12.17.2014

Ujian Allah

credit


Fuhhh... berhabuk dah agaknya blog sang penulis ni tak terhupdate for such a very long time.. Nak katakan, banyak benda yang berlaku kat dalam hidup sang penulis sepanjang tempoh last hupdate kepada tarikh hupdate untuk entri yang ni. Hidup sebagai seorang pelajar UKM beginilah, apatah lagi ambik course yang berkaitan dengan kerja-kerja di hospital memang memerlukan kekuatan dan perhatian yang jitu setiap hari.
Entri kali ni saja nak cerita pasal ujian, ujian yang Allah bagi kat kita datang dalam berbagai cara. Rasanya banyak kali jugak entri sang penulis yang menulis tentang ujian harapannya semoga entri ini lagi banyak membantu sang pembaca tentang ujian Allah.

Orang kata, kita akan selalu diuji pada titik kelemahan kita sebabnya Allah nak kita berkembang dan menjadi lebih baik melalui ujian tu. Allah mahukan yang terbaik untuk kita, dia nak kita semakin dekat dengan Dia. That's why Allah bagi ujian kat kita. Tinggal kita je nak pilih hadapi ujian tu dengan iman atau sebaliknya.

Hari ni kita berada di tempat kita memasing, mungkin ada dalam kalangan sang pembaca adalah pelajar, mungkin juga ada yang sudah bekerja, mahu mendirikan rumah tangga, memikirkan masalah keluarga dan sebagainya. Semua ini, pada detik sang pembaca membaca blog ini, ya, sesungguhnya Allah telah rancang dengan begitu cantik.

Kenapa sang penulis mengatakan sedemikian? Hmm, ya, mungkin apa yang tertulis di sini bisa mengetuk hati sang pembaca tentang ujian Allah lantas menjadi batu loncatan untuk mengorak langkah bertindak mengikut syariat-Nya. Bila Allah bagi ujian, kita mungkin bakal mengeluh bahkan mungkin hilang arah lantas lupa bahawa ujian Allah tu Dia yang bagi. Istighfar dan berserahlah kepada-Nya, mungkin ada dalam kalangan amal-amal kita yang kekurangan bahkan juga mungkin kerana kita semakin jauh daripada-Nya. 

Maka berhati-hatilah dengan ujian Allah, adakah dengan ujian Allah itu kamu menjadi lebih baik atau sebaliknya? Tepuk dada tanya iman. 


Kuala Lumpur