7.28.2009

Kisah Seekor Ulat dengan Nabi Daud A.S




Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ukat merah pada debu. Lalu Nabi Daud a.s berkata pada dirinya,

" Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah oun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s.

" Wahai Nabi Allah! Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahuakbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wasaohbihi wasallim' setiap malam sebanyak 1000 kali"

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s.
" Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya Nabi Daud a.s menyedari akan kesilapannya kerana memandang enteng akan ulat tersebut, dan Nabi Daud a.s sangat takut akan Allah SWT. Nabi Daud a.s pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT.

@ begitulah sikap para Nabi apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat & menyerah diri kepada Allah SWT. So, kalau buat apa-apa kesilapan, kembalilah kepada Allah. Allah sedia mendengar dan menerima doa hamba-Nya.

@ Kisah-kisah yang berlaku pada zaman nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai sejarah semata-mata, tetapi hendaklah kita jadikan teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di muka bumi ini, yang sama-sama kita tumpani ini.

@ Ingatlah, Allah Maha Mengetahui akan apa yang ada dalam hati kita dan Allah juga Maha Mengetahui akan kelemahan dan keistimewaan makhluk-makhluk-Nya. Samalah seperti ulat merah tadi, walaupun ia kecil pada debu. Tapi ia sebenarnya sentiasa bertasbih kepada Allah.

7.21.2009

KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KEATAS RASULULLAH S.A.W



KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KEATAS RASULULLAH S.A.W


Rasulullah S.A.W telah besabda: “Malaikat Jibril,Mikail,Israfil dan Izrail

A.S telah berkata kepada-ku.


Berkata Jibril A.S :” Wahai Rasulullah,barangsiapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyaksepuluh kali,maka akan saya saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”


Berkata pula Mikail A.S: “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri

mereka itu minum dari telagamu”.


Berkata pula Israfil A.S:”Mereka yang berselawat ke atasmu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”


Berkata Izrail A.S: “bagi mereka yang berselawat keatasmu,akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi”.

SUBHANALLAH..


Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W? para Malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. Dengan kisah yang di kemukakan ini,kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhamad S.A.W.


Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah,Rasul dan para

Malaikat. Ameen..




7.14.2009

Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2009



Kem Remaja Islam Sarawak (KRIS) 2009

Posted by KRIS'09 on 09:06
KEM REMAJA ISLAM 2009, 4-7 Jamadil Akhir 1430H: Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, bersama-sama kita merafa’kan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kurnia dan limpahan rahmatNya, Program Kem Remaja Islam 2009 anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Sarawak (PERMIS) dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Cawangan Miri telah berjalan dengan lancar dan jayanya di Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang, Miri pada 29 Mei - 1 Jun 2009 yang lalu. Peserta Kem kali ini adalah seramai 55 orang, iaitu 24 Muslimin dan 31 Muslimat serta terdiri daripada pelajar-pelajar terpilih dari Sekolah-sekolah Menengah di sekitar Miri, Bintulu dan Sibu. Seramai 19 orang Jawatankuasa Pelaksana telah terlibat dalam merealisasikan Program Kem Remaja Islam 2009 yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi UM, UTM, UTP, KIPSAS, UPSI, UPM, Politeknik dan lain-lain.

OBJEKTIF PROGRAM

Objektif Kem Remaja Islam Sarawak 2009 adalah untuk memberi kefahaman Islam kepada peserta iaitu termasuklah:

*Memberi kefahaman Islam kepada peserta
*Menanam kecintaan kepada cara hidup Islam
*Memupuk ciri-ciri akhlak mulia, konsep berbudi dan memahami tanggungjawab sebagai anak soleh dan solehah
*Memberi kesedaran tentang kepentingan kecemerlangan akademik
*Mewujudkan ikatan silaturrahim yang lebih erat di kalangan peserta dan AJK pelaksana
*Memupuk sifat penyayang dan prihatin di kalangan mahasiswa/ mahasiswi untuk membimbing adik-adik peserta.




7.08.2009

Siapa lagi kalau bukan kita, bila lagi kalau bukan sekarang?


Mungkin ramai kita sudah lupa, kita sebenarnya dilahirkan untuk memikul tanggung jawap yang besar untuk dunia ini. Ya, akademik
itu adalah wawasan kita. Namun, disebalik akademik, kita juga dipertanggung jawab dengan ISLAM. Islam itu tidak wajar untuk diabaikan. Perlukah kita mulakan selepas sekolah? atau di sekolah lah kita bermula? Namun, gaya kita bukanlah seperti itu! Kita perlu mula sekarang! Kerana siapa lagi kalau bukan kita untuk memulakan nya? Kalau bukan sekarang bila lagi? Mari kita menongkah kembali Sirah Rasulallah S.A.W, bilakah Zaid bin Harithah bersama islam? Di usia mudanya, dan terus menerus berjuang sehingga berjayanya pembukaan kota makkah. Begitu juga dengan kita, kita di bumi kenyalang sudah berabad lama diserang penyakit mental. Minda2 anak2 muda,orang tua diserangi ideologi sekularisme. Beranak-pinak ia menjadi2, sampai bila harus dibiar? Seharusnya kitalah yang memulakan langkah ini. "Tegakkanlah Islam dalam diri kita, barulah kita dapat menegak Islam" . Namun perjalanan untuk menegak islam dalam diri perlulah bersama jemaah. Jika bersendirian, maka ia tidak akan berjaya. "Berpegang teguhlah kamu dengan tali ALLAH, janganlah kamu berpecah belah". Ayuh! Aktifkan dirimu bersama usrah!





7.07.2009

Pesanan Naqibah (Aishah Humaira)

Akhlak yang Mulia


Adik-adik Insyirahku,
Akhlak itu bukan lalang,
Tumbuh sendiri di tanah lapang,
Tak perlu baja, tak perlu dijaga,
Naik sendiri tumbuhnya melata.

Akhlak itu adalah buah,
Tumbuh bergantung di pohon berakar,
Perlu dibenih agar bercambah,
Dibaja subur hingga membesar.

Akar itu ibarat aqidah,
Menambat amal kepada Allah,
Telah kenal Tuhan yang disembah,
Dalam ke luar, jiwa berserah.

Dahan dan daun umpama ibadah,
Memproses aqidah berpandukan sunnah,
Kaifiyatnya menuntut tepat dan sah,
Setelah matang, berhasillah buah.

Aqidah, ibadah, akhirnya akhlak,
Itulah syariah, agama yang hak.