8.04.2015

Apabila Cinta Adalah Amanah

Cinta adalah ciptaan Allah,
Cinta adalah amanah,
dan amanah pasti akan dihijab oleh Allah,
berhati hati dengan cinta,
barangkali adalah musibah asbab kau jauh dari Allah,
apabila berbicara tentang cinta,
pelbagai definisi yang kita huraikan,
malah definisi itu mungkin berubah bersama umur yang semakin meningkat dan oleh pengalaman yang dihadapi,
aku lebih melihat cinta sebagai musibah meski terdapat indah disebaliknya,
maka apabila datangnya cinta dalam hidupmu,
ucaplah Innalillahiwainnailaihirojiun,
kerana dengan cinta itu Allah mungkin mahu melihat sejauh mana kamu meletakkan Dia dalam hidupmu,
kerana dengan cinta itu apakah kau bisa menghadapinya dengan sabar dengan sebenar-benar sabar dalam ketaatan kepada Allah?

Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh IbnAbbas r.a:

Menurut Abdullah Ibn Abbas, sabar itu ada 3 peringkat. 

"Pertama, 300 darjat pahala (Sabar dalam ketaatan dan ibadah kepada Allah). 
Kedua, 600 darjat pahala (Sabar dalam ketaatan menahan dan mencegah diri dari melakukan maksiat baik maksiat mata, telinga, hati dan lain2). 
Ketiga, 900 darjat pahala (Sabar dalam ketaatan apabila ditimpa musibah di saat pertama kali menghadapinya. Samada musibah itu pada diri sendiri, keluarga ataupun sahabat-sahabatnya dan di saat itu dia mengucapkan Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun)"

kerana barangkali juga cinta itu boleh jadi medan untuk kau berjihad, 
berjihad menjadi seorang hamba Allah yang sebenar-benar hamba,
dalam setiap hal dalam hidupmu,
kembalilah kepada Allah minta pertolongan Nya,
tanyalah fatwa pada hatimu,
Di manakah kau harus meletakkan cinta itu?


Bintulu, Sarawak.

credit