilik itu, Evil ah yang paling tua antara mereka semua. Hani banyak keluar daripada bilik untuk berjumpa dengan kawan-kawannya di kafe. Barangkali masih janggal dengan kehadiran orang baru. Diyanah pula masih cuba untuk berbuat baik dengan teman-teman sebiliknya itu supaya nanti sepanjang pengajiannya di KML tiada masalah yang dilalui berkenaan dengan rakan sebilik. InsyaAllah.

Sana sini dapat kita dengar bahawa Kolej Matrikulasi Labuan ini merupakan institusi pengajian yang sentiasa mempunyai masalah air sehingga menyebabkan ramai pelajar yang berhajat untuk ke sana membatalkan hasrat mereka itu semata-mata kerana masalah air. Walhal, masalah air ini adalah sebagai suatu tarbiyah percuma untuk pelajar-pelajar KML khususnya yang bermandi peluh menakung air setiap hari kerana ketiadaan air. Lantas menjadikan diri lebih tabah dan sentiasa bersedia menghadapi hari esok yang bakal menjelma, insyaAllah. Ibarat anak manja yang mahu semuanya ok, kita tidak seharusnya sentiasa mahu berasa senang, sentiasa mahukan segalanya berjalan dengan baik kerana munkin itu adalah lebih baik untuk kita. Dan mungkin juga apa yang kita suka itu Allah tak suka. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Mengetahui daripada kita makhluknya yang lemah ini. Surah al-Baqarah : 216.

Untuk makluman semua yang bakal melanjutkan pelajaran ke matrikulasi labuan, masalah air sudah selesai.. alhamdulillah.

1.13.2011

Sahabat itu....???

Sahabat..suatu ungkapan yang menggambarkan kemanisannya berukhwah sesama muslim. Sahabat yang baik adalah sahabat yang mengingatkan kita kepada hari akhirat. Terkadang dalam persahabatan ini juga menguji kita untuk lebih banyak bersabar. Sabar menghadapi perbezaan ujian sepanjang persahabatan. Kadang kala, kita tidak sedar kita saban hari berhubung dengan rakan-rakan kita ada kata-kata yang mungkin mengguris hatinya. Sehingga lama kelamaan perbuatan kita menyebabkan sahabat kita ni termakan hati berulam jantung. Diceritakan suatu kisah,

Farah dan Syirah bukanlah sahabat karib. Namun, belakangan ini hubungan mereka semakin rapat. Syirah selalu menanti Farah di biliknya untuk sama-sama ke kuliah atau ke kelas. Mereka berdua belajar di kolej yang sama. Di dalam kelas, Syirah dan Farah pun berada dalam kumpulan yang sama. Syirah mula sedar Farah sudah jarang berhubung dengan rakan lamanya yang sebelum ini. Puas Syirah memberitahu perbuatannya itu agak berlainan namun Farah memberitahu bahawa mereka ok sahaja. Jadi, Syirah pun mempercayai kata-kata Farah.

Suatu hari, Farah dan Syirah sama-sama keluar ke pasar membeli keperluan harian di kolej kediaman. Segala senarai barangan yang mahu dibeli sudah ditangan. Ketika itu, Syirah dan Farah berada di dalam bas. Farah menceritakan masalahnya tentang sahabatnya yang dia sudah tidak mahu ambil peduli. Syirah agak mengesan sikap Farah yang tidak mahu berhubung lagi dengan rakan lamanya itu bernama Mukrimah . Farah memberitahu bahawa Mukrimah sering membuatnya merasa lain. Dahulu, Farah sebilik dengan Mukrimah buat sementara. Farah pun bercerita Mukrimah sering membuatnya sakit hati lalu dia merasa kecil hati dengan perbuatan Mukrimah. Pintu dihempas kuat oleh Mukrimah ketika itu farah sedang belajar dimejanya. Farah fikir Mukrimah memarahinya kerana pada masa itu hanya Farah dan Mukrimah sahaja yang berada di dalam bilik.

Kemudian, Farah pun memberitahu dia sudah tidak mahu lagi mempedulikan Mukrimah. Puas Mukrimah menelefon Farah dan menghantar pesanan ringkas kepada Farah namun Farah tidak pernah lagi mahu membalas mesej Mukrimah mahupun menjawab telefon daripadanya. Bahkan, mungkin Mukrimah mahu meminta maaf. Syirah merasa perbuatan Farah ketika itu adalah wajar jadi diia tidaklah terlalu ambil kisah tentang hal tersebut.

Hari semakin berlalu, Syirah merasa tidak selesa datang lambat ke kuliah atau ke kelas. Hal yang menyebabkannya lambat adalah dia menanti Farah dibiliknya. Sebelum ini, Syirah selalu datang awal ke kuliah mahupun ke kelas. Jadi, lama kelamaan Syirah sudah jarang mahu menunggu Farah untuk sama-sama ke kelas. Farah juga menyedari akan perbuatan Syirah kepadanya. Pada awalnya, Farah hanya menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang biasa. Namun hal ini terus berulang jadi Farah merasa jurang antara Syirah dan dirinya itu ada.

Syirah pula belakangan ini sering mengeluarkan kata-kata yang tidak enak didengar terhadap Farah. Ketika itu, Syirah sedang period dan dia pula merupakan orang yang susah untuk mengawal emosi. Farah pula jenis yang sedikit pendiam. Suatu hari, Syirah, Farah dan seorang lagi rakan mereka yang sama kumpulan berbincang tentang assignment yang masih belum disiapkan. Syirah sebelum ini merasa kecewa dengan sikap Farah kerana meremehkan assignment. Dan perbincangan hari itu pula Farah seakan-akan lupa mahu datang sehinggalah Syirah datang ke biliknya memberitahu ada perbincangan. Syirah pun merasa serba salah juga membuat begitu kepada Farah, namun ini untuk kebaikan assignment mereka jadi Syirah menganggap itu hanya perkara yang remeh.

“ Farah, boleh kah kau buat kesimpulan untuk assignment ni?” Tanya Syirah sambil tangannya menaip huruf di laptop. Farah hanya mendiamkan dirinya membuatkan Syirah merasa Farah tidak mendengarnya.

“ Farah, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” Tanya Syirah naik berang. Farah terus mendiamkan dirinya. Farah agak terkejut juga dengan kata-kata daripada Syirah namun dia tetap bersabar. Syirah merasa semakin serba salah kerana kata-katanya itu agak kasar kepada Farah. Perbincangan mereka berterusan sehingga Farah sudah kembali senyum. Syirah merasa sedikit lega kerana Farah sudah kembali seperti biasa.

Namun, Syirah tetap merasa tidak sedap hati kerana perbuatannya itu. Lalu, Syirah pun meminta maaf kepada Farah melalui pesanan ringkas kerana dia tidak berani mahu berdepan dengan Farah membincangkan tentang kesilapannya itu. Sebagai membalas pesanan ringkas daripada Syirah, Farah hanya memberitahu bahawa dia ok sahaja. Tiada masalah dan dia pun memberitahu bahawa dia juga minta maaf kerana menyusahkan Syirah yang terpaksa menantinya lama untuk ke kuliah attau ke kelas.

Sehingga hari ini, Syirah tetap berhubung dengan Farah namun apa yang Syirah rasakan Farah sudah semakin jauh denngan dirinya. Seakan-akan persahabatan mereka terputus begitu sahaja disebabkan oleh sikap Syirah yang tidak kenal erti sabar tatkala bersahabat dengan Farah. Syirah tetap tidak berputus asa untuk berbaik-baik denngan Farah. Walaupun Farah mengatakan dia ok sahaja dengan Syirah namun apabila Syirah cuba mahu berbual-bual dengan Farah. Farah sering menunjukkan muka yang dingin dan tidak mahu memulakan bicara.

Syirah pun berbaik sangka kepada Farah, mungkin ini memang sikapnya Farah. Ada sekali Syirah terjumpa Farah di surau lalu mereka duduk bersama. Syirah melayan Farah seperti dia melayan Farah semasa hubungan mereka ok suatu ketika dahulu namun Farah pula menunjukkan muka yang dingin. Syirah masih ingat ketika itu, senyuman terukir dibibir Farah apabila ustaz berseloroh semasa ceramahnya dan mata Syirah dan farah bertaut. Ketika Syirah mahu duduk bersebelahan dengannya, senyuman Farah pudar. Dahulu, Farah sangat banyak bercakap kepada Syirah daripada Syirah sendiri. Perubahan Farah itu dapat dikesan oleh Syirah sehingga Syirah bertanya kepada dirinya,

“ Betulkah Farah ni ok dengan aku?” Syirah tidak berani bertanya kepadaa Farah. Biarlah itu menjadi persoalan yang tidak berjawab. Apabila datang rakan mereka yang lain ke tempat mereka berdua, Farah terus meninggalkan Syirah lalu berbual riang dengan rakan yang lain tadi. Hal ini menyebabkan Syirah berasa yakin bahawa Farah berbohong apabila dia memberitahu bahawa dia ok sahaja padahal tidak. Sedikit demi sedikit air mata Syirah mengalir mengingati perubahan Farah yang agak ketara kepadanya yang sebelum ini sangat mesra menjadi terlalu dingin. Syirah menyayangi kengan mereka dahulu semasa tiada pergaduhan menyebabkan dia merasa sangat bersalah.

Benarlah kata-kata daripada surah dalam Al-Quran, dekatilah mereka itu dengan suara yang lembut, jika engkau mendatangi mereka dengan keras, maka mereka akan lari daripadamu. Syirah teerbaca lagi pula tentang Rasulullah SAW, baginda tetap bersabar mendengar orang-orang yang kasar berhubung dengannya dan tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang menyyakitkan hati terhadap orang lain. Jika dilihat kepada Syirah, dia sudah terlanjur terhasut hasutan syaitan untuk tidak bersaba dengan sikap Farah. Di mana peribadi Syirah yang selama ini mengikuti sikap Rasulullah SAW?

Syirah berasa semakin ditampar oleh kesalahannya sendiri. Air matanya makin murah mengalir mengingati kesalahannya. Syirah tahu dia bukanlah insane yang sempurna, dia juga sukar mengawal emosi. Patutlah Allah SWT ssuka dengan orang yang menahan marah kerana menahan marah itu adalah suatu yang agak sukar untuk dihadapi malah boleh menyebabkan dua orang yang manis berukhwah menjadi pahit membajai. Melalui peristiwaa ini, Syirah semakin sedar bahawa sabar itu adalah lebih baik daripada memarahi kerana kita tidak tahu marah itu mungkin menyebabkan sesuatu masalah itu menjadi semakin teruk jadinya.

Syirah membuat keputusan untuk terus berusaha berbaik dengan Farah. Wajarlah dia mendapat balasan seperti ini daripada Farah kerana belakangan ini mungkin Farah telah terlalu lama menahan sakit hatinya terhadap Syirah. Biarlah hatinya yang banyak terguris sebagai balasan dia yang mengguris hati Farah sebelum ini. Syirah tahu perjalanannyaa mungkin agak panjang disebabkan hanya satu kesilapan namun apakah yang lebih panjang masanya berbanding masa Rasulullah SAW berdakwah di Mekah sehingga Islam menjadi pegangan oleh semua orang. Rasulullah SAW tidak pernah berputus asa dalam jalan dakwahnya.

Lihatlah, bagaimana nanti kesudahan kisah Syirah dan Farah? Ketika ini, Syirah sedang berusaha untuk menjalinkan kembali ukhwah fillah antara Syirah dan Farah. Hargailah sahabat anda sekalian kerana kita tidak tahu sama ada perbuatan itu adalah perbuatan terakhir yang dihadapi oleh rakan kita sebelum dia meninggal. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui ajal kita bila datangnya. Dan bermaaf-maafanlah kita sesama masing-masing. Itu adalah lebih baik daripada membaja perpecahan yang hanya merosakkan hati kerana tidak mahu memafkan orang yang sudah berbuat salah kepada kita. Sudah lepaslah sudah tanggungjawab orang yang meminta maaf tinggal untuk dimaafkan itu yang menjadi persoalan bilakan datang.

4.16.2010

Noktah Hidup 1

Lembayung senja kian menampakkan sirnanya. Burung-burung yang berterbangan dengan kehendak Yang Maha Esa terbang tinggi di atas awan, pulang ke rumahnya. Begitulah manusia, walau ia jauh meninggalkan jalan yang lurus lagi bengkok, pasti akan kembali ke arah fitrahnya. Manusia cenderung ke arah kebaikan daripada keburukan yang nyata. Marwa Insyirah masih berteleku di atas sejadah, merenung hari senjanya yang lalu. Ya, barangkali sama saja dengan perumpamaan senja yang semakin menampakkan sirnanya. Tafsir Al-Quran tetap utuh dalam genggamannya tika itu. Bunyi menjahit dari rumah saudaranya yang hanya bersebelahan dengan rumahnya itu kedengaran. Memang Puan Rabiatul atau lebih selesa dipanggil oleh Marwa Insyirah sebagai Ngah Perempuan bekerja sendiri dengan membuka kedai jahit. Di rumah mereka juga. Bapa saudaranya, Encik Abil pula sering dikenali sebagai Ngah Lelaki.

Marwa Insyirah tetap sedang berfikir. Dia merenung kembali kisah silamnya yang lalu. Hendak diceritakan boleh mengambil masa seminggu hingga sebulan atau berbulan-bulan agaknya. Itulah zaman sebelum dirinya mendapat hidayah daripada Allah SWT, zaman jahiliyah. Segalanya masih terang di mindanya, seakan-akan baru sahaja berlaku kelmarin. Tidak salah untuk merenung kesilapan yang lalu untuk dijadikan hamparan baru bagi mengharungi bahana cabaran yang akan datang. Sejadah yang berwarna merah darah dan kelihatan lusuh itu setia menjadi tempat buat Marwa Insyirah beribadat kepada Allah SWT. Ya, sejadah itulah yang menjadi saksi akan semua perkembangannya selama ini.

Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Satu mesej diterima. Marwa Insyirah segera membuka peti masuk mesej tersebut lalu membacanya.

Salam buat si mawar yang disayangi.. Ku doakan kau mekar ditaman..Diakari rasa
berTuhan..Dihiasi haruman akhlak dan iman.. Kerana itulah ukuran.. Jelitanya
seorang perawan beriman.. -Naurah Nawwarah

Hati kecil Marwa Insyirah sedikit terhibur dengan bait kata dari mesej yang diberi oleh rakan karibnya itu, Naurah Nawwarah. Sebagai syifa’ atau penawar buat hatinya yang kian menyesali akan kesilapan yang pernah dilakukannya dahulu. Naurah Nawwarah seorang yang sangat baik kepada Marwa Insyirah, jatuh bangunnya Marwa Insyirah diselang-seli dengan nasihat daripada Naurah Nawwarah. Marwa sering berdoa agar dia tetap mekar ditaman firdausi, diakari dengan rasa seorang hamba berdepan kepada Penciptanya, dan harumannya adalah peribadi Muslim sejati serta iman yang tetap teguh di bawah naungan-Nya. Syukur Alhamdulillah dia berada di jalan yang lurus pada hari ini. Fikirannya kembali ke masa lalu di saat muda.

Lebih kurang lima bulan lagi peperiksaan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2003 akan dijalankan. Sekolah Kebangsaan Baru Bintulu itu tidak kurang merasai bahangnya ujian tersebut. Semua guru meletakkan harapan yang tinggi buat pelajarnya yang akan menduduki peperiksaan terbabit. Marwa Insyirah pada tahun itu berada pada tahun kelima, bererti umurnya sebelas tahun. Dia sedang duduk di dalam kelasnya sambil memerhati gelagat seluruh rakan sekelasnya. Masa rehat sememangnya menjadi medium buat pelajar sebayanya mengambil peluang untuk makan, berehat atau tidak kurang juga berjumpa dengan guru untuk bertanyakan masalah belajar.

Pelajar yang bernama Marwa Insyirah itu berlainan daripada pelajar perempuan yang lain di sekolah itu. Dia lebih suka mendiamkan dirinya dan hanya akan bersuara apabila perlu sahaja. Namun dalam diamnya itu dia asyik berfikir tentang masalah dirinya. Dia masih belum lagi berpunya, atau tiada teman lelaki. Betapa lucunya peristiwa itu apabila diingati kembali oleh Marwa Insyirah, sedangkan umurnya masih di takuk yang masih terlalu mentah.

“ Hanya tinggal awak seorang saja yang tak ada ‘gerek’ (teman istimewa dalam bahasa Sarawak). Tak malu,” kata Mira selaku rakan karibnya. Mira seorang pelajar perempuan yang agak lincah dan comel. Tidak hairanlah ramai lelaki yang ‘terminat’ padanya.
Meskipun Mira hanya bergurau sahaja dengannya namun Marwa Insyirah pasti Mira memaksudkannya. Kini, budak sekolah rendah pun telah terkena tempias kehidupan orang dewasa. Mereka merasakan mereka telah matang lalu mencuba untuk berlagak seperti orang dewasa. Cinta bukan mainan dan bukan mudah untuk membina cinta yang utuh lebih-lebih lagi kepada Allah SWT, Tuhan Pencipta rasa cinta itu.

Marwa pada ketika itu masih samar-samar akan cahaya Islam yang sebenar. Ya, walaupun kad pengenalannya menyatakan bahawa dia seorang Islam namun dia sendiri tidak mengamalkan Islam sepenuhnya dalam kehidupan. Apa yang dia tahu, Islam bagi yang perempuan bertudung, puasa, sembahyang raya, terawih, hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Selebihnya dia masih tidak faham atau tidak diberi didikan. Mungkin yang menyebabkan perkara itu berlaku adalah dirinya sendiri. Dia terlalu sibuk dengan hiburan dunia. Baginya apabila telah tua barulah bertaubat dan mengamalkan Islam secara total. Marwa berasa sangat malu dengan dirinya, apalagi setelah dia terlanggar dengan hidayah-Nya pada hari ini.

“ Aku memang nak bercinta. Tapi aku rasa bercinta ni bukan minat aku sekarang. Kita kan masih mentah lagi,” biasa sahaja jawapan daripada Marwa pada waktu itu. Mira berasa rakannya perlu mengubah persepsi kuno orang zaman itu.
Zaman ketika Marwa berumur sebelas tahun, masyarakat masih lagi terikat benar dengan cara hidup Islam. Lagu nasyid tempatan dijadikan makanan buat telinga yang mendengar, pakaian bertudung untuk menutup aurat bagi perempuan Islam masih tetap diamalkan. Entah bagaimana dan bila pula gejala couple ini merasuk ke dalam minda anak muda. Jika ingin mengetahui perkembangan masa depan, kita perlu terlebih dahulu melihat keadaan anak muda pada masa kini. Hal ini demikian kerana, merekalah yang akan mencorakkan generasi yang akan datang baik dari segi pemerintahan politik atau budaya sosial mahupun agama.

Marwa teringat akan tokoh Islam dan juga pengasas Mazhab Syafie yang menjadi pegangan buat penduduk Malaysia iaitu tidak lain selain Al-Imam Syafie. Beliau yang masih berumur sembilan tahun, sama sahaja dengan pelajar yang berada di tahun Tiga sekolah rendah sudah berjaya menghafaz tiga puluh juzuk Al-Quran. Dia melihat anak muda zaman moden kini telah jauh dari cahaya Islam, lebih suka menghabiskan masa di kedai komputer bermain game berjam-jam atau duduk di rumah melayari internet sepanjang hari. Marwa juga pernah terpengaruh dengan itu semua, dan itulah yang menjadikan Marwa Insyirah yang baru.

“ Apa kata kalau kita jalan-jalan sekeliling sekolah ni kejap? Janganlah jadi katak di bawah tempurung, cik adik” kata Mira bergurau. Dia melanggar lengannya dengan lengan Marwa. Marwa tahu Mira sengaja melakukan sedemikian demi memujuk Marwa untuk keluar dari kelas itu. Di depannya, harapan untuk Marwa mendapatkan seorang teman lelaki, paling tidak pun minat dengan lelaki. Siapa tahu, minat bercambah menjadi cinta. Mira tersenyum sendiri.

Pelajar senior atau tahun akhir menjadi target oleh Mira untuk menjerat Marwa ke dalam alam percintaan yang penuh keindahan dan manisan, baginya. Marwa langsung tidak mengetahui akan niat Mira itu, dia cuba berprasangka baik kepadanya. Akhirnya, Marwa bersetuju lalu membuntuti Mira yang telah sedia berdiri menunggu di luar kelas. Selain Mira, Jessica iaitu temannya yang lain turut bersama. Entah dari mana datangnya Jessica, monolog Marwa seorang diri.

Jessica seorang pelajar perempuan beragama Kristian dan berbangsa Iban. Dia agak tinggi dan sedikit kurus. Walau banyak bezanya dengan Marwa dan Mira, mereka bertiga adalah kawan rapat. Gadis berbangsa Iban itu banyak membantu Marwa dalam pelajaran Matematik mahupun untuk bersosial seperti orang lain. Jessica yang mengajarkan Marwa untuk berani berdepan dengan insan berlawanan jantina, lelaki. Sebelum ini, Marwa amat liat untuk berhubung dengan lelaki kecuali bapa dan abangnya. Manakala Mira pula memberi jalan jahiliyah buat Marwa untuk berjinak-jinak dalam kancah cinta sebelum adanya ikatan yang sah.

Marwa tidak menyalahkan mereka berdua kerana pada masa itu masing-masing kering dengan ilmu agama dan merasakan apa yang dilakukan segalanya betul. Bagi Jessica, hal ini perkara biasa untuknya. Namun begitu, Marwa dan Mira sepatutnya tahu pada ketika itu, cinta terhadap manusia lain lebih-lebih lagi menyebabkan lalai dari mengingati ya Rabbi adalah haram sama sekali. Apatah lagi hubungan itu menjurus kepada maksiat hati sehingga akhirnya berpegangan tangan dan berpelukan tanpa segan-silu.

“ Mira, ini kan blok senior? Apa yang kita nak buat dekat sini?” tanya Marwa sambil menoleh ke arah Mira dan Jessica. Mereka berdua berpandangan sambil tersenyum. Sepertinya ada muslihat di sebalik pandangan yang penuh dengan rahsia itu. Mira dan Jessica sememangnya telah merancang semua ini sejak dari awal lagi, mereka mahu Marwa tertarik dengan lelaki yang akan mereka perkenalkan nanti.

“ Kau jangan risaulah, Mar. Aku Cuma nak perkenalkan kau dengan seseorang yang aku kenal. Dia dah lama dah ‘syok’ kat kau,” jawab Mira, menambah lagi kekalutan pada fikiran Marwa sendiri.

“ Aku tahu kau mesti menolak punya kalau kami beritahu lebih awal. Sebab tu kitorang tak beritahu kau,” Jessica mencelah selepas sejak tadi mendiamkan diri. Marwa bingung. Dia tidak mahu memulakan sebarang hubungan yang akan mengganggu prestasi pelajarannya nanti meskipun hatinya berpihak kepada perasaan ingin dicintai dan mencintai. Baginya, lebih baik berkorban sekarang daripada menyesal kemudian nanti. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru terngadah.

Pelajar-pelajar senior sekolah itu boleh tahan. Pelajar lelaki kebanyakannya tinggi lampai, berkulit cerah, akademik pun bagus disamaratakan sekali dengan kejayaan dalam aktiviti kokurikulum. Dua pakej dalam satu, maka beruntunglah bagi sesiapa yang memiliki lelaki seperti itu. Sementara pelajar perempuannya pula agak cantik dan memiliki keistimewaan yang tersendiri antara satu sama lain. Ada yang berbakat dalam nyanyian, penulisan, berkarya, berseni, dan sebagainya. Terasa benar Marwa bahawa dirinya hanyalah insan biasa, pelajar yang kurang aktif dan akademiknya pula boleh dikatakan tidak menentu dan kadangkala nyawa-nyawa ikan sahaja.

Tanpa berfikir panjang, Marwa mengorak langkah untuk pergi meninggalkan kawasan itu. Dia hanya akan mendapat malu jika terus berada di situ, seakan-akan mengharapkan putera kayangan turun ke bumi seperti langit dan bumi. Mira dan Jessica ditinggalkannya di belakang, niat mereka bersih untuk membantu Marwa. Entah mengapa hati Marwa tidak tertarik untuk berfikir tentang itu semua.

“ Ya Allah, datangkanlah akan aku seorang lelaki yang juga adalah jodohku nanti. Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu. Engkau Maha Mengetahui betapa aku memerlukannya,” monolog Marwa dalam benaknya.

Semuanya segar di ingatan Marwa sehingga kini, ketika dia sedang berteleku di atas sejadah kesayangannya. Dari mana datangnya ilham untuk berdoa sedemikian, Marwa sendiri pun kurang pasti. Pada ketika itu, dia benar-benar memerlukan seorang teman lelaki seperti yang dicabar oleh Mira. Ah, Mira! Sudah agak lama dia tidak mendengar khabar tentang rakannya itu. Apakah sihat ataupun tidak? Apakah dia masih mengingatinya? Marwa Insyirah kembali pada ceritanya tadi.

Tatkala itu juga Marwa Insyirah terpandang akan seorang lelaki yang benar-benar berada beberapa langkah dari dirinya. Lelaki itu bermuka bulat, berkulit kuning langsat, tinggi dan berkopiah tidak seperti pelajar lelaki lain yang memakai songkok. Tiba-tiba, hatinya membayangkan sesuatu. Dia membayangkan lelaki itu akan memimpinnya ke arah cara hidup Islam yang benar suatu hari nanti apabila melihat pada perwatakannya yang seakan-akan seorang ustaz.

Setelah itu, Marwa seringkali mencuri pandang akan lelaki itu yang dikenali sebagai Fathullah atau dipanggil Fadul. Di setiap saat, di setiap tempat, Marwa akan tercari-cari kelibat Fadul. Temannya, Mira dan Jessica sendiri pun terkesan dengan perubahan Marwa yang saban hari semakin pelik. Mereka melihat Marwa berjalan seorang diri dari blok ke blok dan kemudian kelihatan mencari seseorang. Alangkah bagusnya kalau masa yang terbuang itu diisi oleh Marwa untuk mengulangkaji pelajarannya kerana peperiksaan akhir sudah semakin hampir.

Dia mendapat maklumat bahawa Fadul adalah pelajar senior dan sudah pun mempunyai teman istimewa. Teman istimewanya itu juga adalah rakannya sendiri, iaitu Serina. Hancur luluh hati Marwa apabila mengetahui tentang itu semua, hilanglah niatnya untuk berpunya. Fadul adalah jodohnya, pelajar lelaki itu muncul sebaik sahaja Marwa selesai berdoa tempoh hari. Dia sangat pasti, namun semuanya harus dihentikan segera. Jika Marwa masih mahu terus berusaha, bermakna dia mungkin akan kehilangan Serina.

Serina ialah pelajar perempuan sebaya Marwa Insyirah, cumanya Marwa agak lebih tinggi daripada Serina. Marwa dan Serina mula bersahabat melalui hubungan kekeluargaan antara nenek Marwa dengan nenek Serina. Marwa masih ingat lagi saat dia mengetahui bahawa mereka bersaudara. Ketika itu majlis kenduri sempena mengingati kematian arwah datuk Serina diadakan.

“ Jadi kita ni bersaudara?” tanya Serina kepada Marwa dengan girang. Serina sememangnya seorang gadis yang periang juga cantik dipandang, dia sangat suka bergaul dengan Serina kerana gadis itu senang untuk diajak berbual. Marwa pula lebih kepada wajah yang tampak sopan dan terjaga.

Fikirannya buntu.Suatu hari, dengan membawa sebungkus kuih kek coklat dari rumah, Serina mendapatkan Marwa untuk makan bersama. Mira dan Jessica tidak terkecuali diajak sama. Petang itu cuaca kelihatan gelap, molekul-molekul air dari awan sudah bersiap sedia menjalankan tugasnya seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT. Tidak lama lagi hujan akan turun, hanya menunggu arahan daripada Allah SWT sahaja. Seperti dalam surah Yaasiin ayat 82 yang berbunyi:
Sesungguhnya apabila Dia hendak menciptakan sesuatu hanyalah Dia berfirman,
“Jadilah!” Maka jadilah ia.

“ Aku nak tanya sesuatu, boleh tak?” tanya Marwa membuka topik perbualan. Serina sedang mengemas kembali bungkusan yang dibawanya tadi, mereka telah pun selesai makan bersama. Mira dan Jessica meminta izin untuk beredar ke tandas mencuci tangan yang kotor. Serina sekadar mengangguk.

“ Kau kenal dengan Fadul?”

“ Fadul? Kenapa dengan Fadul?” Serina seperti sahaja dapat menangkap isi penting pertanyaan Marwa sebentar tadi. Marwa yang dikenalinya tidak pernah bertanya soal lelaki, cuma kali ini sahaja gadis yang duduk di hadapannya itu begitu mudah melemparkan topik tersebut. Sebenarnya, Marwa tidak berniat untuk menimbulkan pertanyaan asing seperti tadi. Dia berasa resah dan gelisah seakan-akan ada cahaya biru berlawan merah yang bertentang sebaik sahaja Marwa dan Serina berpandangan. Perlawanan mahu bermula.

“ Kau ‘gerek’ dia kan?” tanya Marwa setelah pasti dirinya kembali tenang. Hati Serina menjadi sayu apabila mendengar pertanyaan Marwa. Hubungan Serina dan Fadul sejak belakangan ini semakin dingin, Fadul sibuk dengan pelajarannya manakala Serina pula seperti tiada arah tujuan. Baginya, Fadul adalah segalanya dalam hidupnya. Dialah racun, dialah ubat segala suka dan dukanya. Jika tidak kerana Fadul yang enggan berjumpa dengannya, dia pasti tidak akan bersama Marwa kini.

Terasa longlai pula untuk Serina menceritakan kepada Marwa. Dasar seorang lelaki, Fadul lebih mementingkan rakannya daripada diri Serina sendiri. Seolah-olah hubungan mereka hanya ‘aksyen-aksyen’ (main-main dalam bahasa Sarawak) belaka. Fadul adalah cinta pertama Serina dan Serina pula adalah cinta pertama buat Fadul. Ya, cinta pertama sememangnya tidak dapat dilupakan. Itulah permualaan yang pertama sekali jika hubungan itu tidak ke jinjang pelamin.

Kenapalah Serina tidak tahu bahawa hubungan cinta tanpa ikatan hanya sia-sia? Kita tidak dapat bersama dengan lelaki itu untuk selamanya, bukan? Hal ini kerana, Fadul bukan suaminya. Bagi anak muda seumur mereka, cinta adalah mainan semata-mata. Tiada langsung istilah cinta sejati untuk diratapi. Mungkin tidak bagi Marwa, hatinya seakan-akan diberikan secara total kepada Fadul. Marwa tahu, itu hanya akan menambah kesedihan kepada Marwa kerana cintanya hanyalah bertepuk sebelah tangan.

Pertanyaan Marwa tetap menjadi tanda tanya kerana Serina tidak menjawab soalan Marwa. Serina membuka topik lain dan Marwa pula turut melupakan persoalan itu. Bukan masanya kini. Jam menunjukkan pukul sepuluh pagi apabila Serina pulang ke kelasnya. Dalam fikiran, Serina tertanya-tanya akan persoalan Marwa. Adakah Marwa mahu merampas Fadul daripadanya? Ah, itu hanya sangkaan semata-mata! Fadul seorang lelaki yang aktif, suka berkawan dan pandai berkawan sehinggakan kawannya tidak terkira.

“ Serina,” seseorang memanggilnya dari arah depan. Serina pun mendongak dan mendapati orang itu adalah Fadul. Dari riak wajah Fadul, seakan ada sesuatu yang mahu diberitahu olehnya kepada Serina. Itu adalah pertemuan pertama selama seminggu mereka tidak bertemu. Seminggu yang lalu, mereka asyik bersama seperti belangkas berjalan sekeliling sekolah. Fadul juga adalah salah seorang daripada pengawas sekolah itu. Sepasang mata Fadul memberikan seribu pengertian untuk Serina.

Hanya mereka berdua sahaja berada di situ. Blok C biasanya akan dikosongkan pada masa-masa selepas rehat untuk memberi ruang buat pelajar sesi petang menunggu sebelum masa tamat untuk sesi pagi. Fadul sengaja datang lebih awal iaitu sebaik sahaja masa rehat tamat, waktu itu sedikit sahaja pelajar sesi petang yang tiba. Serina pula seperti biasa akan menggunakan jalan itu untuk ke kelasnya kerana itu adalah jalan yang paling singkat, kiranya. Blok C berdepanan dengan Blok B tempat kelas Marwa, Mira dan Jessica berada.

Serina hanya meneruskan langkahnya tanpa menghiraukan Fadul. Dia amat kecewa dengan Fadul yang tidak mengendahkannya selama ini. Seakan anak kecil yang merajuk dengan bapanya kerana Serina berbadan kecil manakala Fadul pula berbadan agak besar dan tinggi. Fadul menarik tangan Serina lembut. Bahkan, dalam Islam istilah bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram sama sekali. Pertama kali Fadul menyentuh tangan Serina adalah pada masa itu. Tidak jauh dari tempat mereka berada, pasti ada syaitan yang ketawa berdekah-dekah melihat anak Adam telah termakan hasutan. Syaitan laknatullah itu tidak akan berhenti menghasut anak Nabi Adam sehinggalah hari kiamatnya tiba. Tidak cukup hanya syaitan sahaja yang ditarik ke neraka atas hukuman oleh Allah SWT, syaitan laknatullah itu juga mahu menarik manusia yang termakan dengan hasutan mereka, dan hari ini syaitan telah berjaya menghasut insan bernama Fathullah dan Serina.

Marwa memerhatikan gelagat Fadul dan Serina dari jauh. Sudah takdir, dia semenjak tadi memerhatikan Serina yang dalam perjalanan balik ke kelas dan Fadul pula menyapanya di hadapan. Marwa menjadi saksi perbuatan mereka. Meski hanya berpegangan tangan, namun itu sudah cukup dipandang buruk. Marwa tidak tahan melihat mereka berdua lalu memberitahu kepada Cikgu Akmal, guru yang sedang mengajar tatkala Marwa sedang memerhati Fadul dan Serina. Marwa menyatakan agar namanya dirahsiakan oleh Cikgu Akmal sebagai pelajar yang melapor. Ketika itu, tiada pelajar yang menyedari saat Marwa memberitahu Cikgu Akmal. Mira dan Jessica pula masih lagi di tandas.

Tindakan Marwa agak bijak juga kerana dia dapat menghalang kemungkaran daripada terus-menerus berlaku antara Fadul dan Marwa. Niatnya pada masa itu tidak elok kerana dia hanya mahu Fadul dan Serina segera berpisah, itulah tujuannya memberitahu kepada Cikgu Akmal. Bukankah lebih baik jika niatnya murni kerana sayangkan Islam pada masa itu? Perbuatan Serina dan Fadul yang berpegangan tangan itu boleh mencemar nama baik agama Islam khususnya. Tidak pernah kes seperti ini berlaku di sekolah tersebut, mereka berdualah yang pertama sekali naik menjadi johan.

Johan? Fadul dan Serina digantung sekolah selama seminggu kerana melanggar peraturan sekolah, mereka tidak dibenarkan keluar daripada rumah sekalipun. Malah sebaik sahaja hukuman mereka tamat seminggu, mereka berdua akan menjalani kaunseling secara berasingan. Akhirnya, hubungan mereka putus begitu sahaja. Jawatan pengawas Fadul juga telah dilucutkan hanya kerana perbuatannya tempoh hari.

“ Aku dan Fadul dah tak ada apa-apa lagi dah sekarang ni, Mar,” kata Serina kepada Marwa pada suatu hari di rumah Marwa Insyirah. Serina sedang berbaring di atas ribaan Marwa. Marwa sekadar mendiamkan dirinya, membiarkan Serina meluahkan isi hatinya. Barangkalai itu akan melegakan Serina. Perasaannya terhadap Fadul diketepikan pada saat ini, keadaan Serina lebih penting. Dia tidak mahu Serina jadi apa-apa disebabkan peristiwa tempoh hari yang berpangkalkan laporan dari Marwa juga.

Sebelum ini, Serina pernah terlibat dalam cubaan membunuh diri dengan memakan pil berlebihan. Puncanya adalah, ramai rakannya yang berlaku jahat kepadanya di sekolah termasuk meracun Serina dengan memberi air berisi bahan pencuci kain yang berbahaya. Akibatnya, Serina dimasukkan ke hospital. Selepas itu barulah Serina cuba membunuh diri dengan memakan pil tidur berlebihan sehingga muntah darah.

Marwa Insyirah masih sayang akan Serina seperti adiknya sendiri sahaja. Serina pula selesa berdampingan dengan Marwa kerana Marwa seorang pendengar yang baik, segala masalah diceritakannya kepada Marwa. Marwa pada fikirannya lebih berfikiran matang dan tidak seperti rakan-rakannya yang lain yang boleh disebut sebagai ada udang di sebalik batu. Kini barulah Marwa sedar bahawa dia sebenarnya tidak mencintai Fadul, perasaan cintanya hanyalah kerana nafsu. Ya, Fadul memiliki wajah yang handsome dan itu yang menyebabkan Marwa tertarik kepadanya. Dia berasa dirinya tidak berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk mencintai Fadul.

Lumrah hidup, lelaki tertarik kepada perempuan dan perempuan pula tertarik kepada lelaki, makhluk berlainan jantina. Namun ada juga yang melencong sehingga mencintai kaum sejenis. Betapa ramainya manusia di muka bumi ini yang diciptakan oleh Allah SWT insan sejenis juga yang dijadikan tarikan utama. Marwa Insyirah mendengus malas. Serina terdengar akan dengusannya.

“ Maafkan aku kerana terlalu emosi,” kata Serina lalu bangun dan menyeka air matanya. Marwa serba salah jadinya. Dia tidak bermaksud untuk berbuat begitu.

“ Apa kata kau ikut aku?”

“ Pergi mana?”

“ Tak ke mananya. Cuma pergi ke kedai,” jawab Marwa. Mereka berdua pun ketawa bersama. Serina pula kembali ceria.

Tiada sesiapa yang tahu gerangan orang yang melaporkan tentang perbuatan Serina dan Fadul tempoh hari. Malahan, masing-masing seakan tidak berminat untuk mengetahuinya kerana Cikgu Akmal mendakwa bahawa dirinyalah yang melihat perbuatan mereka lalu terus melapor pada guru yang lainnya. Helah Cikgu Akmal bukan berniat untuk menipu, memang benar dia melihat perbuatan mereka itu pun disertai juga dengan kehadiran Marwa Insyirah. Sejak peristiwa itu, Marwa Insyirah sebagai pelajar yang melapor menjadi sebutan oleh Cikgu Akmal. Guru itu seringkali memuji Marwa di dalam kelas. Marwa bagi beliau ada kelainan daripada pelajar perempuan yang lainnya.

Benar, Marwa Insyirah di dalam kelas tidak suka diambil perhatian oleh guru yang mengajar. Dia suka mendiamkan diri dan menundukkan pandangannya jika guru yang mengajar itu adalah lelaki. Cuma apabila sesuatu persoalan timbul barulah Marwa Insyirah bangun dan menemui gurunya untuk bertanyakan beberapa soalan. Perasaannya yang telah hapus pada Fadul telah menyebabkan Marwa berubah menjadi pelajar yang rajin bertanya dan rajin belajar. Mira dan Jessica membenarkan perubahan yang dibawa oleh Marwa. Kenapa tidak? Kawan nak berjaya, pasti mereka turut mahu berjaya. Mereka bertiga kerap berjumpa di perpustakaan awam berdekatan untuk belajar bersama, study group.

“ Assalammualaikum,” seseorang menyapa mereka berdua daripada belakang. Serentak itu, Serina dan Fadul melepaskan tangan masing-masing. Mereka terkejut dengan kehadiran Cikgu Akmal di hadapan mereka. Seingat Fadul, hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ sejak tadi. Fadul mula mengesyaki sesuatu. Mereka membalas salam yang diberi. Terhias riak resah, gelisah, dan takut di wajah mereka bercampur-baur.

“ Apa yang korang buat dekat sini pagi-pagi macam ni? Hah!” tanya Cikgu Akmal. Guru itu kelihatannya amat marah, merah mukanya dapat dilihat. Pelajar yang disangka beliau amat berdisiplin itu rupa-rupanya indah khabar daripada rupa sahaja. Fadul telah mengecewakan Cikgu Akmal.

“ Kami cuma nak berjumpa dan berbincang tentang hal kerja sekolah,” jawab Fadul. Hanya itu jawapan yang berlegar-legar di fikirannya.

“ Ya, betul,” Serina mengiyakan. Dia juga tidak mahu ditangkap dalam keadaan hina seperti itu. Nah, berani buat berani tanggung!

“ Sudah, kamu berdua ikut saya,” arah Cikgu Akmal lalu menarik Serina dan Fadul berjumpa dengan guru disiplin. Beliau tidak dapat mempercayai kenyataan yang diberi oleh Serina dan Fadul. Segalanya terang lagi nyata, tak usah bersuluh. Fadul menoleh ke arah Serina yang sedang bingung memikirkan nasibnya selepas ini. Tatkala itu juga, dia terpandang akan Marwa yang sedang melihat ke arah mereka dari blok kelas Marwa sendiri. Marwa seorang sahaja yang berdiri di luar kelas melihat ke arah mereka.

Mungkin juga Fadul mengesyaki Marwa yang melaporkan perbuatan mereka? Mungkin juga tidak kerana perbuatan mereka itu boleh dianggap sesuatu yang mengejut ditambah lagi dengan kehadiran Cikgu Akmal, pasti pelajar lain akan bising dan ingin tahu lalu melihat dengan mata kepala sendiri. Fadul menepis sangkaannya. Dia sedang asyik memikirkan tentang hukuman yang bakal diterima oleh Serina dan dirinya. Tiada sesiapa yang dapat menghalang jika kebenaran itu ditunjukkan oleh Allah SWT, dan tiada sesiapa yang dapat menghalang setiap apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Marwa Insyirah menanggalkan telekungnya, berkemas-kemas untuk keluar dari rumah. Peristiwa itu telah berlaku selama tujuh tahun yang lalu, dia harus kembali berpijak di bumi yang nyata. Kurang sejam setengah dari sekarang, dia akan berlepas ke kolejnya nun di Negeri di Bawah Bayu. Naurah Nawwarah pasti sedang menantinya di lapangan terbang kini.

Oleh : Nur Hasyimah Mohammad