3.18.2016

Coretan Perjalanan Sebuah Kehidupan



it's been awhile. mission accomplished alhamdulillah.


As salam buat pembaca blog sekalian. Ehem.. rasanya dah agak lama tak update blog ini. Minta maaf daripada si penulis kepada semua pembaca. (harapnya ada lah yang membaca). :D Apa-apa pun, semoga pembaca-pembaca sekalian sihat-sihat semua hendaknya dan dirahmati Allah selalu.

Coretan blog kali ini mungkin agak sinonim bagi pembaca sekalian dalam melalui ranjau hidup yang penuh liku. Mungkin juga sudah terbiasa dengan isinya, biasa tapi sudah cukup kah memaknai isinya dalam kehidupan seharian? Tepuk dada, tanya iman.

Pendek kata, apa yang nak dicoret kali ini lebih kepada cabaran. Cabaran yang nak dicerita ni mungkin bukan lah cabaran dari luar seperti ujian belajar, ujian mak ayah, ujian keluarga, ujian kerja, ujian kewangan dan sebagainya. Cabaran yang dimaksudkan oleh penulis kali ini ialah lebih kepada cabaran yang datang dari diri sendiri. 

Dalam semua jenis cabaran yang datang dari luar tadi, sebenarnya bila difikirkan balik adalah cabaran untuk menjadikan kita lebih baik. Sejauh mana kita menerima cabaran dan mencabar diri untuk menghadapi apa sahaja yang telah Allah sediakan untuk kita. Sejauh mana kita mahu untuk melakukan yang terbaik sekiranya kita benar-benar mahu, mahu menjadikan cabaran ini sebagai satu loncatan to the new you.

Ujian setiap orang ya ternyata berbeza-beza. Seolah kita duduk di dewan peperiksaan, semua orang dapat kertas ujian yang berbeza isinya mengikut kemampuan seseorang. Tiada siapa yang akan membantu anda ketika itu kecuali ya Dia lah yang selalu ada, yang kita tak nampak tapi selalu ada iaitu Allah SWT. Masa itulah kita cuba berdoa dan terus berdoa kepada Allah agar keluar daripada ujian ini. Semoga hati kita semua masih dan tetap hidup dengan rasa berTuhan, jauh dari perhambaan terhadap dunia yang sementara ini.


Little Caliph Camp 2 anjuran Ikram Junior Bintulu


Allah takkan uji seseorang hamba-Nya melebihi kemampuannya tapi tidak bermaksud kamu tidak mampu keluar dari comfort zone, tidak bermaksud kamu tidak boleh mencuba. Ingatlah, kamu yang meletakkan limitations dalam keupayaan kamu sendiri dalam membuat segala sesuatu. Sekiranya limitasi kamu setakat begini dan begitu, maka begini begitu jugalah hasil yang anda perolehi. Jika benar mahu, pasti akan berusaha dan tiada lah apa-apa alasan yang mungkin diungkapkan.

Apa-apa pun, bercakap atau mencoretkannya di sini agak mudah tapi bila turun ke medan amal di situlah kamu akan benar-benar diuji dengan apa yang kamu percaya. Di situlah kamu akan diuji dengan setahap mana kamu teguh dengan prinsip kamu. Keep in touch with Allah, the answer is always with Him. Kepada siapa lagi harus dipanjatkan syukur dan doa yang berterusan, hanya kepada Allah Dia yang berkuasa dalam setiap hal di dunia dan akhirat ini.

Kepada Allah, tempat bergantung harap. Dia yang selalu menjaga hamba-hamba Nya, Maha Mengetahui apa yang kita katakan mahupun sembunyikan. Segalanya ada di sisi Allah. Ketahuilah, setiap sesuatu pasti ada kebaikannya. Hari ini mungkin kita tak nampak kebaikannya, esok hari in shaa Allah kita bisa melihatnya dengan mata hati yang sedar dan hidup bersama cinta kepada Allah yang terulung.

Bintulu, Sarawak.